Makan3.. Itu la aktiviti yang paling best bagi aku.. Bukan la nak menggalakkan badan cumel aku ni makin naik.. Tapi aku ni seorang yang amat menikmati dan menghargai makanan.. he3
Kali ni aku nak kongsi resipi pancake yang aku dapat dari majalah.. Apa majalahnya pun aku dah lupa.. Ada beberapa kali jugak la aku buat pancake ni..
Aku makan pancake aku ni dengan potongan kecil mentega bersama madu atau ais krim vanila bersama madu.. YUMMY~~
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
secubit serbuk sodium bicarbonate
secubit garam
1 biji telur (saiz A)
1 cawan susu segar
1 sudu besar minyak
Cara penyediaan :
- gaulkan bahan2 kering
- gaulkan bahan2 basah iaitu telur, susu segar dan minyak
- campur bahan kering dan bahan basah
- sebatikan adunan.. pastikan tak ada ketul2..
- panaskan non-stick pan.. (kalau nak letak minyak cuma celup kitchen towel dengan sikit minyak dan ratakan sekeliling pan itu aje.. tak perlu banyak minyak..)
- tuangkan adunan ikut saiz yang dikehendaki.. biarkan sehingga adunan keperangan..
- alihkan dan biarkan bahagian tersebut masak..
- hidangkan..
SELAMAT MAKAN~~ (^^)
No comments:
Post a Comment