Monday, 31 May 2010

wOrLd MiLk DaY 2010


Susu, susu & susu.. Aku memang suka minum susu.. Ada jugak orang tegur aku sebab dah gemuk macam ni tak payah nak minum susu lagi.. Makin gemuk katanya..
Haish!! Aku tak pernah jumpa orang gemuk minum susu akan makin gemuk.. Bukan ke sekarang ni ada susu rendah lemak.. LOW FAT MILK okay, LOW FAT.. Pernah dengar tak??
So, jangan sesuka hati nak larang orang gemuk minum susu.. Jangan nak dengki2 pada orang yang suka minum susu tak kira la orang tu gemuk macam aku atau pun kurus.. Tak ada kategori pun golongan yang dibolehkan atau tidak boleh minum susu..
Sila ubah cara pemikiran tu yea..


lembu cute yang banyak berjasa..
TQ~~


kempen SEBARKAN KEBAIKAN SUSU oleh Dutch Lady..
aku suka iklannya.. unik & kreatif..


Kat sini aku kongsi sikit kebaikan yang korang akan dapat bila korang amalkan minum susu setiap hari..

* dapat elakkan osteoporosis, tekanan darah tinggi dan kanser kolon..
satu kelebihan yang diperoleh hanya dengan minum susu berbanding ambil suplemen kalsium mahupun vitamin..

* menguatkan gigi, kuku dan juga rambut..protein dan lipid dalam susu dapat kuatkan rambut sementara kalsium menggalakkan pertumbuhan rambut sekaligus mengelakkan keguguran rambut.. susu juga mengandungi vitamin A, B6, biontin dan juga potassium yang menjadikan rambut lembut dan bersinar..

* minum susu TIDAK membuat anda gemuk.. sebaliknya membantu kurangkan berat badan.. apabila anda minum susu secara berterusan, kalsium akan membantu untuk pecahkan lemak dan menghalang terbentuknya lemak2 tegar..

* minum susu setiap hari dapat elak berlakunya masalah pedih ulu hati ( heartburn ) dan juga masalah2 gastrik..

* minum segelas susu suam sebelum tido dapat melegakan saraf2 dan juga merehatkan otot2 yang banyak digunakan semasa waktu siang.. tido akan lebih lena dan akan segar bertenaga bila bangun esoknya..


kotak susu yang menarik..
boleh tarik perhatian kanak-kanak untuk minum susu..



mandi susu untuk kulit yang cerah jelita~~


Sedikit tips yang korang boleh amalkan untuk memiliki kulit cerah secerah susu!!

** paling utama la.. kena minum susu setiap hari..
jangan ponteng2 tau..

** mandi susu.. boleh diamalkan seminggu sekali..
kalau rasa membazir ( bagi aku membazir gila!! ) untuk guna susu segar untuk berendam, korang guna aje susu tepung sebagai pengganti susu segar.. walaupun bentuk fizikal dah berbeza tapi khasiatnya tetap sama..

** boleh guna syampu, perapi, losyen, sabun atau pun apa2 produk yang berasaskan susu..

** bagi kulit yang berminyak, celup bebola kapas dengan sedikit susu.. sapukan diseluruh muka dalam bentuk bulatan2 kecil.. biarkan beberapa minit sebelum dicuci.. amalkan seminggu sekali..


Pheww~~
Panjang lebar aku bercerita pasal susu sebab 1hb Jun setiap tahun masyarakat di seluruh dunia akan meraikan HARI SUSU SEDUNIA..


Rajin2 minum susu tau~~ (^^)

No comments: