Sunday, 16 May 2010

KeRiSaUan mR. PoPeYe


Tak sangka aku rupa2nya disebalik gaya mr. popeye yang 'cool' tu ada juga perkara melibatkan aku yang buat dia risau..

Mula2 dia kasi 'intro' aje kat aku.. Tapi tak nak cerita secara 'detail'.. Aku pun tak sabar la nak tahu.. Bila aku tanya baik2, dia tak mau pulak nak cerita apa yang dirisaukan.. Desak punya desak, akhirnya dia mengalah.. v(^^)v

Rupa2nya banyak jugak perkara yang buat dia risau pasal aku.. Kerap jugak dia fikir pasal hal ni.. Masa dengar tu nak gelak tergolek2 pun ada tapi aku tahan aje.. Kasi peluang dia nak buat luahan hati lelaki.. ha3..

Bila hubungan kami ni dah masuk 3 tahun, dia mula terpikir yang dia ni padan atau tak dengan aku.. Yea la, dia kerja biasa aje, sedangkan aku ni buat diploma.. Dia takut la kalau2 dia tak dapat nak penuhi apa yang aku nak.. Dia rasa macam tu sebab mungkin selama ni dia nampak aku ni perempuan high maintainance.. Tapi pada dasarnya aku ni bukan la high maintainance sangat pun.. Biasa2 aje rasanya.. Dia kena la faham, jadi perempuan berbelanja barang2 asas tu kena la lebih, tambah2 aku ni dalam kategori bulat, jadi kena la extra care.. he3..

Dia beritahu aku yang dia sangat3 terasa hati bila aku kata dia tak ada ciri2 lelaki romantik & caring yang aku mahu.. Aku nak jugak rasa dimanjakan, dihargai.. Takkan aku nak pendamkan aje dalam hati.. Kalau masa bercinta pun dah macam ni, dah kahwin nanti ntah2 aku kena tinggal 10 meter ke belakang bila berjalan dengan dia.. Kalau beli barang ntah2 dia jalan lenggang2 kangkong, aku yang penuh tangan bawa barang2.. Walaupun dia kecil hati dengan ayat power aku tu, dia janji yang dia akan usaha jadi lelaki yang romantik & caring macam yang aku mahu.. Cuma dia minta sikit masa untuk biasakan diri & dia minta aku bersabar..

Dalam semua2 tu, yang paling dia takut sekali kalau aku tiba2 disambar & kahwin dengan lelaki lain.. Katanya dia dah tak sanggup lagi nak alami rasa kecewa, patah hati macam dulu.. Disebabkan perkara lama, dia takut nak terima perempuan dalam hidup dia.. Dia terima aku sebab katanya aku ni jenis yang berdikari, tak mengada2 & mendengar kata.. Bila dengar luahan dia tu, terus mati niat aku nak gelak, rasa terharu pulak sampai nak terbocor mata aku ni.. Aku pun pernah kecewa, bukan sekali aku dikecewakan.. Aku faham sangat3 apa yang dia rasa, aku pun tak nak perkara tu jadi antara kami..

Apa pun yang dia risaukan, aku dengan mr. popeye hanya mampu merancang, tapi hanya ALLAH s.w.t yang menentukan segalanya..

No comments: