Wednesday 30 March 2011

Bila si kecil buat tutorial



AcHiKz tengok budak comel ni dari Izamir Ridzwan lewat petang tadi.. Agaknya dia selalu tengok mak dia buat tutorial, jadi dia pun teringin juga nak buat.. Dah la comel, makin comel bila dia muncungkan mulut untuk pakai lipstick..

Anak saudara AcHiKz si Annisa jenis yang suka melawa.. Bila tahu nak keluar jalan2 mesti dia la yang paling sibuk bersiap.. Sampai kontot lipstick ibu dia kerjakan.. Agaknya lepas dia tengok tutorial ni sure ibu dia kena sorok alat solek atas almari.. ha3

Tuesday 29 March 2011

Ingatkan dapat bertahan, rupanya tidak..


AcHiKz ni 'petani' tegar dalam Facebook.. Rasa macam tak sihat aje kalau tak jenguk2 kebun AcHiKz tu.. he3.. Tapi aktiviti berkebun AcHiKz terbantut bila encik tikus rosak 3 hari lepas..

Macam2 cara la AcHiKz cuba.. Siap tanya kawan2 yang expert tapi tak boleh juga guna.. Jodoh antara kita tak panjang la nampaknya encik tikus.. Maafkan la AcHiKz yea.. AcHiKz sangat hargai jasa baik encik tikus selama kita bersama..

Sob.. Sob.. Sob.. (T^T)

Sedih, sedih juga tapi kebun tetap kena jaga.. Kalau tak rugi la, penat aje tanam tapi tak dapat tuai hasil.. Jadi, nak atau tak kena la guna touchpad aje sebab belum terasa nak beli encik tikus yang baru.. Yea la, AcHiKz rasa macam boleh handle aje kebun tu walaupun guna touchpad.. AcHiKz berjaya harungi dalam masa 24jam pertama.. Gembira la juga, walaupun terasa macam hilang aje garis2 cap jari ni.. Tapi esoknya, AcHiKz dah tak mampu nak bertahan lagi walaupun untuk sejam, akhirnya AcHiKz keluar juga beli encik tikus yang baru..

AcHiKz rasa macam kurang sesuatu aje bila guna netbook yang tak ada encik tikus.. Nak main game pun susah, nak blogwalking pun susah.. Jari ni asyik nak main mouse wheel aje.. Senang nak scroll up, nak scroll down bila baca entry..


Ini la encik tikus AcHiKz yang terbaru.. Murah aje, siap dapat diskaun 20% lagi.. Sengaja pilih warna biru biar sepadan dengan netbook dan juga cooler pad sebab warna biru warna kegemaran AcHiKz..

Tauhu sumbat untuk minum petang


Malas rasanya nak keluar cari pisang goreng sebab hujan turun sejak pagi tadi, AcHiKz pun berkreatif la di dapur.. Hujan2 macam ni memang buat perut sentiasa lapar..

Bahan - bahan :
5 keping tauhu - dilenyek
tauhu kering (kuantiti ikut saiz tauhu)
200 gram udang - dicincang
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
1 lobak merah - diparut
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk
1/2 sudu teh rosemary kering
1/2 sudu teh daun selasih kering (sweet basil)
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Penyediaan :
1- Gaulkan semua bahan kecuali tauhu kering..
2- Perasakan secukupnya..
3- Gunting dari bahagian atas tauhu kering hingga ke bawah (jangan sampai berlubang) dan sumbatkan inti hingga penuh..
4- Panaskan minyak dan goreng tauhu tadi hingga kekuningan..
5- Hidangkan bersama sos pilihan korang..

Inilah hasilnya..
Nampak sedap tak??

Monday 28 March 2011

Aktiviti AcHiKz di hari minggu


Entry terakhir AcHiKz update awal2 pagi hari Sabtu.. Lepas tu AcHiKz senyap aje sampai hari Ahad.. Hari ni baru nak cerita apa aktiviti AcHiKz dalam masa dua hari tu..

Sabtu - 26 Mac 2011
Tak sempat nak keluar dari kereta pun, hujan turun selebatnya.. Jadi tak jogging la AcHiKz untuk hari ni..

Lepas sarapan mama ajak teman dia pi pasar.. Tak cukup bahan2 untuk jamuan esok katanya.. Semalam AcHiKz dah siap siang 80 ekor ikan kembung untuk mama.. Hari Ahad ada jamuan makan tengahari kat wad dan mama rancang untuk sediakan ikan goreng dan air asam..

Lepas turunkan mama kat rumah, AcHiKz terus ke Dewan Rukun Tetangga.. Dah janji nak tolong ayah siap2kan dewan untuk mesyuarat petang ni.. Dekat jam 1 petang baru selesai semua kerja..

Hujan masih turun walaupun dah masuk 4 petang.. Walaupun hujan lebat, AcHiKz redah juga untuk pi ambil Oliea dan Ammar (adik Oliea) sebab Ima jemput kami makan Laksa Sarawak.. Peluang yang dah lama AcHiKz tunggu sebab kali terakhir AcHiKz makan masa tinggal kat Miri tahun 1992 dulu..


Memang puas hati la.. Memang sedap!! Berbaloi la memandu dalam hujan lebat demi semangkuk Laksa Sarawak (lebih dari semangkuk sebenarnya).. he3

AcHiKz sambut Earth Hour lebih dari masa yang sepatutnya sebab letih sangat.. AcHiKz sambut sampai jam 6 pagi esoknya..


Ahad - 27 Mac 2011
Jogging macam biasa walaupun awal pagi tadi hujan.. Terasa stoking lembab aje bila lalu kawasan yang berlopak, rupa2nya tapak kasut sukan AcHiKz dah pecah.. Besar juga pecahnya, macam tak ada harapan nak diselamatkan lagi..

Singgah pejabat pos untuk hantar kad ucapan hari lahir Ainina yang ke-7..
**Bangah, jangan cerita kat Ainina okay, ini surprise.. (^^)

Balik kepada tujuan utama, beli kasut sukan yang baru.. Tak boleh merayau lama2, takut tak sempat nak masak untuk makan tengahari..

AcHiKz berkenan antara warna oren dan kuning.. Puas fikir, AcHiKz pun pilih warna kuning sebab AcHiKz selalu pakai t-shirt kuning masa jogging.. Saiz apa yang AcHiKz pakai?? Scroll ke bawah untuk lebih lanjut..

Saiz 9 tu.. Kalau ikutkan memang saiz kasut berbeza ikut rekaan tapi kebanyakkan kasut AcHiKz mula dari saiz 9.. Ada 1-2 kasut aje yang bersaiz 8.5.

Malamnya AcHiKz layan episod terakhir MERLIN musim ke-3.. Sedih la juga sebab AcHiKz ingat siri tu dah tamat terus, tapi dipenghujungnya bertulis "We'll be back" terus hilang rasa sedih..

Merlin, AcHiKz akan merinduimu!! (^^)y

Saturday 26 March 2011

Mummy Danny Lucky Draw!!


Popolita tag AcHiKz untuk sama2 join Lucky Draw anjuran Mummy Danny.. Boleh klik SINI untuk maklumat lanjut.. Mummy kata kali ni hadiahnya cute2.. Apa hadiahnya?? Entah la, AcHiKz pun tak tahu sebab Mummy tak cerita pun..

20 orang pemenang akan dipilih secara rawak oleh Mummy.. Tarikh tutup belum lagi diberitahu oleh Mummy (semasa AcHiKz dok taip entry ni)..

5 orang yang AcHiKz nak tag

Friday 25 March 2011

Kemana dikau menghilang??



Kenapa dikau menghilangkan diri??
Tercari2 AcHiKz kesana dan kemari..
Dimanakah gerangan dikau pergi??
Belum juga AcHiKz temui..

Mesti korang pelik kenapa tiba2 aje AcHiKz berpantun (boleh dikira sebgai pantun ke?? dah lama tak karang pantun sejak dah habis sekolah ni).. Ini semua gara2 tukang kasut kegemaran AcHiKz dah hilang entah kemana sejak pihak MPSP dah robohkan sisa bangunan Pasaraya Sri Kota yang dekat dengan stesen bas awam tu..

Dia tukang kasut kegemaran AcHiKz sejak beberapa tahun lepas.. Bukan AcHiKz aje, ayah dan Din pun baiki kasut pada tukang yang sama.. Memang sangat berpuas hati dengan hasil kerjanya, cantik dan kemas..

Tak tahu dah nak cari dia kat mana lagi sebab tanya kedai2 yang berdekatan pun diorang tak tahu.. Notis pemberitahuan pun tak ada.. Pada sesiapa yang tinggal kat kawasan Sungai Petani yang pernah baiki kasut dengan dia dan tahu kat mana dia berada sekarang tolonglah beritahu AcHiKz yea.. Khidmatnya tu sangat2 la AcHiKz perlukan..

Thursday 24 March 2011

Contest : K.A.M.I. F.O.T.O.G.E.N.I.K



Mr Vampire dari The Lady and Mr Vampire buat julung kalinya anjurkan contest KAMI FOTOGENIK.. Pada yang berminat, boleh la klik SINI.. Contest ni bermula 22hb Mac dan berakhir pada 01hb Mei 2011

1- Jadi follower blog The Lady and Mr Vampire
AcHiKz follower no.442

2- Ambil banner dan linkkan ke entry
DONE

3- a) Gambar pertama - Gambar solo


b) Gambar kedua - Gambar duo


c) Gambar ketiga - Gambar secara beramai2


5 orang rakan yang Fotogenik :

Slogan :
Kami rasa kami patut menang contest ini kerana dah banyak contest AcHiKz join, tapi masih belum menang apa2 lagi.. Harap2 bila dah join contest Mr Vampire ni AcHiKz ada peluang untuk menang..

Wednesday 23 March 2011

AcHiKz HoUz kini setahun!!




Yea, dengan gembiranya AcHiKz nak umumkan bahawa AcHiKz HoUz kini SETAHUN!!


Banyak yang AcHiKz kongsikan dengan korang sepanjang tempoh setahun ni.. Selain tu dalam masa setahun ini juga banyak kenangan manis dan pahit (lebih pahit dari ubat) yang telah AcHiKz lalui.. Apa yang dah berlaku tu, AcHiKz jadikan sebagai pengalaman, panduan serta peringatan untuk jalani hidup yang lebih baik pada masa yang akan datang..

AcHiKz akan terus menulis walaupun status akan berubah pada masa depan (bila tu, tak tahu la yea.. tapi bukan dalam masa terdekat ni sebab calon tak ada.. he3) dan berkongsi suka, duka AcHiKz dengan korang semua..

Pada vViP dan pada sesiapa yang pernah datang menjenguk AcHiKz kat sini, AcHiKz ucapkan jutaan terima kasih..

Sayang korang semua.. (^^)

Tuesday 22 March 2011

You're my 300th vViP!!



Nampak tak petak kuning yang ada gambar anak kucing yang comel tu?? Itulah vViP AcHiKz yang ke-300!! Terima kasih yang tak terhingga AcHiKz ucapkan pada A Retarded Kitty a.k.a Sharifah Nurul Shahirah dari Another Chapter of My Life sudi jadi vViP AcHiKz..

Boleh klik SINI untuk kenal dengan lebih lanjut, jadi partner in crime dan baca entry2 hasil nukilan awek blogger yang bakal hadapi SPM pada tahun ni..

Terima kasih sekali lagi dan selamat berjaya AcHiKz ucapkan.. (^^)y

Aku benci rokok!!



AcHiKz nak join segmen anjuran bro BEN ASHAARI.. Nak join?? Klik SINI..

Kenapa AcHiKz benci rokok??
AcHiKz benci rokok sebab perokok pasif terutamanya warga emas dan kanak2 (secondhand smoke) yang lebih terdedah dengan masalah kesihatan berbanding perokok sendiri.. Tak kira la perokok tu dari kalangan lelaki ataupun wanita.. Yea, sekarang ni perokok wanita pun dah makin ramai.. AcHiKz ni nampak aje macam sihat, tapi sebenarnya AcHiKz ni pesakit asthma, jadi AcHiKz cepat rasa sesak nafas dan terbatuk2 bila terbau atau tersedut asap rokok.. Hidung ni memang sensitif pada bau rokok dan makin sensitif bila AcHiKz buat tonsilectomy pada dua tahun lepas.. Rasa nak marah aje bila terbau asap rokok yang busuk lagi sengit, itu belum kira asap dari rokok perasa strawberry lagi..

Pesanan untuk perokok dan bakal perokok :
Untuk perokok tegar tu, AcHiKz nasihatkan berhenti la demi kesihatan diri dan juga demi orang2 yang korang sayangi.. Biar la hidup lama tanpa sakit berbanding hidup lama tapi ada macam2 penyakit.. Pada bakal perokok pula AcHiKz rasa tak payah la korang nak cuba untuk merokok sebab tak nampak langsung kebaikan selain keburukan yang banyak diperkatakan..

Pendapat AcHiKz tentang perokok :
Kebanyakan perokok ni degil sebab tak ikut peraturan, terutamanya di kawasan larangan merokok.. Dah nampak tanda larangan merokok tapi tetap merokok juga walaupun secara sorok2, pada yang berani tu secara terang terangan aje diorang merokok.. Sikit pun tak nampak rasa bersalah walaupun banyak mata yang memandang.. AcHiKz harap mereka lebih peka dengan keadaan sekeliling dan jangan pentingkan diri sendiri hanya kerana sebatang rokok..

Jom join bloglist EyyaHazel


Selamat pagi semua!! AcHiKz sekarang ni tengah bersiaran langsung kat dapur.. Belum masak lagi tapi tengah tengok2 apa yang ada kat dapur untuk dimasak kejap lagi.. Sambil dok cari idea, sambil berblogwalking.. Lepas tu terjumpa blog adik ni, si Eyya Hazel (betul la kena panggil dia adik sebab dia baru 17 tahun).. Eyya ingin ramaikan kenalan jadi dia ajak semua untuk join bloglist dia.. Bloglist Eyya ni tak ada tarikh tutup, boleh join bila2 masa aje..

Nama glamour : AcHiKz
Tempat tinggal : Sungai Petani, Kedah

Syaratnya senang aje dan tak payah nak tag sesiapa pun (kalau nak tag juga terpulang la pada korang).. Untuk maklumat lanjut, sila la klik SINI..

Monday 21 March 2011

Blog juga harus mesra netbook


AcHiKz ada sikit masalah bila blogwalking yang mungkin dianggap sebagai masalah terpencil pada korang mahupun orang lain.. AcHiKz ni pengguna netbook.. Jadi pada yang dah sedia maklum, skrin netbook ni kecil aje..

Masalah yang kerap AcHiKz hadapi adalah iklan2 yang diletak secara statik dan juga efek2 salji, daun luruh dan yang sewaktu dengannya yang ada dikiri kanan blog.. Selain menghalang pembacaan, ia juga sukarkan AcHiKz untuk klik butang2 yang berkenaan terutamanya bila nak komen entry atau nak tinggalkan jejak di chatbox.. Lain yang AcHiKz klik, lain pula yang jadi.. Selalunya mesti beralih ke website yang lain..

Kan sekarang ni dah ada Chatbox yang keluar dari tepi.. Chatbox macam tu bagi AcHiKz sangat bagus sebab tak perlu susah2 nak scroll down lagi.. Tapi bila chatboxnya panjang (yang muat 15-20 shout) AcHiKz tak dapat nak taip shout sebab ruangannya terlindung.. AcHiKz jarang guna polisi 'salin-tampal' sebab setiap blog berbeza shoutnya.. Lagi pun AcHiKz pernah tegur hal ni dulu, takkan AcHiKz nak kantoi dengan perkara yang sama, betul tak??

Buat masa ni itu saja masalah yang AcHiKz hadapi bila blogwalking.. Kalau ada tambahan nanti AcHiKz bagitahu yea..

IbnuShukran "Time Guess Contest"



Jom kita teka2 masa di Time Guess Contest anjuran IbnuShukran.. Pada yang berminat boleh la klik SINI untuk mengetahui maklumat lanjut seterusnya sertai contest ni.. Tarikh tutup contest ni pada 20 April 2011..

Syarat pertama :
Follower ke-276

Syarat kedua :
Entry - DONE
Jawapan - 9.05

Syarat ketiga :

Syarat keempat :
DONE

Saturday 19 March 2011

Jom sertai bloglist Haris Kaito



Haris Kaito buat pertama kalinya anjur bloglist.. Mari la sama2 kita join dan ramaikan kenalan sesama bloggers.. Pada yang berminat, sila klik SINI untuk maklumat lanjut dan sertainya..

Syarat2nya :
1- Buat satu entry bertajuk "jom sertai bloglist Haris Kaito"
DONE

2- Linkkan ke entry tersebut
DONE

3- Mesti follow Haris
AcHiKz follower ke-215

4- Nyatakan korang ni lelaki ke perempuan
Mesti la perempuan.. (^^)

5- Copy gambar dan letak dalam entry
DONE

6- Tag 3 orang kawan

7- Letak link entry kat Haris Kaito
DONE

Friday 18 March 2011

AcHiKz jadi sumber inspirasi


Tak sangka kehadiran AcHiKz kat Taman Jubli Perak tu diperhatikan.. AcHiKz diperhatikan dari sudut pandangan yang baik jadi korang jangan salah faham pula yea..

Pusingan terakhir AcHiKz pagi tadi terhenti bila ada pasangan suami isteri tua ni datang tegur AcHiKz.. Diorang tanya serba sikit pasal AcHiKz dan diorang kata AcHiKz ni jadi sumber inspirasi untuk pujuk anak diorang bersenam.. Diorang kata susah nak jumpa orang gemuk yang datang jogging setiap hari macam AcHiKz.. Kebanyakkannya datang sekali dua aje, atau mula2 tu datang lepas seketika memang tak nampak muka dah.. Hilang macam tu aje.. Jadi diorang tak ada contoh nak guna untuk pujuk anak diorang tu supaya ikut bersenam sama.. Sekarang ni diorang nampak AcHiKz sebagai contoh untuk pujuk dan dorong anak diorang tu bersenam..

AcHiKz ni baru aje bersenam dan terus terang AcHiKz rasa yang AcHiKz ni masih belum layak untuk dijadikan contoh untuk tujuan makcik dan pakcik tu.. Walaupun rasa sebegitu tapi AcHiKz harap usaha pakcik dan makcik tu mendatangkan hasil yang positif..

p/s : terima kasih banyak2 pada ayah dan si Rabiah yang kasi dorongan untuk AcHiKz terus berjogging..

Thursday 17 March 2011

Contest : "Oh! Bayang-bayang"



Hari ni AcHiKz nak sertai contest anjuran Cik Enna Banana..
Inilah gambar yang AcHiKz sertakan..


Gambar ni AcHiKz ambil dalam perjalanan balik dari kolej.. Matahari tengah terik sangat.. Gambar ni memang jadi kenangan sebab ini gambar terakhir kami berempat di semester akhir..

Tempoh contest bermula dari 4hb Mac hingga 3hb Mei 2011.. Pada yang berminat sila klik SINI untuk maklumat lanjut..

Monday 14 March 2011

Sword barrel at Nadiah's wedding


Maaf la yea pada sesiapa yang dah bosan baca entry edisi perkahwinan dalam 2,3 hari ni.. Maklumlah, sekarang ni kat mana2 pun sibuk dengan kenduri kahwin.. Jadi banyak la entry perkahwinan yang akan keluar sepanjang minggu ni..

Hari Sabtu (12 Mac 2011) majlis perkahwinan kawan sekolah AcHiKz, si Nadiah.. Tapi AcHiKz tak sempat nak ambil apa2 gambar pun sebab terkejar2 pi kenduri kahwin yang lain.. Tapi dia sempat ajak AcHiKz dan Raihan untuk ikut ke majlis resepsi pihak lelaki esok harinya.. Bagus juga Nadiah ajak kami berdua sebab si Raihan tak sempat hadir.. Lewat petang baru dia sampai sini dari Kota Kinabalu..

Inilah raja seharinya, Nurul Nadiah..


Dah siap sedia nak berangkat ke rumah pihak lelaki..

Mungkin diorang dapat bau kek pada AcHiKz agaknya sebab tu minta AcHiKz pegangkan kek.. ha3



Cik pengapit yang bertugas, si Raihan..


Bahagian yang menarik perhatian ramai..
Kalau boleh AcHiKz pun nak gak macam ni.. Ada sesiapa yang sudi tunaikan??



Sesi isi perut..
Lauk pauk dan pencuci mulutnya memang sedap dan terima kasih banyak2 atas layanan yang sangat memuaskan..

Selamat pengantin baru buat Nadiah dan pasangannya..
Semoga berbahagia hingga akhir hayat..

Saturday 12 March 2011

Kek coklat untuk Ainina


Mulai petang tadi rumah AcHiKz riuh rendah dengan suara si Ainina, Anissa dan Daniel.. Diorang balik sempena cuti sekolah ni.. Terubat rindu AcHiKz, atuk dan nenek pada diorang..

Sampai2 aje Ainina tanya bila AcHiKz nak buat kek harijadi dia.. Nak kek coklat katanya sebab tak puas makan kek batik yang AcHiKz bekalkan pada dia masa pot luck di PraSekolah dulu..

Jadi AcHiKz pun tunaikan la permintaan si Ainina.. Tiga2 tunggu tepi AcHiKz, tengok dari awal sampai akhir proses buat kek..

si Anissa dan Daniel yang sabar menunggu..

Selongkar bekas bahan2, tak ada pulak dark chocolate, cuma ada white chocolate aje.. Belasah aje la.. Guna aje apa yang ada.. Tabur coklat urai, dah siap akhirnya kek coklat untuk Ainina..

Ini la hasilnya..

Selesai pun dah lewat malam jadi AcHiKz cakap pada diorang kek tu esok pagi baru boleh makan.. AcHiKz sangat yakin yang diorang bertiga tu akan bangun lebih awal dari biasa esok.. he3

Musim cuti sekolah = Musim kenduri kahwin


Yea.. Cuti sekolah dah mula dan secara otomatiknya musim kenduri kahwin pun bermula.. Jadi sepanjang minggu ni kena la siap sediakan perut untuk makan nasi minyak dan lauk pauk yang sedap..

Ada sesetengah orang, masa tengah ada banyak jemputan tak nak pula makan nasi minyak.. Muak katanya, lauk yang sama la katanya.. Tapi bila dah habis musim kenduri kahwin baru la nak merengek, mengadu nak makan nasi minyak.. Bila ajak pi makan kat kedai tak mau pula.. Tak sedap macam nasi minyak kenduri kahwin.. Macam2 la alasan.. Mengada2 pun ada.. Macam nak sekeh aje kepala tu..

Bagi pasangan yang nak adakan kenduri kahwin pada masa yang akan datang, masa ni la paling sesuai nak buat eksperimen sebab kita boleh tahu apa lauk yang sedap dihidangkan bersama nasi minyak.. Selain tu boleh juga belajar cara nak uruskan majlis..Macamana nak pastikan majlis berjalan lancar dari awal hingga akhir..

Yea, korang memang bakal pengantin, rasa macam tak perlu aje nak ambil tahu semua tu.. Bagi AcHiKz tanggapan macam tu kena ubah sebab itu majlis korang, korang kena ambil tahu dan uruskan seperti mana yang korang mahu.. Tak seronok la bila majlis dah selesai tapi masih ada cakap2 yang kurang menyedapkan hati.. Betul tak??

Pada semua pasangan yang nak melangsungkan majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah ni AcHiKz nak ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU".. Semoga ikatan antara dua hati yang saling menyayangi akan berkekalan sampai akhir hayat.. (^^)

Thursday 10 March 2011

Projek terbaru AcHiKz (sambungan)


Alhamdulillah.. Dah cuba macam2 resipi (macam saintis pula rasanya, he3..) dan AcHiKz dah dapat resipi yang paling sesuai untuk perniagaan kecil-kecilan kami..

Dalam entry lepas AcHiKz ada tunjuk pada korang kek pisang yang baru keluar dari oven.. Sila scroll down untuk segarkan memori korang.. Itu kek percubaan sahaja, bukan hasil akhir lagi.. Walaupun dah nampak macam sempurna tapi perlu diubah suai lagi.. Kek percubaan tu dah selamat dalam perut AcHiKz dengan si Ummu.. Kali ni AcHiKz nak tunjuk hasil akhir kedua2 kek yang akan dijual nanti.. Okay tak?? Okay tak??


Dah tak sabar rasanya nak mula berniaga.. Harap semua yang kami bertiga rancang selama ni akan berjalan lancar.. Doa2kan yea..

Saya nak join bloglist Her Storiie,x3



Si Nikaviolet dari Nikaviolet's Dairy of Life dah tag AcHiKz untuk turut serta dalam Bloglist Dayana dari Her Storiee,x3.. Pada sesiapa yang berminat boleh klik kat SINI.. Tarikh tutup bloglist ni pada 1 MEI 2011..

Sesi jawab menjawab soalan pun bermula..

Soalan 1 :
Harapan korang terhadap blog korang / tujuan korang berblogging??
AcHiKz mula2 berblogging ni atas niat suka2 aje.. Nak isi masa lapang.. AcHiKz tulis perkara seharian atau isu2 semasa yang menarik perhatian.. Selain tu, ada la juga info yang berguna, yang sesuai untuk dikongsikan dengan pembaca dan bloggers lain..

Soalan 2 :
Kenapa nak join bloglist Her Storiie,x3??
Nak tambahkan kenalan dan sekaligus nak kenalkan AcHiKz HoUz pada blogger dan pembaca yang lain..

Soalan 3 :
Apa yang boleh diubahsuai dalam blog Dayana??
Setakat ni rasanya tak ada apa yang perlu diubahsuai.. Cuma harap tak berat sangat sebab nanti lambat loading.. Maklumlah AcHiKz ni pakai broadband aje..

Tag 3 orang kawan (AcHiKz tinggalkan pesan kat shoutbox)

Wednesday 9 March 2011

Projek terbaru AcHiKz


AcHiKz pernah cerita yang AcHiKz ni berniaga kek lapis sepanjang bulan puasa pada tahun 2008 dulu.. Tapi kena berhenti sekejap sebab sibuk dengan praktikal.. Ingatkan nak sambung lepas tu tapi tertangguh juga sebab keadaan dan masa yang tak mengizinkan..

Lepas berbincang dengan ayah, dan dua rakan kongsi iaitu si Oliea dan Ummu, AcHiKz akan sambung semula aktiviti berniaga kek.. Kali ni AcHiKz tak buat kek lapis, tapi pada dua jenis kek yang jadi kegemaran kami bertiga iaitu kek pisang dan kek buah..

Jadi buat masa ni AcHiKz sibuk kat dapur mencuba berbagai resipi yang ada dan olah untuk dapatkan rasa kek yang menepati selera pelanggan..

Kek pisang yang baru keluar dari oven..

Buat masa ni kami buat dalam skala kecil saja jadi ia meliputi kawasan berdekatan rumah.. Insyaallah kalau kek kami diterima dan dapat sambutan yang menggalakkan, kami akan luaskan pasaran sedikit demi sedikit..

Tuesday 8 March 2011

AcHiKz deep fried chicken wantan..


Ni semua gara2 AcHiKz terpengaruh dengan televisyen.. Bukan terpengaruh dengan benda2 yang tak elok tapi AcHiKz terpengaruh untuk mencuba masakan yang disiarkan.. Kali ni AcHiKz terpengaruh nak cuba deep fried wantan..

Bahan-bahan :
300gram isi ayam - dicincang
1 paket kecil kulit wantan
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
1 lobak merah - diparut
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk
garam dan lada hitam - secukup rasa
Cara penyediaan :
1- Gaulkan dengan sebati semua bahan2 diatas kecuali kulit wantan.. Macam kat bawah ni..
2- Letak perasa secukupnya yea sebelum bungkus..


3- Bungkus ikut citarasa korang.. AcHiKz buat bentuk segitiga aje.. Bucunya dilipat keatas.. Sapu air ditepi kulit wantan untuk elakkan isinya keluar bila goreng nanti..
4- Panaskan minyak dan goreng wantan sehingga kekuningan.. Api jangan kuat sangat takut kulit wantan hangit tapi isi kat dalam tak masak..
5- Dihidangkan panas dengan sos cili..

Ini la hasil yang siap digoreng..
Selamat mencuba..

AcHiKz tak normal ke kalau tak buat macam korang buat??


Lebih banyak rasa kecewa dari rasa marah yang AcHiKz alami semalam.. Kecewa dengan sikap segelintir pemandu2 diluar sana.. Segelintir?? Macam dah tak sesuai pula perkataan tu kan??Rasanya KEBANYAKAN adalah perkataan yang paling sesuai..

AcHiKz tulis semula kenyataan tadi.. Kecewa dengan sikap kebanyakan pemandu2 diluar sana.. Kenapa?? Sebab semalam saja, AcHiKz 3 kali kena hon gara2 perlahankan kenderaan dilampu isyarat kuning.. Bukan kena hon aje, siap berhenti sebelah kereta AcHiKz dan kasi isyarat tangan yang tak sedap mata memandang..

Seingat AcHiKz, dalam kelas undang2 dulu, masa tengah berkobar2 nak dapatkan lesen, bukan main la menghafal apa maksud lampu kuning tu.. Takut nanti salah jawab, tak lulus pula kena ambil semula ujian.. AcHiKz sertakan kat sini untuk mengembalikan ingatan pada sesiapa yang kurang ingat tu..


LAMPU KUNING : Bersedia untuk berhenti, jika terlalu hampir dengan garisan dan tidak selamat untuk berhenti, teruskan perjalanan..

Kebanyakkan pemandu sekarang ni, pantang nampak aje lampu kuning tu bukan nak perlahankan kenderaan, makin ditekan pedal minyak lagi ada la.. Walaupun jauh dari garisan dan mampu berhenti tapi tak nak berhenti langsung.. Bukan aje membahayakan diri sendiri tapi pengguna jalan raya lain pun turut berisiko.. Yea la, dah laju macam nak meroket ke langit, mana sempat lagi nak tekan brek atau elak apa2 halangan didepan.. Nak tak nak langgar aje la apa yang ada kat depan..

AcHiKz pernah tengok sendiri kemalangan macam ni.. Pemandu ni memang dah memandu laju, lagi ditekan la minyak tu bila lampu kuning dok kelip2..Sampai aje simpang lampu isyarat tu, kereta pemandu tu di'sapu' bersih oleh lori dari arah kanan.. Rempuhan kuat sampai tercabut lampu isyarat sebelah kiri.. Tak tahu la apa nasib pemandu dan penumpangnya sebab AcHiKz tak nak berhenti dan tak nak tengok pun..

Kejadian tu memang jadi peringatan dan pengalaman yang tak boleh AcHiKz lupa.. Buang la jauh2 tanggapan lampu isyarat kuning itu sebagai isu yang remeh sebab ia melibatkan nyawa kita dan juga pengguna jalan raya yang lain.. Kejadian hanya berlaku sekelip mata tapi impak akan kekal selamanya..

Saturday 5 March 2011

AcHiKz kembali!!


Yea!! Akhirnya AcHiKz berjaya juga terbitkan entry pertama dalam bulan Mac.. Dengan rasminya AcHiKz atau Wahida Nasution Thakhrim sudah kembali di AcHiKz HoUz!!

Banyak hari AcHiKz menyepi gara2 merajuk dengan kelembapan broadband.. Walaupun keadaan masih belum kembali pulih macam dulu tapi jari2 kontot lagi gemuk ni dah tak sabar nak menari2 atas papan kekunci.. Jadi AcHiKz cuba juga la sedaya upaya berbekalkan tahap kesabaran yang melebihi biasa untuk post entry pendek ni..

Dalam masa merajuk tu AcHiKz tak la berdiam diri aje.. AcHiKz tetap merayau sakan kat blog kawan2 walaupun ambil masa lama untuk satu2 blog selesai loading.. Merajuk2 pun kat broadband aje, bukan kat korang pun..

Jangan nak merajuk, makin rindu kat korang ada la.. he3