Kali ni aku nak promote 1 resipi yang aku jumpa dari http://www.sajionline.com.my/
Aku dah cuba resipi ni, menepati selera anak tekak aku.. Aku dengan gumbiranya nak kongsikan resipi ni dengan korang..
Bahan2 :
500 gram mee kuning
3 labu bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
5 gram cili kering - dikisar
2 biji telur
50 gram udang kering - ditumbuk kasar
30 gram sayur campur - dicelur
20 gram tauge
20 gram kobis
20 gram sawi
2 sudu besar kicap cair
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan2 hiasan :
Sedikit hirisan cili merah dan daun sup
Cara penyediaan :
1- Mee kuning dicelur dan dituskan.
2- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau.
3- Masukkan cili kering, garingkan sedikit.
4- Masukkan sawi, kubis, kicap cair, garam secukup rasa, mee dan tauge. Gaulkan sebati.
5- Masukkan telur, gaul sehingga telur masak.
6- Hidangkan, hiaskan dengan hirisan cili merah dan daun sup..
SELAMAT MENCUBA.. (^^)
p/s :
- aku tak masukkan sayur campur walaupun ada dalam resipi ni sebab dah ada 3 jenis sayur.. (lagipun aku memang tak suka sayur campur ni)
- mee ni dinamakan sedemikian yea.. bukan aku yang suka2 hati namakan mee ni walaupun aku memang asal dari SP.. tak percaya sila la ke laman web diatas.. he3
No comments:
Post a Comment