Wednesday, 11 August 2010

RaMaDaN DaY 1


Salam semua.. Hari pertama bulan Ramadan dah pun berlalu.. AcHiKz seronok sangat dapat sambut hari pertama berpuasa tahun ni dengan mama ayah sebab tahun lepas berbuka dengan Afiqah aje sebab tengah praktikal.. Dapat balik pun cuma hujung minggu aje.. Tak puas la.. Selain tak puas nak luangkan masa dengan mama, ayah dan din, AcHiKz tak puas nak makan masakan mama.. Yea la, duduk bujang ni masak yang ala kadar aje la.. Sesuai dengan bajet yang ayah dah bagi..

Tapi menyambut bulan Ramadan kali ni AcHiKz rasa kurang meriah sebab puasa kali ni cuma bertiga.. Cuma ada ayah, mama dan AcHiKz aje.. Din ada kat Bachok, belajar kat sana.. Sedikit sebanyak, ketiadaan din kat meja makan masa sahur dan berbuka puasa tu memang terasa la.. Terfikir apa la yang dia makan untuk sahur dan berbuka tadi.. Keadaan ni kena jugak AcHiKz terima sebab AcHiKz pun sebelum ni pi belajar kat Ipoh, ketiadaan AcHiKz pun mesti diorang rasa seperti yang AcHiKz rasa sekarang..

Sebelum AcHiKz tido, tahniah AcHiKz nak ucapkan kat anak saudara AcHiKz, si Ainina sebab dia berjaya puasa penuh hari ni.. Masa AcHiKz sebaya Ainina (6 tahun) AcHiKz cuma dapat puasa separuh hari aje.. Dah masuk darjah 1 baru la berjaya puasa penuh.. he3..

Good night semua.. AcHiKz sign out..

2 comments:

CrewFathi said...

Salam Ramadhan!! ehh.. korang dijemput follow blog movie ini .. ---> http://terbarumovie.blogspot.com/ [sambil korang follow.. korang leh download movie terbaru.. Movie Tekken & Ong Bak 3 pon dah keluar da.. ]

Wahida Nasution Thakhrim said...

dah follow.. (^^)