Assalamualaikum semua.. Hari ni dah masuk hari ke-7 umat Islam berpuasa.. Semoga kita terus bersemangat menunaikan Rukun Islam yang ke-3 ini.. Menunaikannya dengan penuh ikhlas dan rasa syukur..
Selain menyambut bulan Ramadan dalam bulan Ogos, kita juga akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53.. Dah 53 tahun negara kita merdeka tapi adakah generasi sekarang merasai keperitan dan kepayahan orang terdahulu bersusah payah mendapatkan kemerdekaan.. AcHiKz pun tak tahu apa rasanya pahit getir orang terdahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan.. Hanya boleh cakap susahnya mereka tapi betapa susahnya keadaan mereka kita generasi kini tak akan dapat rasainya.. Tapi semalam AcHiKz berpeluang merasai sedikit keperitan dan kepayahan orang terdahulu bila berpeluang menonton satu dokumentari di saluran History (Astro saluran 555) yang bertajuk THE MALAYAN EMERGENCY..
The Malayan Emergency memaparkan tentang kisah sepanjang 12 tahun yang dialami oleh Tanah Melayu semasa berlakunya darurat..Macam2 yang dah berlaku sepanjang 12 tahun tu.. Dokumenteri ni betul2 membuka mata AcHiKz agar lebih menghargai kemerdekaan yang diperoleh dan buat sesuatu untuk kekalkan kemerdekaan negara kita.. Macamana nak kekalkan kedaulatan kemerdekaan?? Hurm.. Banyak cara yang boleh kita buat dan tak perlu nak angkat senjata macam orang terdahulu.. Yang penting sekali adalah cara kita melakukannya..
Selain The Malayan Emergency, ada satu lagi dokumenteri berkenaan zaman darurat yang dipaparkan melalui VAT 69 : MALAYSIA'S VERY ABLE TROPPERS dan banyak lagi dokumentari yang diterbitkan oleh saluran televisyen kerajaan dan juga swasta sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini.. Luangkan sedikit masa untuk menonton dan ambil iktibar dari apa yang telah dilalui oleh orang terdahulu..
No comments:
Post a Comment