Friday 7 May 2010

DoN't HiGhLiGhT YoUr StAtUs


Pagi ni bila aku buka aje facebook, perkara pertama yang aku pandang adalah salah sorang kawan trainee yang aku kenal masa practical di HRPB dah tukar relationship status dari 'in a relationship' kepada 'single'.. Bila dia dah umumkan macam tu banyak sangat komen yang dia terima termasuk la dari aku sendiri.. Kesian la kat dia..

Perkara ni bukan la luar biasa pun tapi aku rasa sebenarnya agak kurang sesuai nak tunjuk atau umumkan pada orang dengan siapa kita berkawan sebab belum tentu jodoh kita dengan orang yang kita 'tayang'kan tu.. Kalau hubungan tu tak menjadi, kita akan tukar status.. Tapi, bila dah tukar status mesti macam2 komen yang kita akan dapat.. Komen yang baik boleh diterima tapi kalau terima komen yang kurang baik, ia akan jadikan kita makin sedih, terluka, kecewa.. Saat2 macam ni kita perlukan sesuatu yang positif, bukan yang negatif.. Betul tak??

Macam aku ni, aku memang la ada tayang muka mr. popeye tapi cuma 1 gambar aje mr. popeye dalam facebook aku tu.. Itu pun dia pakai sunglasses.. Jadi tak la nampak sangat keseluruhan muka dia.. Sebab tu aku cuma letak status 'in a relationship' aje.. Aku cuma post muka penuh dia kat sini.. Itu pun lepas aku betul2 pertimbangkan hal ni..

Jadi apa yang aku nak sampaikan dari ayat aku yang berjela2 ni adalah :
pertimbangkan sebaik mungkin sebelum umum status anda.. pesanan ini special untuk orang bujang sahaja yea..

No comments: