Tuesday 31 May 2011

Maafkan AcHiKz


Apa khabar semua?? Harap2 sihat aje la yea.. Memandangkan sekarang ni kat mana2 pun sibuk dengan majlis pertunangan, majlis perkahwinan mesti ramai mak2 yang gantung periuk belanga..

AcHiKz pun banyak terima undangan tapi tak mampu la nak hadir semua terutamanya luar dari kawasan Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.. Banyak sebab kenapa AcHiKz tak dapat nak hadirkan diri tapi keadaan kewangan yang agak terhadlah yang membataskan segalanya.. Maklumlah, AcHiKz masih lagi belum dapat kerja..

AcHiKz minta maaf sebab tak dapat nak hadirkan diri dan memeriahkan majlis korang.. AcHiKz doakan agar ikatan suci yang dibina akan berkekalan sampai akhir hayat.. Semoga kebahagiaan yang diinginkan akan tercapai..

Monday 23 May 2011

Mr.Children - HANABI


Hari ni AcHiKz nak kongsi lagu kegemaran AcHiKz buat masa ni.. Pasa siapa yang tonton drama bersiri Jepun Code Blue atau Doktor Heli - Kinkyuu Kyumei yang baru habis musim pertamanya kat 8tv mesti ada dengar lagu ni sebagai Opening dan Closing Theme.. Lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan yang dinamakan Mr. Children dan tajuk lagu ni HANABI bermaksud bunga api..

AcHiKz ada sediakan maksud lirik lagu ni kat bawah.. Enjoy!!



Mr. Children - Hanabi

What value left is there
in this world I live in?
I start thinking its all meaningless
or maybe I’m just tired?

In exchange for something I got
I gave up a number of precious things
but it’s not such a peaceful world
that I can lament each and every one.

What kind of dreams should I envision?
What kind of hopes should I take with me as I go forward?
These seemingly impossible to answer questions
Get buried in my day to day life.

If you were here I wonder what you would say?
you’d probably say I was being “gloomy” and have a laugh.
I just wish i could see your gentle smile to blow away my melancholy.

even if it’s a light like fireworks
that can never be caught
one more time, one more time, one more time, one more time
I want to reach out for it.

We all carry sadness with us
but we hope for a better tomorrow
I wonder to what extent we can love a world
gripped by fear, thrown into unrest?

I get choked up on the words ’cause I think too much
I hate how clumsy I am
Yet oddly enough, I hate more how skillfully I can pretend.

Whether we spend the years laughing or crying
time passes the same for all
the future is calling to us
are you, now, hearing it too?

Even though we knew from the start
that we’d eventually have to say goodbye
one more time, one more time, one more time, one more time
and as many times as I can I hope to see you again.

I never imagined that simply meeting you
could make the world seem so beautiful
would you laugh at me for being simple minded?
I want to say “thank you” to you from my heart.

I wish my heart flowed fast and smooth like water
so that it would not settle in one place.

For all those times when I need to see you
for those times when I’ll miss you so
one more time, one more time, one more time, one more time
I want to burn your memory deep in me.

We all have our problems
but we hope for a better tomorrow
I wonder to what extent we can love a world
gripped by fear, thrown into unrest?

one more time, one more time,
one more time, one more time…

credited to : a-lyrics.blogspot.com

Pada yang ikuti drama ni, jangan lepaskan musim kedua Code Blue mulai hari ahad minggu depan jam 3.00 petang di 8tv..

Saturday 21 May 2011

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-74 (part 2)


Akhirnya!! Hari yang dinanti2kan pun tiba.. Awal pagi dah gerak sebab graduan kena berkumpul sebelum 7.30 pagi.. Alhamdulillah, cuaca sangat baik pada awal pagi..

Awal pagi di pintu utama Dewan Agong Tuanku Canselor..


AcHiKz tonton dari tempat yang dah disediakan..


Comel tak?? AcHiKz yang pilih tu.. Jambangan ni sebagai pengganti diri maktok, tokwan dan maksu yang tak dapat hadir..


Masing2 sibuk cari keluarga lepas keluar dewan..




Lega sangat acara hari ni berjalan lancar.. Big event untuk tahun ni dah pun selesai.. Tunggu konvokesyen Din pula lepas ni..

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-74 (part 1)


Apa khabar semua?? Lama betul kali ni AcHiKz tak update apa2 kat blog sebab AcHiKz sibuk jadi pemandu dan jurugambar tak berbayar pada kakak AcHiKz, si Alun.. Jadi dalam seminggu ni AcHiKz berkampung di Subang Jaya, rumah abang AcHiKz..

Sidang ke-7 Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-74 bermula selepas cuti umum Hari Wesak.. Jadi, 16hb tu diadakan raptai bagi 4 fakulti yang terlibat iaitu Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Undang2..

AcHiKz, ayah, mama dan Daniel temankan Alun untuk raptai..


ini budak ponteng tadika.. bila suruh pi tadika, dia cakap sakit gigi tapi bila tanya nak makan apa, boleh pula minta KFC!!






Lepas tu, Alun bawa kami ke Kampus Puncak Alam..



Destinasi terakhir kami, singgah minum petang di rumah nenek saudara..


Bersambung...

Thursday 12 May 2011

Kecewa


Rasa lapar terus hilang bila baca surat yang baru AcHiKz dapat.. Tanda tanya tentang temuduga dengan satu kilang farmaseutikal lebih sebulan lepas akhirnya terjawab juga..

Rasanya korang pun dah boleh agak apa jawapannya.. Tak perlu rasanya nak bercerita panjang lebar lagi..

Rasa nak tido petang la kejap.. Nak tenangkan hati yang sedih~~

Tuesday 10 May 2011

Sambal ikan bilis, kentang dan tempe



Bahan-bahan :
7 biji ubi kentang - dihiris nipis
sebungkus tempe
segenggam ikan bilis
3 ulas bawang merah
7 sudu besar cili giling
serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara penyediaan :
1- gaul tempe dengan serbuk kunyit bersama garam, gorengkan.
2- goreng ikan bilis hingga garing.
3- gaul ubi kentang dengan sedikit garam dan gorengkan.
4- dalam kuali yang sama, tumis bawang merah hingga naik bau.
5- masukkan cili giling, tumis hingga cilinya masak dan garing.
6- masukkan tempe, ikan bilis dan ubi kentang yang sudah digoreng tadi.
7- gaulkan dengan rata dan hidangkan.

Monday 9 May 2011

Lauk istimewa sempena hari lahir Annisa


Hari ni ulang tahun Annisa Syahrul Nizam yang ke-6.. Walaupun jauh tapi AcHiKz tetap raikan hari lahir anak saudara AcHiKz.. Cuma sambut berdua aje dengan ayah sebab mama kerja.


Makan tengahari ni AcHiKz sediakan ikan terubuk bersambal yang dimasak dalam ketuhar..

Bahan-bahan :
1 ekor ikan terubuk saiz sederhana
garam dan serbuk kunyit

Sambal :
10-15 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1/2 inci belacan

Cara penyediaan :
1- bersihkan ikan dan lumur dengan garam dan kunyit.
2- kisar halus bahan2 sambal.
3- panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak kemudian disejukkan.
4- panaskan kuali leper dan tuangkan sedikit minyak.
5- goreng kedua2 belah ikan lebih kurang 3 minit.
6- sediakan aluminium foil, sapu sedikit minyak dan letakkan ikan terubuk tadi.
7- ratakan sambal diseluruh ikan termasuk bahagian luar.
8- bungkus masukkan dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan suhu 150 darjah Celcius.
9- masak ikan selama 30-40 minit.
10- hidangkan

Saturday 7 May 2011

Tak payah la nak simpan2 lagi


Apa khabar semua?? AcHiKz kebosanan dan tak ada idea untuk menulis.. Lagipun AcHiKz dok sibuk cari ikan pekasam yang dipesan oleh seorang kenalan..

Tadi masa dok melayan filem hindi kat tv2, junior kolej AcHiKz telefon.. Nangis teresak2 lagi.. Tak sempat nak tanya apa pun dia dah buat luahan perasaan.. Dia dan suami baru aje bertekak gara2 sebotol minyak wangi pemberian bekas kekasih suaminya.. Dia dah minta suami dia buang minyak wangi tu sebelum diorang kahwin lagi (baru 6 bulan lebih diorang berkahwin).. Suaminya setuju dan dia ingat suami dia betul2 buang la.. Tapi sangkaan dia meleset bila dia jumpa botol minyak wangi tu masa kemas rumah awal pagi tadi.. Maknanya hampir 5 bulan la suaminya dok simpan minyak wangi tu!!

Junior AcHiKz beritahu yang diorang masing2 dah setuju untuk tidak simpan sebarang pemberian dari bekas kekasih masing2.. Tak kisah la hubungan yang lepas tu berakhir secara baik atau tidak.. Dia sangat kecewa sebab dia aje yang patuhi janji tu tapi suaminya tidak.. Susah sangat ke nak patuhi janji yang telah dibuat?? Korang jangan ingat AcHiKz yang emo pula.. Itu ayat junior AcHiKz masa kami berbual tadi..

Pada AcHiKz, segala pemberian tu patut dibuangkan aje.. Tak perlu simpan2 lagi.. Jangan lukakan hati orang yang sayangkan kita gara2 kenangan yang dah lepas tu.. Dari ingat kenangan lepas, baik cipta kenangan yang lebih indah bersama2.. Bagi AcHiKz itu adalah cara yang terbaik..

Korang masih simpan ke pemberian bekas kekasih korang??

Wednesday 4 May 2011

Nikaviolet GA... Jom join!!


**klik SINI untuk maklumat lanjut dan sertainya

Wahida Nasution Thakhrim adalah gabungan nama AcHiKz, nama marga Mandailing - Nasution dan juga nama ayah..

Nama Wahida ni diambil dari Nurul Wahida bermaksud Cahaya yang Satu.. Nama ni diberi oleh maksu AcHiKz.. AcHiKz guna nama Wahida sebab kakak AcHiKz dah pun dipanggil Nurul.. Jadi untuk elakkan kekeliruan, AcHiKz guna nama Wahida sebagai nama utama.. Nama penuh dalam kad pengenalan tu setakat guna dalam borang2 rasmi aje..

Tarikh tutup GA : 31hb Mei 2011

Tuesday 3 May 2011

Mesti singgah sini kalau datang Pekan Sik


Gara2 dapat berita mengejut, tak jadi AcHiKz nak masak hari ni.. Simpan balik semua bahan2 dalam peti sejuk dan terus tukar baju..

AcHiKz dan ayah menghala ke Gubir sebab bapa pada anak angkat ayah meninggal dunia.. Anak angkat ayah ni diambil masa Program Keluarga Angkat waktu ayah bertugas kat sana pada tahun 70-an kalau tak silap AcHiKz.. Walaupun program tu dah selesai tapi ayah dan anak angkatnya masih berhubung sampai la ke hari ni.. AcHiKz memang anggap dia macam abang kandung sendiri sebab dia jadi anak angkat ayah sebelum AcHiKz lahir lagi..

Pak Leh meninggal akibat serangan jantung.. Kata abang Abie (anak angkat ayah) bapanya meninggal masa berehat2 sambil tunggu makcik siapkan sarapan pagi dalam jam 7.30 pagi tadi.. Walaupun berita kematian yang diterima agak lewat, tapi AcHiKz dan ayah sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan.. Kagum bila AcHiKz lihat wajah Pak Leh yang sangat tenang seolah2 sedang senyum pada semua orang yang hadir..

Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Leh, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman..

Sebelum balik SP, AcHiKz dan ayah singgah direstoran kegemaran kami sebab tak nak susahkan keluarga Pak Leh.. Banyak perkara lagi yang belum mereka selesaikan.. Din la yang paling suka restoran ni.. Restoran ni wajib kami singgah tiap kali lalu Pekan Sik..

**klik gambar untuk lebih jelas

Kuey Teow Thing dan Char Kuey Teow memang menu utama la kat restoran ni.. Memang ramai yang datang makan.. Yang bungkus pun ramai juga.. Maaf la yea, lupa nak snap gambar dua2 menu ni sebab dah hypo sangat.. Dapat aje pesanan terus makan sebab AcHiKz dan ayah cuma sarapan awal pagi tadi dan minum air yang AcHiKz bawa dari rumah aje dalam perjalanan ke Gubir.. Tak singgah mana2 pun sebab takut lambat sampai..

Mesti ada yang tanya kenapa namanya Kuey Teow Thing.. Dulu pun AcHiKz pun musykil juga.. Bila dah sampai pesanan ni baru la tahu.. Rupanya Kuey Teow Thing tu bersamaan dengan Kuey Teow Sup.. Supnya jernih, wangi dan sangat sedap.. Kalau nak rasa sendiri kesedapan supnya tu, kena la singgah di Restoran Ishak ni.. Ianya bersebelahan dengan stesen bas..

Jam 7.30 malam tadi baru sampai rumah.. AcHiKz dah letih sangat, nak tido awal la malam ni sebab mata dah tak mampu nak berjaga untuk tonton "Asmara 2"..

SELAMAT MALAM SEMUA.. (^^)

Monday 2 May 2011

Budak sekolah zaman sekarang


Apa khabar semua?? Rindu AcHiKz tak??
AcHiKz berehat menulis kejap sebab kaki ni terseliuh.. Kaki sakit, mood nak menulis pun tak ada.. Semuanya gara2 tak nampak bendul kat kawasan tangga masa pi serang maksu kat sekolah (selain tu pi cuci mata tengok si baju hijau yang handsome2.. he3).. Jatuh terduduk dibuatnya.. Walaupun AcHiKz yakin tak ada sesiapa yang nampak tapi AcHiKz takkan masuk kem dalam masa terdekat ni.. Nak ambil langkah berjaga2 (nak cover malu sebenarnya.. ha3)..

Cerita pasal sekolah, pagi tadi AcHiKz pi sekolah lama untuk buat pengesahan sijil2.. Nak tambah balik stok yang dah surut.. Ini kali pertama AcHiKz jejak kaki ke sekolah tu lepas ambil result SPM 2002 pada awal tahun 2003 dulu.. Dekat 8-9 tahun juga la tak menjenguk2 keadaan kat sana.. Cuma tengok dari jauh aje..

AcHiKz sampai masa budak2 tengah makan, maklumlah waktu rehat.. Bak peribahasa "Seperti Rusa Masuk Kampung" AcHiKz tengok kanan, tengok kiri, atas bawah semua sekali la.. Nak tengok apa2 yang menarik dan yang dah berubah kat sekolah tu.. Memang beza sangat la masa AcHiKz sekolah situ dulu, sekarang ni lanskapnya cantik, kemudahan2 lain pun dah banyak dinaik taraf.. Kiranya serba serbi bagus la..

Lepas tengok bangunan, tengok kawasan sekeliling AcHiKz pandang pula kat budak2 sekolah.. Tak tahu la budak perempuan yang AcHiKz pandang tu tingkatan berapa tapi AcHiKz cuma fokus kat mata dia aje sebab budak ni pakai eyeliner.. Pakai yang liquid punya, lukis tebal pula tu.. Jauh beza la diorang sekarang berbanding AcHiKz zaman sekolah dulu.. Masa umur2 diorang tu alat solek yang AcHiKz tahu cuma lipstick dan compact powder aje.. Nak bersolek pun tak reti tak macam budak2 sekarang ni.. Lebih expert dari AcHiKz.. Nasib baik la diorang ni masih beruniform sekolah, kalau dibuatnya macam public school kat Amerika Syarikat mesti macam2 gaya budak2 ni pakai pi sekolah..

Itu baru budak perempuan, ni budak lelaki lak.. Boleh dikenyit2 mata kat AcHiKz.. Bila AcHiKz lalu aje tepi kelas ada yang menoleh, siap 'pheewwitt'2 pun ada padahal cikgu dok sibuk mengajar kat depan.. Masa AcHiKz menghala ke kereta, budak2 lelaki yang kenyit2 mata, 'pheewwitt'2 segala tu kasi isyarat tangan macam telefon tu.. Ada hati yea nak minta nombor telefon AcHiKz..

Maaf yea adik oii.. You're not my taste.. he3