Friday 30 April 2010

MiKo & YuKi, AcHiKz RiNdu KoRaNg


Aku memang suka buat orang yang aku sayang rasa gembira dan dihargai.. Salah satu caranya adalah bagi hadiah.. Hadiah yang aku bagi ni biasa saja tapi bagi aku penuh makna.. Hadiah tak semestinya mahal lagi branded.. Kadang2 aku DYI aje hadiahnya.. Ikut kreativiti dan budget yang aku ada masa tu.. Hadiah aku bagi bila2 masa yang aku suka, tak payah nak tunggu hari lahir.. Bila rasa nak bagi hadiah, aku bagi aje..

miko (cendawan) dan yuki..

Miko dengan yuki ni hadiah aku pada mr. popeye.. Yuki aku bagi masa kami mula berkawan.. Mesti korang pelik mcmana aku boleh bagi plush toys kat mr. popeye..
Aku nampak plush toys tu cute, aku pun terus aje beli.. Sebenarnya aku risau jugak la kalau2 mr. popeye tak suka benda2 macam ni tapi sangkaan aku meleset..
Dia minat habis la dengan yuki.. Siap peluk sakan masa tido.. he3.. Kawan2 dia nak pegang pun dia tak bagi oo..

Miko pulak hadiah aku pada dia genap setahun kami berkawan.. Masa ni aku ada kat Kangar.. Masa beli miko, kotak memang tak ada.. Susah la nak pos miko kalau tak ada kotak.. Miko ni dah la besar.. Cari punya cari aku jumpa jugak kotak yang sesuai isi miko.. Kotak syrup Erythromycin dari syarikat Pharmaniaga.. he3..
Perfect fit!! Memang puas hati la.. Siap balut dengan wrapping paper gambar love lagi tau..

Sangat3 tak disangka yang mr. popeye masih jaga dengan baik miko dan yuki.. Gambar tu pun dia yang hantar pada aku.. Aku ingatkan kan dah lunyai la plush toys tu.. Aku gembira dia jaga dengan baik tanda dia hargai pemberian aku..

Tapi tahun ketiga ni aku tak kasi dia apa2 sebab aku tak ada idea apa yang sesuai aku hadiahkan kat dia.. Mungkin jugak masa tu ekonomi aku tenat sikit.. Jadi aku utamakan yang betul2 perlu sahaja..

Apa yang boleh aku bagi untuk mr. popeye kali ni??

2 comments:

Anonymous said...

Aslmkm Wahida.
Seronok dgr suara rentak anak-anak muda,terasa pula diri berusia, tp ati terus juga rasa muda ... hehe.
Ya benar, tanda ingat itu paling utama. Sekadar kad ucapan kreatif pun boleh melonjak perasaan bahagia. :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

w'salam kak G..

kalau terdesak tu, wrapping paper pun boleh jadi kad ucapan DIY.. he3