Dah lebih 5 bulan aku habis training.. Aku rindu sangat masa2 training kat sini dulu.. Kenangan manis, kenangan tak berapa manis pun ada.. Kenangan manis la yang banyak.. he3
Macam2 jenis perangai staf yang aku jumpa masa training kat sini.. Yang baik aku buat teladan, yang kurang tu aku simpan aje dalam hati aku ni, buat peringatan.. Peringatan agar tak buat perangai yang sama bila aku dah kerja nanti..
Apa pun, Farmasi HRPB dah banyak ajar aku.. Ajar dari segi kerja dan juga kehidupan..
TERIMA KASIH BANYAK2!! BUDIMU AKAN AKU KENANG~~
ini la farmasi bekalan wad..
kaunter untuk staf dan pesakit tertentu (ambil injection bulanan & ubat chemo)..
peti sejuk yang ada macam2 ubat..
BPC yang sangat2 antik.. he3..
walaupun antik tapi masih berjasa tau..
salah seorang staf (kak milah) yang buat pre-packing krim..
Sejak dah selesai exam ni aku dok berangan aje bila la agaknya aku nak dapat kerja.. Aku dah tak sabar2 nak kerja.. Dah tak mau lepak2 aje kat rumah tak buat apa2..
Resume?? Dah banyak hospital aku hantar resume.. Harap2 ada la hospital yang mahu ambil aku kerja..
No comments:
Post a Comment