Assalamualaikum semua.. Tak selesa perut AcHiKz dibuatnya.. Semuanya kerana gara2 cili.. Hari ke-2 Ramadan diraikan semuanya dengan masakan yang banyak cili..
Sebelum mama pi kerja, dia dah pesan pada AcHiKz jangan masak hari ni.. Agaknya mama dah fikir menu untuk berbuka.. AcHiKz okay aje.. Mama balik awal hari ni, jadi ada banyak masa untuk mama nak masak.. AcHiKz jarang tolong mama kat dapur bila mama masak, melainkan mama yang panggil.. Bukan tak mau tolong tapi mama suka buat semuanya sendiri.. Bau wangi cili yang mama masak tu sampai boleh bau kat dalam bilik AcHiKz..
Tak terkata AcHiKz bila tengok lauk semuanya bercili.. Memang la lauk yang mama masak tu semuanya AcHiKz suka tapi tak nak makan masa berbuka.. Pedas semua tu, karang sakit perut.. Mama masak semua tu sebab dia nak makan nasi untuk berbuka.. Apa boleh buat, kena makan jugak walaupun tak rela.. Nasib baik mama masak sikit aje.. Untuk sekali makan.. Kalau tak, kena sambung waktu sahur lagi la nampaknya.. Sepanjang malam perut tak selesa.. Nak tido pun payah..
Makin menambah ketidakselesaan perut, mama masak lagi lauk bercili untuk sahur.. Kali ni sambal telur la pulak.. Macam nak menangis ja masa makan tadi.. Sikit aje AcHiKz makan.. Bila mama tanya kenapa tak tambah nasi, lauk banyak lagi.. AcHiKz cuma cakap dah kenyang, pada hal perut ni makin tak selesa..
Nampaknya hari ke-3 puasa akan terasa lebih panjang~~ (><")
No comments:
Post a Comment