Sunday, 15 August 2010

RaMaDaN DaY 4 & 5


Ramadan Day 4

Kami berbuka kat rumah tokwan.. Dekat aje dari rumah AcHiKz ni, 15 minit memandu dah sampai.. Juadah istimewa yang mama nak bawa ke rumah tokwan adalah ayam panggang, kari kepala ikan dan popia goreng.. AcHiKz la yang panggang ayam tu.. Bukan panggang ayam aje, AcHiKz rasa lemak AcHiKz pun dah cair sikit sebab panas arang tu campur dengan panas terik.. Ayam panggang sedap punya pasal, AcHiKz tahan aje la..

Dah sampai rumah tok wan cuma ada tok wan dengan mak tok aje.. Maksu tak ada sebab dia kerja.. Seronok betul tengok mak tok dan tok wan berselera makan.. Sebab sebelum ni diorang cakap tak selera nak bersahur.. Mungkin diorang rindu nak makan masakan mama.. Kalau sebelum ni mama kerja shift jadi boleh la masak dan hantar pada tok wan bila hari cuti.. Tapi sekarang ni mama dah kerja ikut waktu pejabat.. Jadi kena tunggu hari jumaat dan sabtu aje la kalau tok wan nak merasa masakan mama..

Lepas ni nak bawak mak tok dan tok wan berbuka puasa kat rumah AcHiKz pulak..


Ramadan Day 5

Hari ni berbuka kat rumah aje sebab mama kerja.. Lagi pun tak ada terima mana2 undangan berbuka pun.. Sebab dah 3 hari asyik berbuka makan nasi, hari ni ayah request nak makan meehoon pulak.. Ayah ni macam tau2 aje apa yang AcHiKz fikir.. AcHiKz pun dah penat nak berbuka makan nasi.. Sahur pun makan nasi lagi.. Karang sepatutnya boleh kurus sikit dalam bulan Ramadan ni jadi sebaliknya pulak.. Makin bulat dari biasa.. he3.. Dah la tak tempah baju raya tahun ni.. Nak beli baju kurung yang dah siap takut tak muat pulak..

Sementara dok tunggu masa nak goreng meehoon, dok study buku resipi.. Nak senarai dulu apa kuih atau kek yang nak AcHiKz buat untuk raya tahun ni.. Tapi bukan la nak buat semuanya, nanti AcHiKz buat senarai pendek la.. Jenuh la nak buat semua.. Kalau mampu buat semua pun belum tentu akan habis.. Resipi meehoon yang AcHiKz nak masak ada kat sini, tapi kali ni AcHiKz guna air rebusan kulit udang untuk lebih sedap dan buat meehoon lebih lembut sebab AcHiKz tak suka makan meehoon keras2..

Okay la, AcHiKz chow dulu.. Ada keja nak buat..

No comments: