Tuesday 18 May 2010

UsTaZaH yAnG tErTeWaS


Walaupun aku ni tak keluar rumah, tak bermakna aku ni tak ambil tahu langsung dengan hal ehwal semasa.. Kalau kat rumah SP, suratkhabar akan sampai kat pintu pagar rumah tiap2 pagi.. Tak payah susah2 nak jalan pi pasar pagi kat depan cari suratkhabar lagi.. Tapi bila duduk bujang ni aku sekadar baca secara online aje.. Faktor utama sebab aku malas, malas la nak jalan sorang2 ke depan.. Melainkan kalau betul2 perlu keluar, baru la aku keluar..

Aku baca beberapa jenis suratkhabar.. Walaupun cerita yang sama tapi olahan & tulisan setiap wartawan tu berbeza..
Buka aje KOSMO ONLINE hari ni aku dah terpandang satu tajuk utama.. Terbeliak mata aku tengok tajuknya.. hu3..

" ADEGAN SEKS USTAZAH DI ASRAMA PELAJAR "

Siap ada gambar tu.. Tapi gambarnya dah di 'blur'kan.. Tak payah la rasanya aku nak letak gambar tu kat sini.. Banyak lagi la gambar yang elok2 boleh aku upload kat sini..

Dari tulisan wartawan, si ustazah ni siap berjubah, bertudung (mesti la bertudung kan.. mesti la tudung labuh.. nama pun ustazah..) & BERSARUNG TANGAN.. Memang menutup aurat habis-habisan la.. Paling best bila dikatakan ada 4 siri video kesemuanya.. Nampaknya dah berkali2 ustazah buat aktiviti ni..

Walaupun intro artikel ni dimulakan dengan perkataan 'jijik' tapi bagi aku kurang sesuai sebenarnya dimulakan sebegitu sebab si ustazah tu manusia jugak.. Manusia yang ada nafsu serta keinginan.. Apa yang buat dia dicemuh sebegitu disebabkan peranannya sebagai seorang pendidik.. Sepatutnya dia mendidik pelajarnya untuk menjauhi maksiat tapi ternyata dia sendiri yang kalah dengan godaan nafsu.. hu3..

No comments: