1- Sampai hari ni, jam ni, minit ni, saat ni yuran pengajian aku semester ni masih belum settle.. Korang sumer jangan cakap pulak yang aku ni sengaja tangguh2 bayar yuran aku.. Dalam hal ni, aku tak salah.. Yang salah cuma Jabatan Kewangan kolej aku aje.. Sampai hari ni pun tak boleh nak decide jumlah bayaran aku.. Dari awal semester aku kejar diorang, sampai hujung semester ni pun BELUM dapat buat keputusan.. Nasib baik la aku dapat ambil slip masuk exam sebab staff tu faham masalah aku.. Kalau tak, mesti aku tak dapat nak masuk exam gara2 orang yang perangai macam ni.. Asyik cakap ''kami akan hubungi adik secepat mungkin.. boleh adik bagi nombor telefon adik?? Itu la ayat standard yang aku akan dapat.. Masa aku minta jumlah bayaran kat diorang bukan main liat, tapi kalau masa diorang nak hantar invois kat rumah aku bukan cepat.. Contoh paling baik, semester lepas, aku bayar yuran 21hb Ogos.. Seminggu lepas tu ayah terima invois yuran pengajian aku yang bertarikh 25hb Ogos.. Korang fikir-fikirkan lah~~
2- Petang tadi aku dengan carol bertekak dengan tuan rumah sewa kami ni.. Si carol dah habis belajo jadi dia nak keluar dari rumah ni hujung bulan ni.. Tapi nak minta balik deposit pun payah.. Banyak cakap pulak tu.. Boleh pulak nak bandingkan penyewa sekarang dengan penyewa dulu.. Memang la tak sama sebab apa yang penyewa dulu berurusan dengan penyewa dulu kami tak tahu.. Sedangkan si carol yang paling lama duduk rumah sewa ni pun tak tahu.. Lepas tu asyik cakap cara carol urus rumah ni tak betul.. Walaupun aku bukan si carol, aku pun sakit hati.. Dah dia tak tahu pun.. Jangan cakap dia tak betul.. Macam la tuan rumah sewa ni betul sangat.. Dah la cakap bahasa melayu pun tak tahu.. Speaking bahasa inggeris pun terabur.. Berkerut dahi aku cuba faham.. Nasib baik la aku tak 'meletup' tadi..
Lepas sejam setengah aku, si carol dengan tuan rumah ber'perang mulut', dapat jugak akhirnya duit deposit si carol..
Bye2 carol.. Eh~~ silap.. Bye2 Doktor Carol.. Selamat bertugas..
3- Punya penat la aku gosok tudung, baju, mandi, siap2 sehabis cun sebab mr. popeye cakap nak datang ipoh.. Cuma tinggal nak pakai tudung ja.. Lama betul aku tunggu.. Kejap duduk kat meja makan, kejap aku bersila lak kat bawah.. Terjenguk2 kat sliding door kalau2 dia nak sampai.. Akhirnya aku terima msg "dah nak sampai dah ni.." Tapi bila dia dah sampai, boleh pulak tanya "kenapa siap2?? nak keluar pi mana??"
Aku jawab "bukan ke datang sini nak ajak keluar?? sebab tu la siap2.." Berkerut dahi dia.. "datang sini sebab kawan yang ajak.. dia nak cari beli barang sikit.. singgah sini sebab nak bagi ni ha~~" katanya sambil hulur aku 1 beg plastik.. Lepas aku terima beg tu, dia dengan kawan dia pun bergerak.. Korang nak tahu apa yang mr. popeye bagi kat aku??
Silalah tengok kat bawah..
Mee rebus dari Restoran Mee Rebus Ramli..
AAaarrrggghhh!!!!
Sakit betul hati aku!! Kalau ikutkan hati marah aku, nak aje aku hempas ke lantai masa aku terima plastik ni.. Sebabkan aku lapar, aku telan juga la walaupun tengah bengang.. Mahunya aku tak lapar, lunch tadi aku makan mee segera aje.. Biasa la, duit belanja dah tak ada..
No comments:
Post a Comment