Monday, 24 May 2010

YeE MeE CaNtOnEsE SpEcIaL


Hari ni entry aku pasal benda makan aje.. Tak dapat dinafikan lagi yang aku ni memang kuat makan.. he3.. Aku mengaku yang aku ni suka makan, memang sangat3 suka makan & sangat3 suka menikmati makanan yang sedap..

Sebenarnya si leya ajak makan kat Medan Selera Taman Cempaka, tapi bila sampai sana kami rasa tak selesa.. Bukan sebab keadaan kedainya tapi kerana student2 satu pusat pengajian kat sana yang ramai tak terkira.. Memenuhi setiap kedai yang ada.. Rasa macam aku dengan si leya ni manusia yang tersesat kat suatu planet dan terserempak pulak dengan makhluk asing..

Kami pun ubah lokasi.. Destinasi kami, satu warung kat kawasan flat DBI..
Warungnya dekat dengan dewan orang ramai kalau tak silap aku.. Tak pernah makan pun kat sini.. Hari tu cuma lalu aje, hari ni baru la nak cuba..
Aku order yee mee cantonese special & teh o ais..

Aku dengan leya terkejut jugak bila tengok pinggannya.. Besar tu~~ (o-O")
Kata leya " mau sejam aku makan baru habis.. itu pun kalau dapat habiskan la.. "
Aku pun mula makan, rasa kuahnya memang sedap.. Tapi kena la slow2 sebab panas berasap!!


sorry eh.. gambarnya gelap sikit..
makan kat tempat romantik la katakan.. he3


aku habiskan dengan jayanya.. (^^)
mesti pakcik yang penat2 masak ni puas hati tengok pinggan aku yang licin..


Harga sepinggan besar yee mee cantonese special tu cuma RM4.80 sahaja.. Memang murah kalau dibandingkan dengan saiz hidangan.. Sangat3 berbaloi.. Tepat la keputusan aku dengan leya untuk makan kat sini..
Kalau tak mesti sampai hari ni aku tak tahu ada yee mee yang sedap!! (^^)

No comments: