Ada sorang mamat ni, bersungguh2 nak aku berpisah dengan mr. popeye.. Katanya dia mampu kasi apa saja yang aku mahu, sesuatu yang mr. popeye tak dapat nak bagi.. Ewah3.. Lancang betul mulut tu berkata2 kan.. Aku ni memang la materialistik tapi aku ni masih sedar diri.. Engkau rasa diri tu bagus sangat ke sedangkan kat mata aku ni engkau TAK la sebagus yang dibangga2kan pun..
Aku sedar sangat3 yang mr. popeye tu mungkin tak dapat nak bagi apa yang aku mahu tapi ada sesuatu pada dia dan tak ada pada kau.. Sesuatu yang aku suka, ciri2 asas seorang lelaki..
Aku nak seorang lelaki yang caring..
A MAN THAT REALLY CARE ABOUT ME.. Lelaki tu tak jemu nak tanya aku 5-6 kali sehari soalan yang sama.. Lain pulak dengan kau sebab soalan macam tu hanya buang masa semata2.. FYI pada aku, soalan macam tu bukan soalan yang buang masa, bukan soalan yang membazirkan kredit tapi ia menunjukkan betapa pedulinya orang tu pada aku.. Kalau hubungi orang yang kita sayang tu engkau anggap membazir, campak aje handphone canggih tu dalam sungai yang berdekatan.. Susah la kalau asyik nak berkira.. Kalau nakkan sesuatu, kena la keluarkan modal tu lebih sikit.. Dah la berkira sakan, berangan lebih2 pulak nak yang terbaik.. (><")
Ada orang kata bila ada BF kita boleh buat luahan perasaan kat dia.. Boleh luahkan masalah belajo ke famili ke apa2 aje la yang rasa nak cakap.. Aku pun tak tahu la sejauh mana kebenaran statement tadi tapi aku ada jugak buat luahan perasaan / mengadu kat mr. popeye.. Macam2 jugak la yang aku cakap kat dia.. Lepas aku dah luahkan apa yang patut, aku nak jugak dengar pendapat.. Dengan dia aku boleh dapat respon tapi aku tak dapat apa yang aku nak dari kau.. Kebanyakkan pendapat yang kau bagi tu tak 'brain-friendly'.. Rasa macam aku tengah cakap dengan tunggul..
Engkau bukan la tak ada langsung ciri2 lelaki yang mampu menambat hati aku ni.. Ada, ada banyak jugak sebenarnya tapi ciri2 asas seorang lelaki yang aku mahu tu engkau 'kureng' sikit.. Tak sampai tahap minima yang sudah aku tetapkan..
No offence yea..
Hakikatnya, bukan engkau yang tak layak untuk aku, tapi aku yang tak layak untuk engkau.. Doakan la jodoh aku dengan mr. popeye berpanjangan.. Aku akan doakan yang sama jugak pada engkau..
No comments:
Post a Comment