Tuesday, 29 June 2010

SeSi sEnTaL MeNyEnTaL


Korang ingat tak dulu AcHiKz ada beli sabun susu kambing?? Satu pek ada 3 ketul susu yang berlainan kombinasi.. Sebelum ni aku mulakan dengan sabun susu kambing+betik, guna untuk cuci muka.. Aku sangat2 berpuas hati dengan hasil yang diperoleh selepas guna sabun ni..

Kali ni nak cerita pasal sabun kedua pulak, sabun kombinasi susu kambing dan kulit manggis.. Kali ni sabun tu aku buat sabun mandi.. Kulit manggis yang ada pada sabun tu memang terasa pada kulit.. Tak la kasar sangat kulit manggisnya, tak rasa sakit.. Just nice aje.. Sabunkan perlahan2 kat seluruh badan dalam bentuk bulatan kecil, biarkan sekejap dan bilas..

Fuh!! Terasa licinnya kulit.. Ini baru sekali guna.. Kalau guna hari2 mesti licin luar bisa kulit aku ni (maafkan aku kerana terlalu perasan tapi memang rasa licin kulit walaupun baru sekali guna sabun ni)..

Aku dah tak mau guna skrub badan yang lama sebab aku dah jatuh cinta pada sabun susu kambing+kulit manggis ni..

Saturday, 26 June 2010

LeNgAn AcHiKz SaKiT


Aduh!! Sakit betul lengan kanan ni.. Rasa macam nak tercabut dari soket pun ada.. Lenguhnya, sakitnya sampai dah tak berdaya aku nak gerakkan tangan kanan ni.. (taip entry ni pun banyak guna tangan kiri aje..)
Ni la gara2 bila AcHiKz berkebun!!

Ada ruang sikit depan rumah tu ayah letak beberapa pasu pokok hiasan .. Mama pulak ada tanam serai dan pandan.. Ayah la yang selama ni siram pokok, cabut2 rumput, kemaskan pokok hiasan tu tapi ayah dah malas katanya sebab tiap kali cabut2 rumput kat situ mesti naik merah2 kat kulit, gatal tapi tak berani nak garu sebab takut makin teruk.. Ayah dah tak cabut rumput lagi sebab aku yang larang..

Balik aje kali ni, memang dasyat la jadinya.. Memang semak la.. Rumput makin tinggi, ada banyak pokok2 kecik yang aku tak tahu apa spesisnya tumbuh merata.. Serai pun makin besar rumpunnya.. Sampai tak berani aku nak hulur tangan untuk ambil serai, sanggup beli aje.. Mana la tahu, takut2 ada haiwan yang aku paling tak suka!!


serai mama dah kena 'haircut' dengan aku..


Sebab aku yang larang ayah, jadi sekarang ni aku la yang kena buat.. Kalau tak buat sekarang, bila lagi kan?? Nanti jadi hutan sekunder pulak depan rumah aku, silap2 salah masuk rumah pulak sebab dah tak nampak nombor rumah sendiri.. Dah selesai cabut rumput2 dalam pasu, cabut pulak kat tanah, keliling pasu.. Rasa nak tak nak aje bila nak kemaskan rumpun serai.. Aku takut la, takut hulur aje tangan, benda lain yang aku pegang.. Mau satu lorong dengar aku jerit!! Fuh~~ Leganya aku.. Nasib baik tak ada benda yang tak diingini berlaku, sampai kontot rumpun serai tu aku kerjakan..

Keseluruhan, 80% kerja dah siap.. Cuma nak cangkul rumput2 yang degil.. Lepas semua tu selesai, baru la aku boleh tanam pokok bunga..

Thursday, 24 June 2010

MaKaN3 TaPi LoOsE a fEw InChEs



Sejak balik SP aku memang makan sepuasnya.. Bunyi macam buruk lantak tapi itu la hakikatnya.. Apa makanan yang tekak aku idam, sebolehnya aku akan puaskan.. Kalau boleh masak, aku akan masak, tapi kalau tak reti nak masak beli aje.. Yang penting tekak yang tengah mengidam perlu dipuaskan..

Bukan la aku tak boleh nak masak semua yang aku nak makan masa menyewa dulu tapi tak best la nak masak kat dapur yang tak lengkap.. Biasa la kan, rumah bujang, barang2 tak lengkap macam kat dapur rumah sendiri kat kampung tu.. Buka aje peti sejuk semua ada.. Punya la sakan aku memasak sejak aku balik SP 15hb lepas.. Mengunyah aje kerjanya..

Satu perkara yang buat aku gembira walaupun aku makan banyak tiap2 hari.. Nak tahu kenapa?? Sebab aku dah boleh pakai seluar jeans lama aku.. Tak sangka betul dapat muat balik seluar jeans kesayangan aku.. Sebelum ni aku pakai seluar jeans yang pinggangnya 42 inci.. Ada jugak la rasa sikit longgar sebelum ni tapi tak terfikir yang aku dah hilang beberapa inci.. Baru aje tahu pagi tadi sebab seluar yang aku selalu pakai tak kering lagi sebab basuh malam semalam.. Terus ambil aje seluar yang ada dalam almari, kalau ketat sikit tak pe la, boleh kempiskan perut sikit kan.. ha3.. Sungguh tak disangka!! Kagum!! Tak payah nak kempis2 perut, seluar tu aku dapat butangkan dengan senang!!

Ini yang buat aku makin bersemangat nak kurangkan beberapa inci lagi.. Secara sihat la, bukan secara ekstrem.. Mana la tahu kalau aku dapat bergaya dengan baju kebaya untuk raya tahun ni.. he3

Monday, 21 June 2010

DeMi RaMbUt Ku SaYaNg


Aku ni pantang tengok kalau ada produk penjagaan rambut yang mendakwa dapat menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar terutamanya untuk rambut kering, kasar dan rosak.. Aku mesti akan beli produk tu.. Kalau tak ada duit aku akan bersabar sampai ada duit..

Aku nampak treatment mask ni masa merayau2 tanpa tujuan kat shopping complex..
Lepas beli aje terus balik rumah..
Tak sabar nak cuba.. he3


Elseve RE-NUTRITION REPLENISHING MASK with Royal Jelly
The new formula, with Royal Jelly, bathes even very dry hair in nourishing ingredients to replenish the fiber with moisture. Your hair regains elasticity, bounce and suppleness. It instantly feels replenished and revitalised!!


Wah~~ Wanginya!!
Walaupun dicadangkan selama 1 minit tapi rasa macam nak biar lama sikit aje.. Lembut rambut aku lepas pakai hair mask ni.. Terbang2 rambut bila aku keringkan depan kipas (rasa macam model buat iklan syampu pulak.. he3)

Harganya pun berpatutan.. Sekotak ni ada 5 paket kecil, 1 paket mengandungi 15ml krim pekat.. 1 paket tu cukup untuk sekali pakai (untuk rambut aku..)

Selamat mencuba~~ (^^)

Sunday, 20 June 2010

HaPpY FaThErS DaY!!



Di tengah malam yang aman lagi tenang ni,
sebelum AcHiKz nak bermimpi indah sekejap lagi,
AcHiKz nak ucapkan

" SELAMAT HARI BAPA "

kepada ayah AcHiKz, MD THAKHRIM B. ARSHAD
dan abang AcHiKz SYAHRUL NIZAM B. MD THAKHRIM..

AcHiKz sayang korang..
The best father in my life.. (^^)

Saturday, 19 June 2010

YeLLoW iN CoLoR OnLy~~


Petang tadi AcHiKz keluar sorang2 beli sikit barang2 rumah yang mama pesan sebab mama dengan ayah ada perjumpaan kat Kem Lapangan Terbang..

Apa la yang AcHiKz fikir masa ber'shopping' tadi?? Mungkin tengah fikir nak merajuk atau tak kat mr. popeye sebab dia dah 24 jam tak telefon AcHiKz.. Mentang2 la dia balik Kulaijaya, dah lupa nak telefon AcHiKz yea..

Main ambil aje barang2 tu (tapi ikut brand yang mama nak la.. ambil yang lain karang kena pulas telinga nanti.. hik3) Sambil tunggu giliran nak bayar, terpandang dalam shopping cart.. Eh!! Baru sedar barang2 yang AcHiKz ambil masuk shopping cart semuanya kuning!!




Rasa macam ber'shopping' ikut warna pulak.. Hari ni beli barang2 warna kuning saja, lain kali warna biru ke, hijau ke merah ke.. ha3

HaPpY BiRtHdAy!!



AcHiKz nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada mama AcHiKz,
CHE MAHANI BT. MOHD MURAD (19 JUN 19**)..

Segala kasih sayang, perhatian dan didikan yang mama berikan selama ni tak dapat AcHiKz nak balas semuanya.. Ucapan terima kasih sepanjang hayat AcHiKz pun pada mama tak dapat membalas segala kebaikan yang dah dicurahkan..

Hanya doa untuk kesejahteraan, keselamatan, kesihatan kita sekeluarga yang mampu AcHiKz mohon pada ALLAH swt..

Love you so much mama.. (^^)

Friday, 18 June 2010

ChAnGe mY BaSeD




Saja aje nak bagitahu korang semua yang AcHiKz dah balik SP.. Kalau sebelum ni AcHiKz menulis di Ipoh sebab masih lagi belajar masa tu, sekarang ni AcHiKz sambung menulis di SP pula sementara tengah 'tanam anggur' ni.. he3..

Tak tahu la kat mana AcHiKz akan menulis lepas ni bila AcHiKz dah dapat kerja..

Thursday, 17 June 2010

ThE A-tEaM


Alright!! Keputusan akhir dah dicapai..
Aku, din & acap (kawan adik aku) nak tengok Karate Kid..
Tapi, bila dah sampai cineplex cuma ada tempat duduk depan sekali aje.. Jenuh la leher aku nak mendongak tengok cerita..

CANCEL!!

Kita tengok cerita lain la, boleh?? Kata din.. Aku pun tak kisah la.. Janji dapat tengok wayang..
Aku pun dah tengok trailer filem ni.. Macam menarik..
Layan aje la~~

Selepas 2 jam~~

Wah!! Tak sangka filem ni best!! Dari minit pertama cerita sampai minit terakhir filem ni memang best la.. Penuh aksi.. Adegan lucu pun banyak sampai aku dah tak larat nak gelak lagi..
Memang best!!

Asal filem ni dari drama bersiri diambil tajuk yang sama.. Drama ni memang meletup la dalam tahun 1980an.. Aku pun tak tahu pasal cerita ni sebab zaman tu aku pun kecik lagi.. Tak tahu lagi apa itu tv.. ha3..

Serba sedikit tentang barisan pelakon The A-Team..

Info dari en. Wiki
The A-Team is an American action adventure television series about a fictional group of ex-United States Army Special Forces who work as soldiers of fortune while being on the run from the military after being branded as war criminals for a "crime they didn't commit". The A-Team was created by writers and producers Frank Lupo and Stephen J. Cannell (who also collaborated on Wiseguy, Riptide and Hunter) at the behest of Brandon Tartikoff, NBC's Entertainment president.

Despite being thought of as mercenaries by the other characters in the show, the A-Team always acted on the side of good and helped the oppressed. The show ran for five seasons on the NBC television network, from January 23, 1983 to December 30, 1986 (with one additional, previously unbroadcast episode shown on March 8, 1987), for a total of 98 episodes.


pelakon asal The A-Team tahun 1980an
Lieutenant Colonel / Colonel John "Hannibal" Smith lakonan George Peppard
Lieutenant Templeton "Faceman" Peck lakonan Dirk Benedict
Captain H.M "Howling Mad" Murdock lakonan DwightShultz
Bosco Albert B.A "Bad Attitude" Baracus lakonan Mr. T


pelakon The A-Team versi filem tahun 2010
Liam Neeson sebagai Lieutenant Colonel / Colonel John "Hannibal" Smith
Bradley Cooper sebagai Lieutenant Templeton "Faceman" Peck
Sharlto Coplay sebagai Captain H.M "Howling Mad" Murdock
Quinton "Rampage" Jackson sebagai Bosco Albert B.A "Bad Attitude" Baracus


Aku jamin korang tak rasa menyesal & tak rugi bila menonton filem ni..

FrOm iPoH tO KuLaIjAyA (final)


Lepas balik dari Sg. Sibol lepak2 kat rumah kejap.. Sidai2 perut sambil minum petang pulak.. Menu minum petang kami, teh o panas dengan keropok lekor, pisang goreng & cendawan goreng.. Nenek dan pak cik mr. popeye pun join minum petang dengan kami..
Wakil Gemas balik lepas minum petang.. Aku dengan mr. popeye pun gerak gak, pi kedai mak mr. popeye..

makan malam aku..
mee bandung abang nazrul..

Singgah rumah kak ngah kejap tumpang mandi..
Alamak!! Aku tak jumpa selendang.. Rasa2nya macam dah masukkan dalam beg tadi.. Jenuh cari, habis dah selongkar beg tapi tak jumpa jugak.. Confirm!! Tak ada dalam beg ni.. Aduh~~ Kena la pakai tudung pink tadi.. Tak matching langsung dengan baju aku.. (><")
Mr. popeye ajak merayau2 kat Danga Bay..






GiRaFfE yang mr. popeye menang..
tak dapat yang besar, yang kecil pun orait jugak..
(walaupun dalam hati tetap nak jugak yang besar..)

Sampai rumah lepak2 pulak dengan adik beradik mr. popeye.. Sambil lepak2 sambil isi perut..
Supper roti canai kami ramai2.. Walaupun dah macam2 kami makan masa marayau di Danga Bay tapi dah lapar balik bila sampai rumah.. Berapa keping roti canai yang aku makan tak payah la nak cerita kat sini.. Malu~~
Yang pasti lebih dari 1 keping la.. Sekeping aje mana cukup..


13 JUN 2010
Ada beberapa jam lagi sebelum balik Ipoh.. Macam biasa la, pagi2 pi kedai dulu.. Pi sarapan..
Lepas tu 'selamat tinggal kulaijaya.. harap2 dapat datang sini lagi..'

Singgah kat Ayer Hitam kejap sebab rasa nak beli teddy bear besar.. Rambang mata aku dibuatnya.. Tak tahu nak pilih teddy bear yang mana.. Yang tu aku suka, yang ini pun aku suka.. Semua la aku suka.. Tapi aku ubah fikiran di saat2 akhir.. Aku tak beli teddy bear pun..

singgah kejap..
nak luruskan kaki, penat duduk dalam kereta..

isi perut dengan sizzling yee mee..

Alhamdulillah~~
Sampai Ipoh jugak kami walaupun hujan lebat di sepanjang perjalanan dan jalan sesak akibat ribut kat Kota Damansara.. Banyak pokok2 tumbang tapi perjalanan kami masih boleh dikategorikan lancar walaupun agak perlahan..

ini la hasil borong sakan aku kat Ayer Hitam..

Memang letih tapi sangat2 berbaloi..
Satu percutian hujung minggu yang tak akan aku lupakan~~ (^^)

ThE EnD

Wednesday, 16 June 2010

FrOm iPoH tO KuLaIjAyA (part 2)


12 JUN 2010
Kami sampai Kulaijaya pukul 7 pagi.. Masih berkabus & udaranya sejuk..
Kami terus ke kedai makan mak mr. popeye..

bersarapan pagi dengan soto ayam..
kulai style.. (^^)

Balik rumah tidur kejap.. Mengantuk sakan.. Mata aku ni dah sepet, tak larat nak buka luas2 lagi.. Aku perlu ZZZzzz..
Kejap lagi nak bersiap2 gi kenduri kahwin pulak.. Kalau tak tidur sekarang, karang tertidur aku kat kenduri kahwin orang.. hu3

Kenduri kahwin ni kat Sg. Sibol.. Kenduri ni sebelah pihak pengantin perempuan.. Kalau nak pi kenduri sebelah pengantin lelaki kat Kuantan.. Jauh pulak, lagi pun belum tentu mr. popeye akan dapat cuti.. Aku pun dah tak ingat apa nama Feldanya sebab kad jemputan tu aku tertinggal kat rumah sewa.. Mr. popeye pun dah berbuih cakap nama Feldanya tapi aku aje yang asyik lupa..

pengantin yang diraikan..
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

sesi mengisi perut..
(thanks to apex sebab snap pic ni.. tak sangka dapat jumpa apex kat sini.. dah 3 tahun tak jumpa sejak dia draft pi Sabah..)

Selama aku hadiri jemputan majlis perkahwinan ni (tak kira la famili ke, kawan2 ke) aku setakat tengok aje la orang menepung tawar pengantin.. Kali ni aku diberi peluang sebab aku dikira sebagai kenalan rapat pihak pengantin lelaki.. Kekok jugak la sebab selama ni tak pernah pun dapat peluang ni.. Selalunya kan benda2 macam ni khas untuk keluarga sahaja.. Segan sebab banyak mata memandang.. Satu pengalaman menarik yang aku takkan lupa!! (^^)

wakil dari Ipoh & Gemas..
jumpa kat Sg. Sibol..

to be continued~~

FrOm iPoH tO KuLaIjAyA (part 1)


5 hari sebelum ni AcHiKz pi Johor memenuhi jemputan majlis perkahwinan seorang kenalan.. Nak kata kenal sangat tu tak la sebab dia ni kawan mr. popeye.. Lagi pun AcHiKz ada kelapangan, apa salahnya pi jalan2 ke Johor..


11 JUN 2010 (malam)
Sebelum tu pi Lumut kejap beli barang2 yang dipesan..




makan malam lepas penat memborong..
nasi goreng pengantin namanya.. rm6 sepinggan..
rasanya?? boleh la~~ (><")


Aku pulak ganti si pilot memandu dari R&R Dengkil.. Dah mengantuk katanya..
Melayan lagu2 dicso sepanjang perjalanan..


singgah R&R Pagoh sebab aku lapar..
nasi lemak untuk supper.. he3


to be continued~~

i'M HoMe


Fuh~~ Lega betul..
Minta maaf banyak2 yea.. AcHiKz sibuk sikit 2,3 hari ni..
Sibuk sebab packing barang2 nak balik SP.. Yea, balik SP.. Wahai warga2 SP sekalian, AcHiKz dah balik!! Balik untuk membuat kacau~~

pilot yang bertugas.. my lil bro..
ayah jadi co-pilot..

penat la..
angkat barang2 dari mini apartment turun bawah..

barang2 yang penuh dalam kereta..

Bye2 Ipoh..
Jumpa lagi kalau aku dapat kerja kat sana.. (^^)

Monday, 14 June 2010

TuNgGu~~


AcHiKz dah kembali!!

Sorry yea sebab dah lebih 30jam AcHiKz tak post apa2 entry sebab AcHiKz pi merayau.. Merayau jauh lak tu, jauh sampai ke sempadan..

Baru saja sampai Ipoh malam semalam.. Masih penat+pening dan banyak perkara yang belum diselesaikan.. Lepas siap semuanya AcHiKz akan menulis yea..

Tunggu tau.. (^^)

Friday, 11 June 2010

oFfIcIaLLy PaSs!!


Hari ni ika ajak pi kolej ambil result.. Sebelum ni cuma dapat tahu LULUS stau GAGAL aje.. Tapi grednya tak tahu.. Sampai aje Unit Exam diorang pun dah ready bakul2 yang ada semua result exam setiap kursus (nursing, radiography, pharmacy)..

Dok cari2 mana la slip sem aku, Uiks!! Kenapa nama yang lain ada?? Nama aku pi mana??
Hilang tak dapat dikesan ke?? Tanya orang yang berkenaan, dia kata betul ke tak ada??
Ish3.. Mata aku dengan mata ika takkan la silap.. Empat bijik mata tau dok cari result slip aku.. Takkan la empat bijik mata ni terlepas pandang..
Dah sebak ni, mata pun dah nak bocor.. (T^T)

Tak pe katanya, dia akan printkan untuk aku.. hu3.. Lega hati aku.. Kalau tak mesti meraung sakan aku dalam pejabat Unit Exam.. Lega sangat bila dah tengok sendiri gred aku semester ni.. Di luar jangkaan tu!! Aku ingat lulus atas pagar aje, sebab target aku setakat nak lulus aje la.. Tapi tak sangka pulak resultnya LEBIH BAIK dari tu!!
Berapa gred yang aku dapat tak payah la nak tayang kat sini.. Malu pulak rasanya.. he3..
Biar la grednya hanya untuk tatapan aku, family & mr. popeye sahaja..
Selain result slip, diorang bagi jugak surat pengesahan yang berbunyi :

" WE ARE PLEASED TO INFORM THAT THIS STUDENT HAS PASS AND COMPLETED THE DIPLOMA in PHARMACY IN JANUARY-JUNE 2010 ACADEMIC SESSION AND WILL GRADUATE IN OCTOBER 2010 "



Gumbiranya!! Alhamdulillah~~
Syukur sangat3 kepada ALLAH swt..
Wahai bulan Oktober, nantikan kedatangan AcHiKz!!

tO mY BeLoVeD SiStEr!!



AcHiKz nak ucapkan

HAPPY BIRTHDAY

kepada kakak AcHiKz yang tersayang,
MARLINA MD THAKHRIM (11 Jun 19**)
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberkati ALLAH swt sepanjang hayat..
Ceria2 selalu tau, AcHiKz love you Sis..

Okay la.. Nak tido dah ni.. Mengantuk dan masih bersedih sebab tak dapat beli kasut tadi.. hu3

Thursday, 10 June 2010

eMpTy HaNdEd



SEDIHNYA..
Hari ni aku keluar exercise kat shopping mall.. Niat nak hilangkan bosan asyik terperap aje kat rumah.. Sambil merayau tu ternampak pulak kasut.. Terasa pulak nak beli kasut.. Lagipun sekarang ni tengah SALE kan.. Lagi la rasa nak beli kasut..

Makin dipandang, makin berkenan.. Teruja aku.. Boleh dikatakan setiap kedai kasut yang ada aku masuk.. Belek sana, belek sini.. Macam2 design aku berkenan.. Rambang mata oo.. Nasib baik tak juling mata ni.. hu3.. Duduk kejap.. Rehatkan kaki dan sambil buat keputusan kasut yang mana nak beli.. Terbayang2 semua kasut yang aku berkenan.. Kalau ikutkan nafsu aku ni mahu aje aku beli semuanya.. Huish!! Tak boleh macam ni.. Achikz, pilih satu aje, jangan gatal nak borong semua kasut2 tu.. Entah pakai ke tak semua kasut2 tu nanti..

Alright!! Keputusan yang muktamad dah dibuat!! Minta saiz yang aku pakai.. Uiks!! Kenapa tak muat pulak ni?? Besar la pulak.. Minta saiz kecik sikit.. Alamak!! Tak muat la pulak.. Saiz yang setengah2 tak ada.. hu3.. Masuk pulak kedai lain, jadi jugak hal yang sama.. 6 kedai kasut yang aku masuk semuanya tak ada saiz aku.. Pelik sangat sebab selama ni aku tak ada masalah masa nak beli kasut.. Kali ni semua design kasut yang aku berkenan langsung tak muat dengan kaki aku.. Terus mati niat nak beli kasut.. Sedih lagi kecewa~~
Aku balik rumah dengan tangan kosong, tak beli apa pun..

PeRaNcAnGaN MaSa DePaN


Cuti sekolah sekarang ni mesti banyak undangan majlis perkahwinan yang kita akan dapat.. Banyak sampai tak sempat nak memenuhi semua undangan.. Hal yang sama jugak berlaku pada aku.. Minta maaf banyak2 pada raja sehari yang diraikan sebab aku tak dapat nak hadiri majlis perkahwinan korang.. Cuma aku boleh ucapkan

" SELAMAT PENGANTIN BARU..
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA AKHIR HAYAT.."

Setiap daripada kita semuanya ada harapan & matlamat yang hendak dicapai terutamanya bila bila dah ambil keputusan untuk mempunyai pasangan.. Betul tak?? Macam tu jugak aku.. Aku pun dah ada perancangan masa depan terutamanya untuk mendapat kebahagiaan bersama orang yang aku sayang..

ringkaskan lukisannya
but it tells everything..

Setakat ni aku dah lepas langkah 1 dan 2 dengan penuh syukur & gembira.. Alhamdulillah~~
Jadi sekarang ni aku tengah usaha untuk ke langkah ke-3.. Langkah yang dinanti2kan oleh semua perempuan termasuk la aku.. hu3.. Bohong sangat la kalau ada perempuan yang tak mahu kahwin.. Ada schoolmate aku memerangkap best friend seumur hidup bermati2an la tak nak kahwin sebab takut (masa tu kami dalam tingkatan 2 atau 3).. Dah lupa aku apa yang dia takut tapi rasanya banyak jugak la benda yang dia takut dalam perkahwinan ni..
Takut2 pun dah kahwin jugak dia.. Kahwin pada hujung tahun lepas dan sekarang ni tengah menanti kedatangan ahli baru dalam hidup diorang.. TAHNIAH yea..

Walaupun aku tengah usaha untuk le langkah yang ke-3 tapi sebenarnya langkah ke-7 sangat aku nanti2kan sebab itu la matlamat utama aku.. Bersama dengan orang yang aku sayang sehingga akhir hayat aku.. Aku tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan aku, mungkin aku tak sempat nak jadi tua sebab menginggal muda. Mungkin jugak orang yang aku sayang akan pergi tinggalkan aku dulu.. Entah la, benda macam ni memang tak dapat nak duga dan tak semua yang kita harapkan akan jadi kenyataan.. Apa pun yang paling penting sekali, kita kena usaha untuk mendapatkan kebahagaiaan sebab kebahagiaan tak mungkin datang kepada kita dengan sendirinya..

Pada langkah mana korang berada disaat ni??
Semoga kita semua akan sampai ke langkah yang terakhir iaitu
GETTING OLDER TOGETHER WITH THE ONE WE LOVE..

Tuesday, 8 June 2010

JuSt BeCaUsE i'M FaT


Aku ni tak begitu bertuah dalam percintaan.. Selalu aje hubungan aku dengan si dia terputus di tengah jalan (tak sempat nak berhenti kat tepi jalan.. hu3).. Kecewa tu memang la kecewa tapi apa boleh buat, kena jugak teruskan hidup dan berharap hubungan yang akan datang lebih baik dari yang dulu..

Kalau tak silap aku, kalau tak silap aku la mr. popeye ni pakwe aku sekarang ni pakwe yang ke-5.. Nombor 4 & 5 ni mula masa belajar kat kolej.. Yang nombor 1,2 & 3 masa dok sekolah menengah.. Masa 2 tahun dalam form 6 aku tak ada pakwe..
Aku ni nak cerita pasal sorang mamat ni yang aku kenal lepas aku putus dengan pakwe ke-4 sebab dia dah curang sama aku.. Kantoi depan mata aku sendiri.. Aku tak ada la pi depan dia nangis 2 tanya kenapa dia curang sama aku.. Aku cuma pi depan diorang, LAGA KEPALA diorang kuat2 lepas tu pergi dari situ..

Berbalik pada mamat sorang ni, nama dia B (ambil dari huruf depan nama dia).. B ni sebilik dengan abang angkat aku dalam kapal.. Aku dengan B sekadar hantar mesej, berbual dalam telefon agak lama la.. We are getting closer each day tapi belum declare apa pun lagi la.. Lagi pun kami ni belum dapat jumpa lagi.. Tapi bila B cakap dia dah pindah ke satu stesen komunikasi (SK) area Perak, dia nak sangat jumpa aku.. Aku pun setuju.. Pada hari yang dah ditetapkan, kami pun berjumpa la.. Dah tengok muka masing2, berbual sikit2 aje sebab dia datang jumpa aku kat asrama pun dah malam.. Aku pun malas nak gi mana2 sebab aku mengantuk+penat.. Perjumpaan kedua aku dengan dia dia datang bawak lemang dengan rendang sebab dia ada beritahu yang SK ada buat jamuan hari raya.. Kenduri sakan budak2 rumah aku makan lemang dengan rendang.. Sedap~~
Lepas dari tu kami dah jarang hantar mesej, jarang berbual.. Kadang2 bila aku mesej dia, dia tak balas pun.. Kalau ada pun mesej macam mau tak mau aje.. Aku pun terus tak mesej dia lepas tu.. Lebih kurang 3 minggu lepas kecik hati mesej aku tak berbalas, aku terima panggilan dari B.. Katanya ada benda penting nak cakap..Berdebar aku tunggu apa la benda penting B nak beritahu.. Mana la tau kalau2 dia kata rombongan masuk meninang aku akan sampai dari Melaka.. Boleh cardiac arrest aku!! (@-@")
Perasan betulkan aku ni.. he3..
Apa pun benda yang nak dia sampaikan, samada berita baik ke berita buruk ke aku dah ready.. Yea la, bukan semua yang kita harapkan akan kita dapat..

"minta maaf banyak2, kita kawan2 aje yea.. tak lebih dari tu sebab saya tak suka girlfriend yang gemuk.. saya harap wahida tak kecewa..kita masih berkawan kan??"

TERDIAM.. Rasa nak terlepas handphone pun ada tapi bila ingat handphone tu baru aje aku beli, tak jadi ler niat nak lepaskan.. hu3.. Sebenarnya aku dah jangka apa yang dia nak cakap dengan aku sebab dia ada bagitahu yang dia suka perempuan berbadan kecik.. Sah2 la aku ni tak menepati ciri2 tu.. Tak pe la, dia bukan jodoh aku agaknya.. Aku tak janji pun untuk masih berkawan dengan dia.. Sebagai tanda minta maaf dia kenalkan aku dengan mr. popeye.. Aku sebenarnya malas dah nak berkenalan2 macam ni lagi sebab dah tawar hati.. Kecik hati aku ni walaupun benda yang dia nak cakap tu dalam jangkaan aku sebenarnya..
Tapi sebab tak mau kecewakan mr. popeye yang nak sangat berkenalan dengan aku, aku pun layan aje la.. Tapi tak letak apa2 harapan sebab AKU NI GEMUK, tak padan dengan orang slim.. Perjumpaan aku dengan mr. popeye pun tak dirancang sebenarnya sebab aku dari SP datang Ipoh sebab nak tukar uniform sebab saiz yang aku tempah tak muat (bukti aku ni budak gemuk..) kena tukar saiz yang lebih besar.. Dengan usaha tanpa putus asa, mr. popeye berjaya yakinkan aku untuk terima dia dan sampai saat ni (saat aku taip entry ni) kami masih lagi bersama.. (^^)
Melalui mr. popeye la aku tahu perkembangan B.. Mr. popeye yang cerita kat aku yea, aku tak tanya sebab dah tak mahu ambil tahu.. Dalam tahun ni katanya B nak kahwin.. Aku pun okay aje la.. Malas nak komen lebih2..

Nak dijadikan cerita, pada satu hari minggu aku keluar dating dengan mr. popeye.. Ada couple berjalan datang ke arah kami.. Rupa2nya B dengan bakal isterinya.. Nasib baik tak terkeluar biji mata aku ni sebab tak percaya dengan apa yang ada depan mata aku.. Apa yang aku nampak?? Mesti la bakal isteri B depan mata aku, tapi yang buat aku tak percaya adalah perempuan tu LEBIH GEMUK dari aku..

Itu la, moral of the story adalah jangan mengukur bentuk fizikal seseorang untuk menentukan sesuatu hubungan itu berjaya atau tak.. Macam kes si B, bersungguh2 la tak nak yang gemuk, tapi yang gemuk tu la yang dia sunting jadi penyeri di hati..

Apa pun, semoga berbahagia aku ucapkan pada B dan pasangannya..
Semoga korang berkekalan hingga akhir hayat..