Sunday 31 July 2011

Selamat datang bulan Ramadan yang mulia..


AcHiKz nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dimana juga korang berada terutama sekali pada vViP AcHiKz yang dikasihi..

Marilah kita raikan bulan yang penuh keberkatan ni dengan rasa syukur serta berniat ikhlas menjalankan ibadat puasa kerana Allah S.W.T.. Jangan jadikan puasa sebagai satu beban dan apa salahnya biarkan perut berehat dari makan tengahari selama sebulan lepas penat bekerja sepanjang tahun..

Memandangkan cuaca pun agak tak menentu sepanjang bulan Ramadan ni, AcHiKz harap korang jaga kesihatan sebaik mungkin.. Minum air secukupnya masa bersahur agar tak rasa letih sepanjang hari.. Pengambilan buah kurma masa bersahur pun digalakkan untuk stabilkan kandungan gula dalam darah.. Jadi tak la rasa pening bila puasa nanti..

Cukup sampai sini dulu.. AcHiKz pun dah nak tido.. Karang lambat tido, lambat pula nak bangun sahur.. Selamat malam!!

p/s : jangan lupa niat puasa sebelum tido yea..

Friday 29 July 2011

AcHiKz berkampung lagi kat hospital..


Agak suram rasanya sambutan Ramadan tahun ni sebab tukang kejut sahur dah tak ada.. Selama ni arwah maktok la yang akan telefon awal pagi untuk bangun sahur.. Selagi tak jawab panggilan tu, telefon akan berdering tak henti2.. Arwah memang marah kalau cucu2 dia tak nak bersahur.. Kalau tak nak makan pun, kena bangun juga walaupun hanya minum selegas air.. Kalau tak bangun jenuh la kena tahan telinga dengar arwah berleter sakan..

Sekarang ni semua tu dah jadi kenangan.. Kenangan yang AcHiKz hargai dan akan ingat sampai bila2..

Lepas 9 hari arwah pergi, tokwan pula yang masuk hospital.. Tokwan kena serangan jantung.. 3 hari juga tokwan ditempatkan kat Unit Rawatan Jantung (CCU).. Lepas keadaan tokwan bertambah baik, tukar pula ke wad perubatan lelaki.. Waktu siang mak ngah Mariyani yang jaga, AcHiKz dan mak su bergilir2 jaga tokwan waktu malam.. Walaupun letih tapi tanggungjawab perlu juga diteruskan.. Dah tak ada yang lain lagi.. Cuma tokwan aje datuk yang AcHiKz ada..

Syukur alhamdulillah, lepas 15 hari kat wad, petang semalam tokwan dah dibenarkan pulang.. Lepas juga niat tokwan nak sambut Ramadan kat rumah..

Thursday 28 July 2011

Entry pendek dihujung bulan..


Bila tengok tarikh akhir AcHiKz post entry terakhir memang terkejut la.. Dah 20 hari AcHiKz tak update apa2 untuk korang.. Minta maaf banyak2 la yea..

Banyak perkara yang berlaku sepanjang 20 hari ni.. Nanti AcHiKz ceritakan yea.. Sebab sedih Malaysia kalah dengan Singapura, AcHiKz kurang mood nak menulis.. AcHiKz cadang nak tido aje lepas ni..

Selamat malam yea semua..
Semoga mimpi indah kita malam ni..

Friday 8 July 2011

7 Perkara yang belum diketahui tentang AcHiKz



Kak Deena dah tag AcHiKz untuk terima award ni.. Terima kasih banyak2 yea Kak Deena.. 7 perkara yang orang tak tahu tentang AcHiKz.. 7 aje yea, tak lebih tak kurang..

1- AcHiKz ni anak yang paling rendah dalam 5 adik beradik dan agak gelap berbanding 2 kakak yang lain..

2- Nampak aje sombong tapi agak peramah.. Sangat ambil serius pada setiap perkara yang berkaitan diri sendiri.. Seorang yang garang dan cepat naik angin..

3- Sangat pantang kalau ada yang sentuh dan guna barang2 AcHiKz tanpa kebenaran, terutamanya telefon, netbook dan alat solek..

4- Sangat sukakan kasut dan beg tangan.. Rekaan menarik dan praktikal adalah kriteria utama dalam membeli kasut dan beg tangan..

5- Gemar gaya yang ringkas dan kemas.. Suka ikuti aliran fesyen semasa tapi kurang aplikasikan pada pakaian seharian..

6- Suka menyanyi dalam kereta bila memandu sendirian..

7- Suka tengok gelagat orang ramai terutamanya di pusat membeli belah.. Sangat cerewet bila beli barang..

AcHiKz takkan tag sesiapa pun, tapi kalau berminat boleh la join dan kongsi 7 perkara yang orang tak tahu tentang anda..

Pergi yang tak kembali


Hanya mampu bertahan selama 19 hari, maktok AcHiKz menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 5hb Julai 2011..

Tak sangka maktok pergi secepat ni sebab dalam 1,2 hari ni maktok nampak semakin stabil walaupun masih terima bantuan pernafasan.. Mama dan Pak Lang Azhar ada bersama2 maktok pada saat2 akhir hayatnya..

Jenazah maktok selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tuanku Puan Habsah, Padang Temesu, Sungai Petani jam 11 pagi keesokan harinya..

Pada saudara dan kenalan yang hadir, kami sekeluarga ucapkan ribuan terima kasih..

Semoga maktok ditempatkan bersama2 orang yang beriman..

Al-Fatihah~~