Saturday, 17 April 2010

KaLaU tAk TaHu tAnYaLaH..


Macam nak berhenti+gugur jantung bila aku terima khabar tak baik dari kak maya semalam.. Sambil teresak2 nangis dia beritahu yang anak saudara aku ainina ada kat Jabatan Kecemasan PPUM.. Ainina pengsan dan tak sedarkan diri akibat overdose paracetamol (ubat demam) dan dipenhydramine (ubat batuk)..

Perkara ni jadi bila ainina demam dan pengasuh di taskanya beri ubat tanpa kira selang masa dan sukatan yang betul.. Mungkin lah kak maya lupa nak beritahu sukatan dan selang masa pengambilan ubat dekat pengasuh tu.. Tapi tak salah rasanya kalau pengasuh tu hubungi kak maya untuk bertanya jika diorang tak pasti..

Terus terang pada korang semua, aku memang sangat marah+kecewa dengan kejadian ni.. Walaupun aku masih belum habis belajar dan belum layak mengaku diri aku ni AHLI FARMASI tapi aku mahu masyarakat kat luar sana ambil berat dan tahu apa ubat yang diambil.. Jangan ingat ubat demam mahupun ubat batuk ni ubat yang biasa2 aje.. Ia mampu mengundang maut kalau tak betul cara pengambilannya..

Kalau suhu badan tu panas sikit ke ada batuk sikit2 ke jangan la terus ambil ubat.. Cuba guna pendekatan lain.. Mana la tahu kalau2 cuma false-alarm-fever aje..

DEMAM
- mandi
- minum banyak air.. air isotonik, jus buah-buahan..

BATUK2
- minum air panas+perahan lemon+madu.. (nak gantikan air panas dengan air teh o pun boleh)
- ambil stepsils atau produk2 yang khusus untuk mengurangkan gatal2 tekak.. (gula2 herba pun boleh juga)


Jadilah pesakit yang bijak.. Korang perlu tahu tentang ubat yang diambil.. Jika ragu2 jangan segan untuk bertanya pada ahli farmasi..

No comments: