Friday, 1 April 2011

Kalau hati dah berkenan


Apa khabar semua?? Dah habis pun suku pertama tahun 2011.. Hari pertama di suku kedua dah pun bermula.. Semoga apa yang kita rancang akan dapat dilaksanakan sebaiknya sepanjang tahun ni..

AcHiKz memang peminat kasut terutamanya kasut tumit tinggi.. Boleh katakan AcHiKz ni pelopor utama pemakaian kasut tumit tinggi masa kat kolej dulu..

Tapi sejak kena pakai uniform dan praktikal AcHiKz dah jarang pakai kasut tumit tinggi ni.. Walaupun macam tu minat tetap diteruskan.. Sekarang ni AcHiKz selesa berkasut tapak yang rata aje.. Semalam AcHiKz jalan sorang2 ternampak dari jauh sepasang kasut yang sangat cantik.. Bila dekat makin cantik kasut tu AcHiKz tengok.. Rasa macam rugi aje kalau tak ambil.. Agaknya kasut tu memang ditakdirkan jadi AcHiKz sebab ada juga pelanggan nak rekaan yang sama tapi sayang sekali kasut tu stoknya cuma ada sepasang dan hanya ada saiz AcHiKz..

Inilah kasutnya.. Punya la tak sabar, boleh snap gambar kasut dalam kereta.. Mesti orang yang lalu lalang kat situ kata perangai AcHiKz ni macam budak2..AcHiKz suka warnanya sebab terpengaruh dengan kasut yang dipakai Angelina Jolie dalam filem The Tourist..

pandangan depan

pandangan sisi

Harga?? Tak la mahal sangat.. Kalau hati dah berkenan, selesa dipakai dan berbaloi AcHiKz tetap akan beli..

12 comments:

Jiji-Fify said...

mak oiiii siap sangkut kat stereng!! hahah

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

Wahida Nasution Thakhrim said...

ha3.. itulah, tak sabar punya pasal.. stereng kereta pun jadi..

daisy said...

wooohaa..
tinggal satu saiz je ye..
kira achik adalah cinderella kat kedai tu.kasut tu cuma muat ngan achikz je.ngee~

toyolkiut said...

oh..
Tk masuk opis pun pkai slipar jepun..
citarasa kita bbeza ye..

..Fi..Fibi..Fea.. said...

lawanye kasut..taste i jugak ni.. ;p

Wahida Nasution Thakhrim said...

daisy : yea, memang terasa macam cinderella.. memang rezeki AcHiKz la nak dapat kasut tu..

Wahida Nasution Thakhrim said...

toyol kiut : pi kerja aje pakai, dalam farmasi pakai sandals aje.. kalau pakai sepanjang hari, boleh patah tumitnya sebab kerja berjalan aje cari ubat dalam farmasi tu..

Wahida Nasution Thakhrim said...

fi fibi fea : nampaknya selera kasut kita sama.. (^^)

Chegu Zubir said...

nice shoes..suka tengok design n kaler die...hehehhe

jom baca
.:Anonymous Dalam Dunia Blogger:.

Wahida Nasution Thakhrim said...

chegu zubir : terima kasih.. (^^)

Syahrul Saifuddin said...

len kali sangkut la kat gear plak

Wahida Nasution Thakhrim said...

stereng la best.. sumber cahaya dah elok.. he3