Showing posts with label sYaWaL 1431H. Show all posts
Showing posts with label sYaWaL 1431H. Show all posts

Tuesday, 14 September 2010

HiLaNg MoOd!!


Assalamualaikum semua.. Dah banyak hari jari2 ni tak menari kat papan kekunci.. Semuanya sebab sibuk dengan persiapan raya dan sibuk melayan tetamu yang datang beraya di rumah..

Hari ni kawan2 masa di SMK Dato' Bijaya Setia datang beraya dirumah.. Seronok sangat sebab dah lebih 5 tahun tak jumpa, semua ada hala tuju masing2.. Walaupun ada berhubung melalui laman sosial tapi tak sama macam berjumpa dan bertentang mata.. Lagi seronok berborak secara terus berbanding dengan menaip kat chat box..

Ada la isteri sorang kawan ni yang buat mood beraya dengan kawan2 terus hilang.. Tak puas hati tapi AcHiKz pendamkan aje la.. Malas la nak kecoh2, karang ada yang bermasam2 muka pulak.. Kalau tak suka, tak payah la nak ikut.. Jangan la suka suki buat statement yang kami ni paksa suami dia join konvoi pi beraya.. Kalau tak suka kuih raya kat rumah orang, diam2 sudah la.. Eh, orang tu dah usaha buat kuih raya sendiri walaupun tak secanggih kuih raya yang dijual.. Memang hobi eh nak mengata orang lain??

Rupa2nya kawan2 perempuan AcHiKz pun tak suka dengan orang tu.. Semuanya meluahkan rasa tak puas hati bila orang tu dah balik.. Menahan geram aje diorang tadi.. Tak pe la, maafkan aje dia.. Orang macam tu jangan dimarah, cuma kesiankan aje sebab perasan bagus!!

Tuesday, 7 September 2010

oPeRaSi TaMaT


Disaat AcHiKz menaip entry ni AcHiKz dok tunggu kek lapis yang ada dalam pengukus.. Dok tunggu lapisan terakhir masak, lepas tu boleh la tido.. Mata pun dah mengantuk ni, minum kopi O kaww pun tak dapat nak buat mata AcHiKz ni buka luas2..

Bila dikumpul semua biskut raya dan kek yang AcHiKz dah buat, rasa macam banyak sangat la pulak.. Tapi tak pe rasanya sebab confirm semua adik beradik AcHiKz akan balik beraya kat SP.. Member2 sekolah pun ramai yang confirm nak datang beraya dirumah.. Itu belum campur lagi kawan2 Din dan saudara mara yang akan datang nanti.. Kalau lebih tak pe, jangan kurang udah ler..

Dikesempatan ni AcHiKz ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
kepada semua rakan2 bloggers yang sudi singgah kat AcHiKz HoUz ni..
Jika ada ayat2 atau pun tulisan AcHiKz ada buat siapa2 terasa hati, AcHiKz mohon MAAF ZAHIR & BATIN..

Semoga Aidilfitri kali ini membawa kegembiraan dan keceriaan kepada semua dan marilah kita merayakannya dengan penuh kesyukuran.. (^^)

Wednesday, 1 September 2010

oPeRaSi DiTeRuSkAn (BaHaGiAn 2)


Masih meneruskan operasi kuih raya macam biasa.. Cuma buat bila rasa mood okay.. Bukan la mood tak okay langsung tapi kadang2 tu ada benda lain yang perlu disiapkan segera..

Kali ni AcHiKz buat Almond London.. Jujur AcHiKz tak tahu kenapa la namanya macam tu.. Ada beberapa ubahsuai yang dibuat ikut selera AcHiKz.. Kalau sebelum ni bentuknya bujur, kali ni AcHiKz bulatkan aje.. Dalamnya pula AcHiKz guna badam yang dicincang..

bulat macam orang yang buat juga.. he3

coklat masakan yang dah dicairkan..


comot2 sikit sebab baru pertama kali buat..
tapi dijamin sedap.. he3

Saturday, 28 August 2010

oPeRaSi DiTeRuSkAn


Assalamualaikum semua.. Maaf la yea, AcHiKz tak post apa2 sehari dua ni sebab AcHiKz minta adik AcHiKz format semula netbook.. Terasa nak pakai Windows 7 pulak sebab sebelum ni pakai Windows XP..

Setelah dua hari berehat sebab sakit jari gara2 kuih samprit, hari ni AcHiKz menyambung semula operasi yang tertangguh.. Kali ni AcHiKz buat ALLSPICE BUTTER COOKIE.. Ini bukan resipi mama tapi jumpa dalam majalah.. Rasa macam menarik, sebab tu la AcHiKz cuba buat..

Bahan-bahan :
250gram mentega
300gram tepung gandum
40gram tepung jagung
100gram gula
1 1/2 sudu teh Allspice

Cara penyediaan :
- pukul mentega bersama gula sehingga kembang..
- gaul bersama tepung gandum, tepung jagung dan rempah allspice..
- masukkan bahan kering dalam adunan mentega bersama gula tadi..
- uli dengan sekata..
- canaikan doh dan terap mengikut corak yang disukai..
- hiaskan mengikut kreativiti anda..
- bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 10-12 minit..

dohnya tak terlalu lembut dan tak terlalu keras..
just nice.. (^^)

ini la hasilnya.. boleh dapat dalam 50-70 biji bergantung pada ketebalan doh yang dicanai serta bentuk acuan yang digunakan..

First time AcHiKz buat biskut ni.. Tak tahu apa rasanya.. Tapi bau biskut ni sedap sebab ada rempah allspice.. Lepas berbuka nanti baru nak cuba..

Thursday, 26 August 2010

JaRi2kU SaKiT sEmUa


Dah siap 1 jenis biskut, dah berkobar2 nak buat 1 jenis lagi biskut.. Nak buat biskut samprit kegemaran AcHiKz sejak kecik sampai la dah besar bulat macam sekarang ni.. Ada beberapa reispi samprit yang AcHiKz ada.. Kali ni nak guna reispi yang belum dicuba..

Dah bancuh2 dapat rasa ada yang tak kena dengan adunan.. Rasa keras aje adunan tu.. Sepatutnya adunan kuih samprit kan lembut sebab senang la nak tekan keluar acuan.. Tak boleh jadi ni.. Kena buat sesuatu kalau tak, rugi la adunan tu..


Ubahsuai AcHiKz berjaya!! Cuma tambah sikit mentega aje..
Ni la hasilnya.. Tak sah kalau tak guna tudung periuk bila nak buat kuih raya.. he3

design klasik yang jadi pilihan utama..

dah tukar design sebab dah lenguh jari menekan adunan..

Hari ni belum ada rancangan nak buat kuih lagi sebab jari2 ni masih sakit..

Tuesday, 24 August 2010

PrOjEk AcHiKz bErMuLa!!


Hari ni AcHiKz dah mula sesi membuat kuih raya.. AcHiKz rasa sekarang ni la masa yang paling sesuai nak buat kuih raya sebab bila dah penghujung bulan Ramadan ada banyak benda lain lagi nak kena buat..

Hari ni AcHiKz buat Biskut Kopi Marmar.. Biskut ni sebenarnya bukan la pilihan utama AcHiKz bila buat biskut raya tiap2 tahun tapi tahun ni terasa nak makan pulak.. Lagi pun apa aje berkaitan dengan kopi memang la tak boleh untuk katakan tidak.. he3

Ikut aje segala sukatan dalam buku resipi mama ni.. Sukat2 macam buat ubat dulu kat makmal farmaseutik pulak rasanya.. Harap2 la semuanya menjadi..

Adunan biskut yang dah siap AcHiKz uli..

Tengah pukul putih telur sampai kembang..

Hasil icing yang akan diletak atas biskut nanti..

Ni la hasil yang sepatutnya AcHiKz dapat tapi hasil yang AcHiKz dapat tak la secantik macam gambar kat atas ni.. Malu la nak tunjuk kat sini.. Biar aje la tetamu yang datang nanti tengok.. Coraknya yang tak lawa macam diatas tapi rasa biskutnya tetap marvelous!!