Thursday, 15 April 2010

LaSt cLaSs oF ThIs SeMeStEr


Wah~~ (o-O")
Kelas pharm chem untuk semester ni dah habis petang tadi.. Macam tak sangka pulak sebab selama ni aku dok bilang aje berapa kali lagi nak kena pi kelas.. Habis aje kelas hari jumaat, tunggu pulak nak masuk kelas minggu depan & seterusnya..
Tapi hari ni dah habis.. Dah selesai.. Dah tak payah nak pi kelas lagi..
Cuma lepas ni aku tunggu masa aje la nak pi final exam nanti..

FINAL EXAM~~ TAKUT!! (T^T)

Boleh demam aku kalau fikir pasal nak final exam ni.. Ini la satu2nya subjek yang aku belum lepas.. Seksa la aku rasa nak selesaikan satu subjek ni pun..
Boleh patah semangat aku ni kalau tak ada sokongan dan semangat dari famili, kawan2 & staf farmasi kat HRPB dan KK GREENTOWN..

Korang, doakan aku yea.. Doa bersama2 aku..
Biar tak ketaq lutut, tak ada darah gemuruh, tak sakit perut, tak muntah masa nak jawab final exam nanti.. Aku pernah muntah masa aku jawab final exam subjek Pharmacology ( tak ingat pulak la aku pharmacology yang mana satu).. Tak sempat nak angkat tangan minta izin, terus lari meluru keluar exam hall.. Muntah sampai lembik.. Tak larat aku nak jalan masuk exam hall.. Rasa jauh sangat nak sampai exam hall..

Tapi, berbaloi la aku muntah sakan, LULUS gak paper tu.. Markah yang aku dapat pun boleh tahan.. he3..

No comments: