Monday, 9 August 2010

LiTtLe AdJuStMeNt DuRiNg RaMaDaN


Salam semua.. Tengah2 malam macam ni sepatutnya AcHiKz dah nyenyak tidur sambil mimpikan mr. popeye tapi AcHiKz masih lagi berjaga sebab mood nak menulis tu baru datang.. Nak tunggu sampai siang karang dah lupa pulak apa yang nak ditulis..

Bila dah masuk bulan puasa ni ada beberapa perkara AcHiKz kena adjust sikit terutamanya berkaitan dengan pengurusan masa.. Macam sekarang ni, nak dekat 4 pagi pun mata tak mau nak lelap lagi.. Tiap2 hari AcHiKz tidur lambat pun tapi AcHiKz masih mampu bangun awal.. Tapi keadaan akan berubah dalam bulan Ramadan sebab kalau tidur lambat macam sekarang nanti lambat pulak nak bangun sahur.. Terus terang, AcHiKz memang tak reti nak puasa tanpa bersahur.. AcHiKz jugak tak reti nak sahur awal2 macam member2 lain masa dok belajar dulu, diorang sanggup makan sebelum tidur alasan tak biasa bangun sahur.. Selain tak reti puasa tanpa bersahur, AcHiKz rasa bertanggungjawab sebagai seorang anak yang dah dewasa untuk bangun lebih awal dari mak untuk siapkan makanan untuk bersahur.. Tak kisah la setakat nak panaskan lauk aje tapi yang penting kena kena bangun awal.. Apa gunanya anak dah besar tapi mak masih bersusah nak siapkan makanan, betul tak??

Selera makan pun secara tak langsung akan berubah bila masuk bulan Ramadan.. Untuk berbuka, masakan berkaitan dengan mee, meehoon atau kuey tiaw yang jadi pilihan sebab tak nak bebankan perut dengan makanan berat macam nasi untuk berbuka.. Karang tak larat nak pi solat terawih pulak.. he3..


AcHiKz akan makan nasi waktu berbuka hanya bila terasa nak makan nasi yang istimewa macam nasi beriyani, nasi kerabu, nasi dagang.. Waktu sahur baru makan nasi.. Juadah berbuka akan dimasak sendiri oleh AcHiKz atau mama tapi selalunya AcHiKz la sebab mama kerja.. Jarang sangat la nak beli makanan kat bazaar Ramadan kecuali kuih2 sebab suka masak sendiri walaupun teragak2 nak letak garam.. he3..

ini untuk tatapan kita bersama..


Okay la, mata AcHiKz pun dah makin sepet, AcHiKz ambil kesempatan ni nak ucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua sahabat2 tak kira dimana anda berada..

No comments: