Sunday, 23 May 2010

MeNyIbUk!!


Aku paling tak suka la bila ada orang add aku kat facebook sebab aku jadi friends dengan pasangan diorang.. Tak kira la friends aku tu lelaki atau perempuan.. Kalau yang aku kenal tu aku pasti dengan 150% yakin akan approve orang tu, tapi kalau aku memang tak kenal, tak kenal langsung tiba2 add aku pulak.. Bila dia rasa aku ni sengaja tak approve dia boleh pulak dia hantar private message kat aku minta aku approve dia cepat2..

Apa hal kau ni?? Kenapa pulak nak paksa2 aku untuk approve kau?? Aku bukan kenal kau pun.. Aku cuma kenal pasangan kau aje.. Cukup la setakat aku approve dia aje, tak payah nak approve2 kau.. Buat semak aje senarai kawan2 aku.. Buat kesekian kali ( ntah berapa kali dah aku cakap benda yang sama, tak faham2 lagi agaknya.. ) FACEBOOK AKU HANYA UNTUK FAMILI, KAWAN2 & KENALAN TERTENTU SAHAJA.. Kau tu bukan kawan aku pun.. Facebook aku, suka hati aku la nak approve siapa2 pun..

Aku tahu la niat sebenar kau nak aku approve kau.. Kau bukan nak sangat berkenalan, berkawan dengan aku pun, tapi saja aje nak sibuk2, nak menyemak kat wall aku kan?? Lupakan la niat kau tu, aku tak suka la orang yang aku tak kenal nak sibuk2 kat wall aku.. Ini mesti nak tahu apa yang aku buat, nak tahu siapa kawan2 aku dan yang paling aku pasti mesti kau pun nak jugak kasi komen.. Kasi komen yang kurang cerdik.. Lupakan aje la, post aje komen kau tu kat wall sendiri..

Jangan nak semakkan wall aku..

No comments: