Friday, 28 May 2010

iNi HiDuNg oRi TaU!!


Kalau ikutkan rasa malas aku ni, memang MALAS la sangat3 nak berjalan keluar rumah.. Jalan dalam rumah, naik turun tangga rumah 2 setengah tingkat ni pun dah boleh kecutkan lemak aku..
Kerana terlalu sayangkan perut aku ni, berjalan jugak la pi pasaraya kat depan.. Stok makanan dah nak habis.. Berkira2 nak beli stok sampai tengah bulan depan aje..


ni la rupa rumah sewa aku.. aku sewa bahagian loteng..
aku snap gambar rumah jiran depan dari ' mini apartment ' aku..


Dari rumah ke pasaraya tu ambil masa lebih kurang 20 minit berjalan kaki.. Kalau jalan lenggang2 kangkong lagi lama la masanya.. Bila dah sampai, niat nak merayau2 dulu la.. Jalan punya jalan, terpandang pulak promosi rebonding rambut.. Melencong la aku kat sana.. ha3..

Sementara tunggu proses terakhir rebonding, kakak sebelah aku tegur ( tak sure berapa umur dia, mungkin dalam lewat 30-an ).. " macamana adik buat shading kat hidung?? "
Nak aje aku garu kepala yang tak gatal.. Mana la aku ada buat shading2 kat hidung.. Jangankan nak ber'eye shadow' bedak pun aku tak pakai sebab berpeluh2 jalan nanti sapuan bedak tu dah tak kemas..
" saya tak buat shading pun kat hidung saya, bedak pun tak pakai sekarang ni.. " balas aku..
" owh~~ kalau macam tu adik ada buat nose job ke?? " kakak tu tanya lagi..

Uiks!! (><")
Terpusing aku pandang dia.. Boleh pulak dia fikir sampai ke situ.. Gemuk2 aku pun mahu jugak nampak cantik tapi tak la aku terfikir sampai nak buat nose job..
" tak la akak.. mana ada saya buat nose job.. ini hidung ori tau.. tak ada tambah apa pun.. " jawab aku..

Tak sangka aku, selama ni ingatkan aku saja yang suka tengok muka, penampilan orang lain.. Rupa2nya ada jugak orang yang buat perkara yang sama kat aku.. hu3..

Beringat la sekalian,
ada mata yang memandang & menilai rupa, penampilan anda~~

No comments: