Meluru keluar aku dengan ika dari Exam Hall 3 lepas tamatnya kuliah Pharm Chem.. Cepat2 jalan ke tempat letak kereta.. Hidupkan enjin kereta dan menuju ke destinasi yang dah disetujui..
Vrooooom3.. (^^)
Akhirnya, sampai la kat tempat yang dituju..
Sebuah kedai di Jalan Raja Musa Aziz iaitu destinasi kami untuk isi perut petang ni di,
IPOH HAINAN CHICKEN RICE..
Iced Longan with White fungus
Senarai pesanan kami :
Starter
Steamed Bean Sprout
Deep Fried Tauhu with Oyster Sauce
Entrée
Hainan Roasted Chicken Rice
Drinks
Iced Nescafe
Iced Longan with White fungus
Desert
Fried Ice Cream
Sorry la eh.. Cuma ada gambar air aku aje.. Dah tak ada gambar lain sebab dah lapar sangat.. Tak lama kami tunggu, pesanan pun sampai.. Aku dengan ika tak banyak berbual sebab sibuk isi perut..
(sebelum pi kuliah tadi aku dah makan tapi makan pukul 9 pagi tadi la.. fyi, kuliah aku jam 2.30 petang, habis jam 4.30 petang.. sebab tu la lapo sgt..he3)
Aku tanya ika, nak desert tak?? sebab aku nampak kat 'special' chalk board depan kedai ada 'fried ice cream'..
Okay kata ika.. Aku pun pesan la untuk kami..
Tak lama lepas tu desert pun sampai..
Aku pusing2 la pinggannyer.. Ada rupa macam Frank Rolls yang dicelup telur.. Ada madu atasnya..
Masuk aje dalam mulut aku...
WAH~~~ SEDAPNYA.. (^^)
Aku pun dah tak tahu nak gambarkan pada korang apa rasanya..Rotinya yang rangup diluar, lembut didalam.. Berinti ice cream vanila yang halus.. Rasa sedikit manis dari madu..
Memang tak rugi la aku pesan setiap satu untuk aku dengan ika.. Kalau tak mesti tak cukup.. he3
HARGANYA?? Hurm.. Soalan yang menarik..
Semua yang aku dengan ika makan tadi jumlahnya RM35.40 sahaja..
TIDAK TERMASUK SERVICE CHARGE MAHUPUN GOV TAX yea..
Yang pasti ini bukan kali pertama dan terakhir ke sini..
Aku akan datang lagi..
2 comments:
okay, nanti saya try the dessert plak...hehehe~
rasa la.. memang HEAVEN~~
Post a Comment