KURMA AYAM DAN KENTANG
Bahan-bahan
1 ekor ayam
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis
3 butir buah pelaga
1 butir bunga lawang
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 paket kecil rempah kurma
1 cawan santan pekat
4 biji kentang (dibelah dua)
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak dan tumiskan sehingga naik bau bahan2 yang ditumbuk bersama buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis.
- Masukkan campuran rempah kurma dan juga serbuk jintan putih yang dilarutkan dengan sedikit air. Masak hingga rempah naik bau.
- Masukkan ayam, air (ikut kesesuaian anda) dan juga kentang yang dibelah dua.
- Biarkan mendidih dengan api yang sederhana selama 20 minit dan masukkan santan.
- Biarkan mendidih lebih kurang 10 minit.
- Sedia dihidangkan.
PAN GRILLED BANANA WITH TOASTED DINNER ROLL
Bahan-bahan
1 biji whole meal dinner roll (dibelah dua)
2 biji pisang Berangan (dibelah dua)
1 sudu teh madu
3 sudu besar krimer sejat
sedikit mentega
Cara Penyedian
- Garingkan dinner roll yang telah disapu sedikit mentega. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali leper yang sama, masukkan pisang dan goreng lebih kurang 3 minit pada dua2 bahagian.
- Letakkan roti diikuti dengan pisang diatasnya. Tuang madu dan krimer sejat diatas pisang.
- Sedia dihidangkan.
2 comments:
rasanya ada macam pisang salai tak...sedap lapo
pisang salai?? tak ler rasa gitu tapi sedap jugak la.. he3
Post a Comment