Saturday, 15 May 2010

LoOKiNg FoR PaRt-TiMe JoB


Sorang2 la aku lepas si ayu pi exam tengahari tadi.. Last day dia lepak sini sejak hari isnin lepas.. Barang2 dia pun dah siap angkut sama, sumbat aje semuanya dalam kereta.. Lepas exam nak singgah rumah moyang kejap katanya sebelum direct to Gombak.. Bye2 ayu.. Moga kita lulus exam dan grad sama2.. AMIN~~

Aku masih lagi kat Ipoh.. Lepak aje kat rumah tak buat apa2.. Rancangan aku nak lepak sini sampai aku dapat result exam.. Kalau balik SP pun aku bukannya buat apa2.. Menambahkan lemak yang ada aje kat rumah.. he3.. Memang la aku ada niat nak kerja part-time tapi masalah utama aku sekarang ni tak ada kenderaan.. Mana2 kerja sekarang ni banyak shift.. Kalau kena shift yang balik malam, mana aku nak cekau kenderaan?? Lain la kalau aku ada scandal yang sanggup hantar aku dan jemput aku dari kerja.. Tak pun scandal tu sudi kasi aku kereta sebijik.. Sure la aku setuju untuk kerja walaupun habis shift lewat malam.. Ada jugak niat nak kerja aje kat 7-Eleven kat depan tu tapi aku terpikir lak yang kat sana ada jual minuman keras.. Kalau non-muslim yang beli aku tak kisah la tapi kalau orang melayu yang sah2 beragama Islam yang beli takkan aku nak mengiakan aje.. Secara tak langsung aku kiranya dah bersubahat dengan customer tu..
TAK NAK LA AKU..


Seingat aku, aku cuma kerja sambilan ni 3 kali aje..

1- Aku kerja jadi pengasuh kanak2 kat satu taska dalam sebuah sekolah menengah lepas aku habis form 6.. Selain tempat jaga kanak2, taska ni jadi tempat belajar untuk subjek vokasional budak2 tingkatan 4 dan 5 sekolah tu.. Mula2 kerja kat sana memang susah sangat la bagi aku sebab aku ni mana pernah jaga budak2.. Jaga adik sendiri pun tak tahu, sebab aku umur 3 tahun masa adik aku lahir.. Buli adik aje yang aku tau, jaga adik aku tak tau.. he3.. Dah lama kat sana aku dah boleh la nak uruskan kanak2 kat sana.. Aku jaga kanak2 dari umur 4 tahun sampai la 4 bulan..

2- Aku kerja kerani kat satu agensi pekerjaan dekat dengan rumah aku.. 10 minit jalan kaki aje.. Maksu yang bantu aku dapatkan kerja ni lepas aku diberhentikan kolej buat sementara waktu sementara menunggu keputusan rayuan.. Mula2 disuruh bantu aje kerja kerani yang lain.. Lepas tu aku ditukar tugas pulak.. Boss suruh aku uruskan pekerja2 indon, bangla, vietnam & myanmar kat 1 kilang ni.. Pagi2 buta dah kena pi kilang, periksa attendance diorang ( rasa macam cikgu sekolah ambil kehadiran anak murid pulak.. hu3 ).. Diorang ada kad yang akan di'scan' sebelum masuk kerja tapi takut la kalau2 mesin scan buat hal, nanti payment untuk kerja sehari tak masuk jenuh la aku nak jawab kat bangsa2 asing tu kenapa gaji diorang tak cukup.. Cukup aje tarikh tertentu yang dah ditetapkan aku bawak attendance aku untuk counter check kat HR kilang.. Cukup bulan kena bayar gaji diorang pulak..

3- Sepanjang bulan puasa masa aku masih kerja di agensi pekerjaan tu, aku jual kek lapis Sarawak.. Kek lapis tu bukan la aku jual kat bazaar Ramadan.. Aku cuma ambil tempahan aje.. Bekas kak ipar aku yang promote kek aku ni pada kawan2 dia.. Banyak jugak la tempahan yang aku dapat.. Risau jugak la kalau2 aku tak sempat nak siapkan semua tempahan sebab aku buat kek lapis ni sorang2 aje.. Lepas buka puasa aku terus buat kek, lepas sahur pun aku buat kek.. Tido pun termimpi kek lapis aku.. hu3.. Kat tempat kerja aku asyik menguap aje.. Aku berjaya siapkan semua tempahan seminggu sebelum raya.. Bungkus kek kemas2, masuk dalam kotak, kek aku dah sedia nak memulakan perjalanan jauh.. Kek aku berjalan jauh sebab tempahan yang aku dapat semuanya dari Selangor..
Paling happy bila semua pelanggan aku puas hati dengan kek aku.. (^^)

No comments: