Monday, 31 May 2010

wOrLd MiLk DaY 2010


Susu, susu & susu.. Aku memang suka minum susu.. Ada jugak orang tegur aku sebab dah gemuk macam ni tak payah nak minum susu lagi.. Makin gemuk katanya..
Haish!! Aku tak pernah jumpa orang gemuk minum susu akan makin gemuk.. Bukan ke sekarang ni ada susu rendah lemak.. LOW FAT MILK okay, LOW FAT.. Pernah dengar tak??
So, jangan sesuka hati nak larang orang gemuk minum susu.. Jangan nak dengki2 pada orang yang suka minum susu tak kira la orang tu gemuk macam aku atau pun kurus.. Tak ada kategori pun golongan yang dibolehkan atau tidak boleh minum susu..
Sila ubah cara pemikiran tu yea..


lembu cute yang banyak berjasa..
TQ~~


kempen SEBARKAN KEBAIKAN SUSU oleh Dutch Lady..
aku suka iklannya.. unik & kreatif..


Kat sini aku kongsi sikit kebaikan yang korang akan dapat bila korang amalkan minum susu setiap hari..

* dapat elakkan osteoporosis, tekanan darah tinggi dan kanser kolon..
satu kelebihan yang diperoleh hanya dengan minum susu berbanding ambil suplemen kalsium mahupun vitamin..

* menguatkan gigi, kuku dan juga rambut..protein dan lipid dalam susu dapat kuatkan rambut sementara kalsium menggalakkan pertumbuhan rambut sekaligus mengelakkan keguguran rambut.. susu juga mengandungi vitamin A, B6, biontin dan juga potassium yang menjadikan rambut lembut dan bersinar..

* minum susu TIDAK membuat anda gemuk.. sebaliknya membantu kurangkan berat badan.. apabila anda minum susu secara berterusan, kalsium akan membantu untuk pecahkan lemak dan menghalang terbentuknya lemak2 tegar..

* minum susu setiap hari dapat elak berlakunya masalah pedih ulu hati ( heartburn ) dan juga masalah2 gastrik..

* minum segelas susu suam sebelum tido dapat melegakan saraf2 dan juga merehatkan otot2 yang banyak digunakan semasa waktu siang.. tido akan lebih lena dan akan segar bertenaga bila bangun esoknya..


kotak susu yang menarik..
boleh tarik perhatian kanak-kanak untuk minum susu..



mandi susu untuk kulit yang cerah jelita~~


Sedikit tips yang korang boleh amalkan untuk memiliki kulit cerah secerah susu!!

** paling utama la.. kena minum susu setiap hari..
jangan ponteng2 tau..

** mandi susu.. boleh diamalkan seminggu sekali..
kalau rasa membazir ( bagi aku membazir gila!! ) untuk guna susu segar untuk berendam, korang guna aje susu tepung sebagai pengganti susu segar.. walaupun bentuk fizikal dah berbeza tapi khasiatnya tetap sama..

** boleh guna syampu, perapi, losyen, sabun atau pun apa2 produk yang berasaskan susu..

** bagi kulit yang berminyak, celup bebola kapas dengan sedikit susu.. sapukan diseluruh muka dalam bentuk bulatan2 kecil.. biarkan beberapa minit sebelum dicuci.. amalkan seminggu sekali..


Pheww~~
Panjang lebar aku bercerita pasal susu sebab 1hb Jun setiap tahun masyarakat di seluruh dunia akan meraikan HARI SUSU SEDUNIA..


Rajin2 minum susu tau~~ (^^)

NaK BeLa RaMbUT PaNjAng


Sejak rambut dah lurus, aku ni dok berangan la nak simpan rambut panjang.. Aku pun belum buat keputusan nak bela rambut panjang mana tapi yang pasti tak la sepanjang rambut Rapunzel.. he3.. Panjang sangat tu..


bila la agaknya aku nak dapat rambut macam ni??



Hari ni aku nak kongsikan langkah2 yang betul mencuci rambut.. Terutamanya yang berambut panjang macam aku ni..


Langkah 1 :
BASAHKAN RAMBUT

- sikat dulu rambut dengan jari untuk leraikan kusut ( kalau ada )
- basahkan rambut selama beberapa minit sehingga keseluruhan rambut lembap ( dicadangkan untuk guna air suam agar kutikel rambut terbuka & membantu membuang lebihan minyak serta kekotoran pada rambut )


Langkah 2 :
SYAMPU RAMBUT

- picit jumlah syampu yang dikendaki.. ratakan pada kedua2 tapak tangan sebelum dikenakan ke rambut
- urut lembut kulit kepala dengan hujung jari ( jangan guna kuku nanti luka kulit kepala ).. urut perlahan dari atas ke bawah hingga buih syampu sampai ke hujung rambut ( jangan timbunkan rambut masa bersyampu sebab rambut akan kusut )
- bilas rambut sebersihnya sambil urut2 kulit kepala bagi elakkan sisa syampu melekat pada kulit kepala..


Langkah 3 :
GUNAKAN PERAPI

- perah dengan lembut rambut bagi keluarkan lebihan air
- picit sejumlah perapi yang dikehendaki.. ratakan diseluruh tapak tangan
- sapukan perapi sekurangnya 1 inci dari kulit kepala, ratakan hingga hujung rambut
- pakai shower cap dan biarkan selama beberapa minit untuk rambut menyerap perapi
- bilas rambut sebersihnya..


Langkah 4 :
KERINGKAN RAMBUT

- tekap tuala pada rambut untuk serap lebihan air pada rambut ( jangan gosok2 rambut sebab rambut akan putus, kusut )
- sikat rambut dengan jari bila rambut hampir kering..

** jangan lupa letak "leave-on conditioner" pada rambut pada sesiapa yang tak bertudung.. untuk elakkan rambut kering akibat terdedah pada cahaya matahari..

Saturday, 29 May 2010

sTaRt PaCkInG


Tik tok tik tok tik tok.. Lebih kurang 58 jam lagi nak masuk bulan yang baru.. Dah kena mula packing apa2 yang patut.. Dah siap packing boleh terus letak kat ruang tamu.. Senang sikit bila nak masukkan barang2 tu dalam kereta bila ayah datang ambil aku nanti, tak la jenuh nak naik turun tangga macam masa aku angkut barang2 aku naik loteng awal tahun ni.. Lepas selesai aku unpack barang2 terus tido sampai esok pagi.. hu3..

ni sikit aje.. banyak lagi yang belum aku pack..
paling awal aku bungkus nota la.. he3..

Aku akan pindah keluar pertengahan bulan ni.. Ikutkan hati macam tak mau pindah tapi sampai sekarang ni aku belum dipanggil untuk temuduga kerja.. Aku dah puas 'tanam anggur' kat sini, dekat sebulan jugak la aku tak buat apa2.. Rehatkan perut aje.. he3.. Kalau masih belum dipanggil temuduga jugak, aku dah siap2 plan nak 'tanam jagung' la kat rumah SP lepas ni.. Sambil2 teman ayah kat rumah, aku nak berebut tv dengan ayah sebab nanti dah nak mula World Cup.. Aku nak berkampung sakan depan tv.. Nak sokong pasukan fave aku SPAIN..

Makan bola, Tido bola & brrr.. Minum coca cola!! (^^)v

Friday, 28 May 2010

iNi HiDuNg oRi TaU!!


Kalau ikutkan rasa malas aku ni, memang MALAS la sangat3 nak berjalan keluar rumah.. Jalan dalam rumah, naik turun tangga rumah 2 setengah tingkat ni pun dah boleh kecutkan lemak aku..
Kerana terlalu sayangkan perut aku ni, berjalan jugak la pi pasaraya kat depan.. Stok makanan dah nak habis.. Berkira2 nak beli stok sampai tengah bulan depan aje..


ni la rupa rumah sewa aku.. aku sewa bahagian loteng..
aku snap gambar rumah jiran depan dari ' mini apartment ' aku..


Dari rumah ke pasaraya tu ambil masa lebih kurang 20 minit berjalan kaki.. Kalau jalan lenggang2 kangkong lagi lama la masanya.. Bila dah sampai, niat nak merayau2 dulu la.. Jalan punya jalan, terpandang pulak promosi rebonding rambut.. Melencong la aku kat sana.. ha3..

Sementara tunggu proses terakhir rebonding, kakak sebelah aku tegur ( tak sure berapa umur dia, mungkin dalam lewat 30-an ).. " macamana adik buat shading kat hidung?? "
Nak aje aku garu kepala yang tak gatal.. Mana la aku ada buat shading2 kat hidung.. Jangankan nak ber'eye shadow' bedak pun aku tak pakai sebab berpeluh2 jalan nanti sapuan bedak tu dah tak kemas..
" saya tak buat shading pun kat hidung saya, bedak pun tak pakai sekarang ni.. " balas aku..
" owh~~ kalau macam tu adik ada buat nose job ke?? " kakak tu tanya lagi..

Uiks!! (><")
Terpusing aku pandang dia.. Boleh pulak dia fikir sampai ke situ.. Gemuk2 aku pun mahu jugak nampak cantik tapi tak la aku terfikir sampai nak buat nose job..
" tak la akak.. mana ada saya buat nose job.. ini hidung ori tau.. tak ada tambah apa pun.. " jawab aku..

Tak sangka aku, selama ni ingatkan aku saja yang suka tengok muka, penampilan orang lain.. Rupa2nya ada jugak orang yang buat perkara yang sama kat aku.. hu3..

Beringat la sekalian,
ada mata yang memandang & menilai rupa, penampilan anda~~

Thursday, 27 May 2010

JuMpA JuGaK!!


Dah lama mencari2 beg ni, baru hari ni aku dapat..
Dah puas mencari, tapi tak ada yang berkenan di hati..
Akhirnya jumpa jugak~~

HAPPY TAK TERKIRA!! (^^)


masa aku tengok kat blog macam kecik aje travel bag ni..
tapi boleh tahan besar jugak bungkusannya..


lawanya~~ (^^)
berbaloi la aku merayau2 kat blog orang.. he3


1 barang dari wishlist aku yang dah tertunai..
Lepas ni benda lain pulak..

Tuesday, 25 May 2010

cLuTcH bAg


Bukan sepanjang masa kita kena bawak beg tangan yang besar.. Untuk majlis2 rasmi terutamanya majlis makan malam kita mesti la bawak beg tangan sesuai.. Beg tangan yang kecil yang boleh diisi handphone, camera, sedikit alat solek untuk touch up, kad2 yang perlu & sedikit wang tunai.. Clutch bag la yang memenuhi semua ciri2 yang aku cakap tadi..

Selain daripada isi barang2 yang perlu, clutch bag juga membantu untuk meng'glamour'kan lagi gaya korang.. Pilihlah clutch bag yang sesuai dengan gaya korang..


macam bekas mengkuang zaman mak tok aku.. he3..


clutch bag dari kayu rekaan Stella McCartney..


clutch bag dari kulit kerang..


clutch bag yang panjang!!
boleh kepit tanpa tercicir.. he3..


detail berbentuk hati yang menawan..


boleh buat wristlet..



banyak ruang simpanan..
kombinasi warna yang menarik..


serabut tapi cantik..


jahitan labuci yang menarik.. ethnic style..


besarnya reben.. hik3
ungunya cantik..


sesuatu yang aku takkan pakai..
GELI~~


ringkas tapi menyerlah..


macam compact powder.. he3..


harap2 tak la berat clutch bag ni.. he3..


warna emas yang mengancam..



2 rekaan clutch bag yang mewah dari Christian Louboutin..


tak payah nak pakai aksesori lain..
clutch bag ni dah mampu tarik perhatian..


sesuai dipakai macam2 warna baju..








3 clutch bag dari Fendi..
aku suka semuanya!!


Clutch bag mana jadi pilihan korang?? (^^)

Monday, 24 May 2010

YeE MeE CaNtOnEsE SpEcIaL


Hari ni entry aku pasal benda makan aje.. Tak dapat dinafikan lagi yang aku ni memang kuat makan.. he3.. Aku mengaku yang aku ni suka makan, memang sangat3 suka makan & sangat3 suka menikmati makanan yang sedap..

Sebenarnya si leya ajak makan kat Medan Selera Taman Cempaka, tapi bila sampai sana kami rasa tak selesa.. Bukan sebab keadaan kedainya tapi kerana student2 satu pusat pengajian kat sana yang ramai tak terkira.. Memenuhi setiap kedai yang ada.. Rasa macam aku dengan si leya ni manusia yang tersesat kat suatu planet dan terserempak pulak dengan makhluk asing..

Kami pun ubah lokasi.. Destinasi kami, satu warung kat kawasan flat DBI..
Warungnya dekat dengan dewan orang ramai kalau tak silap aku.. Tak pernah makan pun kat sini.. Hari tu cuma lalu aje, hari ni baru la nak cuba..
Aku order yee mee cantonese special & teh o ais..

Aku dengan leya terkejut jugak bila tengok pinggannya.. Besar tu~~ (o-O")
Kata leya " mau sejam aku makan baru habis.. itu pun kalau dapat habiskan la.. "
Aku pun mula makan, rasa kuahnya memang sedap.. Tapi kena la slow2 sebab panas berasap!!


sorry eh.. gambarnya gelap sikit..
makan kat tempat romantik la katakan.. he3


aku habiskan dengan jayanya.. (^^)
mesti pakcik yang penat2 masak ni puas hati tengok pinggan aku yang licin..


Harga sepinggan besar yee mee cantonese special tu cuma RM4.80 sahaja.. Memang murah kalau dibandingkan dengan saiz hidangan.. Sangat3 berbaloi.. Tepat la keputusan aku dengan leya untuk makan kat sini..
Kalau tak mesti sampai hari ni aku tak tahu ada yee mee yang sedap!! (^^)

BrUnCh HaRi iNi


Lapar3.. (@-@")
Bangun tido aje pagi ni perut dah lapar, walaupun semalam perut gumbira merasa nasi goreng ikan rebus at 4U2C's dengan si leya..

Aku dah berkira2 nak brunch aje.. Ada la sikit malas ( he3.. malas banyak sebenarnya.. ) nak berjalan ke depan, lagi pun aku takut la nak jalan sorang2 sebab sebelum ni pernah diganggu mamat yang tak dikenali masa berjalan sorang2 balik ke rumah dari pasaraya..

Taadaa!! Roti telur ciptaan aku.. Guna aje apa yang ada dalam peti sejuk tu..
Kat sini aku share la resipinya..

Bahan2 :
1 keping burger daging lembu (dicincang)
2 keping roti (dicarik2)
2 biji telur ayam
2 biji cili api
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara membuatnya :
- panaskan minyak dan goreng hingga garing daging yang dicincang
- pukul telur bersama cili api yang dipotong, garam & lada hitam
- masukkan roti yang dicarik2
- tuang adunan dalam periuk bersama daging tadi
- masak dua2 belah hingga garing
- hidangkan..

aku masak roti telur ni dalam rice cooker aje sebab gas dah habis..
( sengaja aku tak beli gas sebab nak kasi pengajaran sikit kat budak2 rumah ni.. )

ni la hasilnya.. (^^)

Sunday, 23 May 2010

AcHiKz aS hUmAn LaB


Lepas pembersih muka Guardian aku dah habis, aku tercari2 produk pembersih muka yang lain untuk aku cuba.. Tiba2 teringat pulak pasal sabun susu kambing.. Banyak jugak komen positif pengguna pasal sabun susu kambing ni.. Even ada sorang makcik cleaner kat hospital yang aku kenal masa practical pun cuci muka pakai sabun susu kambing aje.. Lawa siot muka makcik tu.. Licin, bersih aje.. Kagum aku~~

Merayau2 la aku kat Tesco.. Ada sabun susu kambing sahaja & ada jugak kombinasi susu kambing dengan bahan2 lain contohnya pegaga, aloe vera, kulit rambai, macam2 lagi la.. Dah puas tenung, belek2 last2 aku pilih yang ada dalam kotak.. Satu kotak ni ada 3 ketul sabun.. Aku pun tak pasti la apa kombinasi yang ada kat dalam.. Main ambil aje..

Ni la sabunnya..

- susu kambing + betik
- susu kambing + kulit manggis
- susu kambing + buah naga

Aku mulakan dengan sabun yang bercampur betik tu.. Baru 3 hari aku guna.. Setakat 3 hari ni okay aje.. Kulit muka rasa lembut, licin, tak rasa tegang macam beberapa jenama pembersih muka yang aku dah cuba..
Mesti la aku kena cuba sendiri sabun ni untuk tahu keberkesanannya.. Kalau minta orang lain cuba belum tentu la orang tu nak setuju.. Kalau makin cun tak pe la, tapi kalau sebaliknya dah kira aku aniaya orang tu..

Semoga muka aku ni lawa macam makcik tu!! v(^^)v

MeNyIbUk!!


Aku paling tak suka la bila ada orang add aku kat facebook sebab aku jadi friends dengan pasangan diorang.. Tak kira la friends aku tu lelaki atau perempuan.. Kalau yang aku kenal tu aku pasti dengan 150% yakin akan approve orang tu, tapi kalau aku memang tak kenal, tak kenal langsung tiba2 add aku pulak.. Bila dia rasa aku ni sengaja tak approve dia boleh pulak dia hantar private message kat aku minta aku approve dia cepat2..

Apa hal kau ni?? Kenapa pulak nak paksa2 aku untuk approve kau?? Aku bukan kenal kau pun.. Aku cuma kenal pasangan kau aje.. Cukup la setakat aku approve dia aje, tak payah nak approve2 kau.. Buat semak aje senarai kawan2 aku.. Buat kesekian kali ( ntah berapa kali dah aku cakap benda yang sama, tak faham2 lagi agaknya.. ) FACEBOOK AKU HANYA UNTUK FAMILI, KAWAN2 & KENALAN TERTENTU SAHAJA.. Kau tu bukan kawan aku pun.. Facebook aku, suka hati aku la nak approve siapa2 pun..

Aku tahu la niat sebenar kau nak aku approve kau.. Kau bukan nak sangat berkenalan, berkawan dengan aku pun, tapi saja aje nak sibuk2, nak menyemak kat wall aku kan?? Lupakan la niat kau tu, aku tak suka la orang yang aku tak kenal nak sibuk2 kat wall aku.. Ini mesti nak tahu apa yang aku buat, nak tahu siapa kawan2 aku dan yang paling aku pasti mesti kau pun nak jugak kasi komen.. Kasi komen yang kurang cerdik.. Lupakan aje la, post aje komen kau tu kat wall sendiri..

Jangan nak semakkan wall aku..

KeKaSiH YaNg TaK DiAnGgAp


Lagu ni untuk layan perasaan sebab aku masih merajuk dengan mr. popeye.. Dia dah balik atau belum pun aku tak tau..



Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

** Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Ulang **


p/s : Aku bukan la kekasih yang tak dianggap tapi lagu ni sesuai dengan perasaan aku sekarang.. Aku ni kekasih dia tapi rasa macam tak dipedulikan pulak..
Lagu ni pun salah satu lagu karaoke kegemaran aku.. Selalu melalak dengan adik aku, Din..

Saturday, 22 May 2010

BeRdEbAr2


Aiiiyaaak!!.. Hari ni dah masuk hari yang ke-18 aku lepak aje tanpa buat apa2 kat rumah sewa ni.. Buka aje mata tiap2 pagi, aku mesti ber'facebook', baca entry terbaru blog fave aku, tengok tv, buat la apa 2 yang patut untuk isi masa lapang.. Selain tu aku kena pastikan handphone aku tu sentiasa available untuk dihubungi terutamanya weekdays..

Kenapa tanya korang?? Sebab aku tengah tunggu panggilan dari kolej.. Kalau kolej telefon aku tu maknanya ada la berita kurang best yang aku akan terima..Selama ni pun aku mana ada terima berita yang baik kalau kolej telefon aku.. Sampai hari ni aku belum lagi dihubungi kolej berkenaan keputusan paper pharm chem aku.. Tak minta banyak, aku cuma nak lulus aje.. Selain nak tahu pasal result, aku jugak tengah tunggu orang2 finance kolej hubungi aku berkenaan dengan yuran semester ni.. Dah tak kuasa la nak pi sana jumpa diorang.. Asyik2 jawapan yang sama aje aku dapat.. Dah tuli telinga aku dengar jawapan yang dah basi tu.. (><")

Aku bukan la malas nak telefon diorang, cuma biar la pihak kolej aje yang hubungi aku.. Dah la duit belanja tengah tenat.. Dari habis kredit asyik telefon diorang, baik aku kenyangkan aje perut kesayangan aku ni.. he3..
Rasa2nya kalau diorang tak telefon aku sampai hujung bulan ni maknanya aku lulus la paper pharm chem tu..

Apa pun doakan la yang terbaik untuk aku yea..

YoUr SpEcIaL DaY


Sebelum aku tidur lena dibuai mimpi2 indah ( tak mau mimpi mr. popeye malam ni.. aku masih merajuk sama dia.. ) sambil peluk bantal busuk yang setia bersama aku selama ni,
aku nak ucapkan




kat abang aku SYAHRUL NIZAM MD THAKHRIM ( 22 May 19**)..
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki ( jangan lupa belanja AcHiKz eh.. ) & yang paling penting sekali, diberkati ALLAH swt sepanjang masa..

Friday, 21 May 2010

HaJaT yAnG TaK SaMpAi


Hu3.. (T^T)
Sedihnya aku.. Dah la dok berangan sakan sepanjang minggu ni nak pi keluar dating dengan mr. popeye.. Sebab dia tak duty minggu ni, aku kisah la nak kemana pun.. Janji keluar dengan dia..

Tapi tadi dia boleh telefon aku, cakap "sorry eh.. saya nak pi memancing hujung minggu ni.. kawan2 ajak la.. lagipun dah lama saya tak pi memancing.. lain kali eh kita keluar.."

Aku kalah dengan kawan2 dia.. Tak sangka betul.. Dah 24/7 dengan kawan2 kat blok bujang tu tak puas hati lagi ke?? Kita bukan selalu jumpa pun.. Harap aje sama2 dalam Perak tapi susah sangat nak jumpa.. Bukan jauh mana pun.. Aku bukan la nak halang dia luang masa dengan kawan2 tapi aku ni dah jenuh bersabo.. JENUH DAH!! Dah la aku bersabo sebab 2 minggu ni kat SK tu sibuk buat audit.. Ingatkan lepas tu boleh la jumpa.. Lain yang aku harap, lain pulak yang jadi..

Nak merajuk la dengan mr. popeye..

Wednesday, 19 May 2010

PeRgI YaNg TaK AkAn kEmBaLi


Hari ni aku terima mesej serta banyak panggilan dari kawan2.. Berita yang nak dikhabarkan hanya satu.. Khabar pemergian tenaga pengajar yang dah banyak mencurahkan ilmu pada kami.. Seronok sangat bila masuk makmal.. Beliau tak jemu nak jawab soalan kami walaupun kadang2 soalan tu tak munasabah.. he3..

TUAN HAJI RAHIM BIN GANI dah pergi tinggalkan kami.. Tinggalkan kami buat selama-lamanya..
Pergi yang tak akan kembali.. Pergi menemui PenciptaNya..

Terima kasih tak terhingga sebab tak jemu berbakti pada kami semua..
Jasa & budimu memang tak terbalas oleh kami semua..

Al-Fatihah aku hadiahkan..
Mudah-mudahan roh beliau tenang & ditempatkan bersama2 orang yang beriman..


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

.. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ...
.. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ.. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ..
..اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ..
..صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Tuesday, 18 May 2010

UsTaZaH yAnG tErTeWaS


Walaupun aku ni tak keluar rumah, tak bermakna aku ni tak ambil tahu langsung dengan hal ehwal semasa.. Kalau kat rumah SP, suratkhabar akan sampai kat pintu pagar rumah tiap2 pagi.. Tak payah susah2 nak jalan pi pasar pagi kat depan cari suratkhabar lagi.. Tapi bila duduk bujang ni aku sekadar baca secara online aje.. Faktor utama sebab aku malas, malas la nak jalan sorang2 ke depan.. Melainkan kalau betul2 perlu keluar, baru la aku keluar..

Aku baca beberapa jenis suratkhabar.. Walaupun cerita yang sama tapi olahan & tulisan setiap wartawan tu berbeza..
Buka aje KOSMO ONLINE hari ni aku dah terpandang satu tajuk utama.. Terbeliak mata aku tengok tajuknya.. hu3..

" ADEGAN SEKS USTAZAH DI ASRAMA PELAJAR "

Siap ada gambar tu.. Tapi gambarnya dah di 'blur'kan.. Tak payah la rasanya aku nak letak gambar tu kat sini.. Banyak lagi la gambar yang elok2 boleh aku upload kat sini..

Dari tulisan wartawan, si ustazah ni siap berjubah, bertudung (mesti la bertudung kan.. mesti la tudung labuh.. nama pun ustazah..) & BERSARUNG TANGAN.. Memang menutup aurat habis-habisan la.. Paling best bila dikatakan ada 4 siri video kesemuanya.. Nampaknya dah berkali2 ustazah buat aktiviti ni..

Walaupun intro artikel ni dimulakan dengan perkataan 'jijik' tapi bagi aku kurang sesuai sebenarnya dimulakan sebegitu sebab si ustazah tu manusia jugak.. Manusia yang ada nafsu serta keinginan.. Apa yang buat dia dicemuh sebegitu disebabkan peranannya sebagai seorang pendidik.. Sepatutnya dia mendidik pelajarnya untuk menjauhi maksiat tapi ternyata dia sendiri yang kalah dengan godaan nafsu.. hu3..

Monday, 17 May 2010

aKu BuKan UnTuKmU


Ada sorang mamat ni, bersungguh2 nak aku berpisah dengan mr. popeye.. Katanya dia mampu kasi apa saja yang aku mahu, sesuatu yang mr. popeye tak dapat nak bagi.. Ewah3.. Lancang betul mulut tu berkata2 kan.. Aku ni memang la materialistik tapi aku ni masih sedar diri.. Engkau rasa diri tu bagus sangat ke sedangkan kat mata aku ni engkau TAK la sebagus yang dibangga2kan pun..

Aku sedar sangat3 yang mr. popeye tu mungkin tak dapat nak bagi apa yang aku mahu tapi ada sesuatu pada dia dan tak ada pada kau.. Sesuatu yang aku suka, ciri2 asas seorang lelaki..

Aku nak seorang lelaki yang caring..
A MAN THAT REALLY CARE ABOUT ME.. Lelaki tu tak jemu nak tanya aku 5-6 kali sehari soalan yang sama.. Lain pulak dengan kau sebab soalan macam tu hanya buang masa semata2.. FYI pada aku, soalan macam tu bukan soalan yang buang masa, bukan soalan yang membazirkan kredit tapi ia menunjukkan betapa pedulinya orang tu pada aku.. Kalau hubungi orang yang kita sayang tu engkau anggap membazir, campak aje handphone canggih tu dalam sungai yang berdekatan.. Susah la kalau asyik nak berkira.. Kalau nakkan sesuatu, kena la keluarkan modal tu lebih sikit.. Dah la berkira sakan, berangan lebih2 pulak nak yang terbaik.. (><")

Ada orang kata bila ada BF kita boleh buat luahan perasaan kat dia.. Boleh luahkan masalah belajo ke famili ke apa2 aje la yang rasa nak cakap.. Aku pun tak tahu la sejauh mana kebenaran statement tadi tapi aku ada jugak buat luahan perasaan / mengadu kat mr. popeye.. Macam2 jugak la yang aku cakap kat dia.. Lepas aku dah luahkan apa yang patut, aku nak jugak dengar pendapat.. Dengan dia aku boleh dapat respon tapi aku tak dapat apa yang aku nak dari kau.. Kebanyakkan pendapat yang kau bagi tu tak 'brain-friendly'.. Rasa macam aku tengah cakap dengan tunggul..

Engkau bukan la tak ada langsung ciri2 lelaki yang mampu menambat hati aku ni.. Ada, ada banyak jugak sebenarnya tapi ciri2 asas seorang lelaki yang aku mahu tu engkau 'kureng' sikit.. Tak sampai tahap minima yang sudah aku tetapkan..
No offence yea..

Hakikatnya, bukan engkau yang tak layak untuk aku, tapi aku yang tak layak untuk engkau.. Doakan la jodoh aku dengan mr. popeye berpanjangan.. Aku akan doakan yang sama jugak pada engkau..