Sunday, 25 April 2010

sEmUaNyA bErJaLaN LaNcAr


Lega & gembira..
Itu la yang boleh aku cakapkan bila majlis perkahwinan best friend aku si laily tamat petang semalam.. Memang meriah sangat sebab selain saudara mara yang datang, schoolmate dari SMK Tunku Ismail & SMk Sungai Pasir datang walaupun sekarang ni semua dah bawa haluan hidup masing2..

Aku pun tak terkecuali la.. Dalam ramai2 schoolmate yang datang, ketiga-tiga bekas kekasih aku masa zaman sekolah aku dulu datang sama2.. Walaupun dah berpisah, aku masih anggap diorang tu kawan baik aku.. Semua dah ada pengganti, semoga sentiasa bahagia dengan pilihan masing2 termasuk la aku.. Kalau nak kenduri tu jangan la lupa jemput aku, tapi aku dah tak mau jadi pengapit lagi atas saranan Kak G.. Atas sebab apa Kak G sarankan aku macam tu, aku pun tak tahu.. Yang pasti Kak G buat macam tu mesti untuk kebaikan aku..

TERIMA KASIH KAK G.. (^^)

Dah jumpa ramai kawan2 ni banyak juga la undangan majlis perkahwinan yang aku dapat.. Bulan depan dah ada 3 undangan, bulan Jun dah ada 3 jugak.. Ada juga yang tanya aku soalan 'panas'.. Aku cuma boleh senyum dan cakap "belum masa untuk aku kahwin lagi.. nanti aku jemput la korang.."

Setahu aku, si laily ni berkenalan dengan suaminya kat SMK Sungai Pasir.. Aku pun tak kenal sangat dengan suaminya ni sebab aku habiskan form 5 kat SMK Tunku Ismail & laily ni kat SMK Sungai Pasir.. Senang la diorang nak balik raya sebab rumah mertua masing2 dalam daerah yang sama.. Naik kereta tak sampai 30 minit pun dari rumah famili sendiri ke rumah mertua..

Kat sini aku sertakan beberapa gambar sempena majlis perkahwinan si laily ni.. Tak banyak gambar pun sebab jadi pengapit tak boleh nak lari2 jadi jurugambar.. he3..


Ini la raja sehari.. Best friend aku, Laily Kartina dan suaminya Saiful Azad..
Diorang ni sebaya..


Kakak si laily, Laily Kartini..


Ini adik si laily.. Laily Karmilia..


Warna pink baju si pengapit lagi 'over' dari pengantin kan?? he3..
Malunya nampak 'spare tyre' aku yang berlipat2.. (><")


Sempat lagi tu bergambar masa saudara terdekat menepung tawar pengantin..


Nasib baik la ada kawan2 ramai yang membantu.. Kalau tak mesti kelam kabut la diorang sefamili.. Si laily ni ada 4 beradik tapi 3 darinya perempuan, sorang aje heronya.. Dia dengan suami kak tini la yang paling penat berkejar..

Cuaca semalam memang sangat baik.. Panas aje sepanjang hari sampai kena 'touch up' banyak kali.. Aku la yang kerap ber'touch up', laily mana leh touch up dah.. Nanti tak sama macam mak andam makeup karang, jadi kurang cun pulak.. he3..

Puas hati sangat sebab semuanya berjalan lancar.. Jemputan yang hadir pun gembira..
Memang rasa berlaloi la walaupun penat sangat.. Terima kasih yea laily sebab ambil aku jadi pengapit di hari istimewa lagi bersejarah korang berdua..


LAILY KARTINA AHMAD SUFFIAN & SAIFUL AZAD MOHD NOOR,
SELAMAT PENGANTIN BARU..
SEMOGA BERBAHAGIA & BERKEKALAN SELAMANYA..

No comments: