BROADBAND
Sejak si carol kata nak tamatkan streamyx kat rumah sewa hujung bulan april lepas aku memang tak senang hati.. Kalau tak ada internet macamana aku nak ber'facebook'?? Aku ni dah la pemain game kat facebook yang sangat3 tegar.. Susah hati aku kalau tak menjenguk kebun, restoran, bandar aku sekali sehari.. he3..
Niatnya nak subscribe maxis broadband bila balik SP sebab duit tak cukup la.. Balik SP aje aku terkejut!! Kerana tawaran hebat maxis broadband sampai 3 tempat yang jadi wakil jualan maxis broadband aku pergi semua broadbandnya SOLD OUT!! Kalau nak jugak kena order la dulu dan stok DIJANGKA akan tiba selepas DUA BULAN!!
Aiyakk!! Aku mana boleh tunggu selama tu.. Selain ber'facebook', baca blog2 fave aku, mana la tahu kalau2 surat tawaran temuduga akan dihantar thru email ke, mau meraung aku kalau terlepas peluang temuduga kerja..
Keputusan muktamat aku buat.. Aku pun terus la pi satu tempat ni.. Dengar penerangan, tanya apa2 yang aku tak paham (aku ni bukan la reti sangat hal2 teknologi ni.. hu3) isi borang, bayar yuran pendaftaran, kat bawah itu la apa yang aku dapat.. (^^)
Lepas setengah jam daftar terus boleh pakai.. GUMBIRA tak terhingga aku.. (^^)
Kena terima kasih juga kat ayah sebab kalau ayah tak kasi duit ni, tak dapat la aku broadband ni.. hu3..
HANDPHONE
Hari tu aku ada cerita yang aku nak sangat handphone baru sebab yang pakai sekarang ni dah sewel.. ha3.. Tapi dalam entry yang dulu tu aku berangan nak pakai Nokia 2370, tapi yang dibeli lain la pulak..
Ni la handphone yang aku beli.. Sony Ericsson S312..
Biasa2 aje.. Walaupun biasa2 aje tapi semua features yang aku mahu ada kat handphone ni.. Kira aku puas hati la walaupun yang aku nak lain tapi beli yang lain.. he3..
Sneak peak kat SE S312..
(yang pasti gambar anak beranak dalam gambar kat bawah ni bukan aku la.. hu3)
Ada lagi wishlist aku yang belum tercapai.. Mungkin akan terlaksana bila aku dah merasa gaji sendiri nanti.. Tapi buat masa ni kena la sabar dulu..
Yang penting sekali aku memang suka dengan 2 barang ni.. Memang lain dari apa yang aku berangan tapi aku suka~~
No comments:
Post a Comment