Sunday, 23 May 2010

AcHiKz aS hUmAn LaB


Lepas pembersih muka Guardian aku dah habis, aku tercari2 produk pembersih muka yang lain untuk aku cuba.. Tiba2 teringat pulak pasal sabun susu kambing.. Banyak jugak komen positif pengguna pasal sabun susu kambing ni.. Even ada sorang makcik cleaner kat hospital yang aku kenal masa practical pun cuci muka pakai sabun susu kambing aje.. Lawa siot muka makcik tu.. Licin, bersih aje.. Kagum aku~~

Merayau2 la aku kat Tesco.. Ada sabun susu kambing sahaja & ada jugak kombinasi susu kambing dengan bahan2 lain contohnya pegaga, aloe vera, kulit rambai, macam2 lagi la.. Dah puas tenung, belek2 last2 aku pilih yang ada dalam kotak.. Satu kotak ni ada 3 ketul sabun.. Aku pun tak pasti la apa kombinasi yang ada kat dalam.. Main ambil aje..

Ni la sabunnya..

- susu kambing + betik
- susu kambing + kulit manggis
- susu kambing + buah naga

Aku mulakan dengan sabun yang bercampur betik tu.. Baru 3 hari aku guna.. Setakat 3 hari ni okay aje.. Kulit muka rasa lembut, licin, tak rasa tegang macam beberapa jenama pembersih muka yang aku dah cuba..
Mesti la aku kena cuba sendiri sabun ni untuk tahu keberkesanannya.. Kalau minta orang lain cuba belum tentu la orang tu nak setuju.. Kalau makin cun tak pe la, tapi kalau sebaliknya dah kira aku aniaya orang tu..

Semoga muka aku ni lawa macam makcik tu!! v(^^)v

No comments: