Wednesday, 13 April 2011

AcHiKz tetap setia padamu..


Walaupun banyak sangat jenis dan pilihan tudung yang ada sekarang ni tapi terus terang pada korang yang AcHiKz ni tak reti nak gayakan tudung2 tu semua.. Pilihan utama AcHiKz tetap pada tudung bawal.. Susah nak cari tudung bawal kat kawasan Sungai Petani sekarang ni.. Jadi, masa pi Kota Bahru minggu lepas, AcHiKz sempat la melepaskan geram ..

Warna tudung bawal yang AcHiKz beli ni warna asas aje.. Senang nak padankan dengan baju.. Baju dah banyak corak, jadi tudung tu biarlah ringkas.. Karang bila baju dah sarat, tudung pun sarat, dah macam pokok krismas gayanya.. Tak nak la jadi macam tu.. Betul tak??

AcHiKz beli tudung2 ni kat Pasar Siti Khadijah.. Rambang mata AcHiKz bila tengok banyak sangat pilihan dari segi sulaman dan warna.. Punya puas dok mendongak, dari tiga helai tudung dua darinya rekaan yang sama, warna aje lain..

kuning mustard

merah terang

kelabu cerah

Yang dua helai kat bawah ni AcHiKz beli kat Bazar Tengku Anis.. Cuma pusing2 kat tingkat bawah aje sebab letih memandu dari Kuala Berang.. Dah tak larat nak merayau lama2..



Ikutkan hati memang nak beli 3,4 helai lagi.. Tapi penasihat kewangan dah bersuara "Cukup2lah tu AcHiKz, nanti kita datang sini boleh beli lagi.."

Jadi, kena tangguh la dulu niat memborong tu.. he3

10 comments:

nikaviolet said...

waaa.....borong sakan nmpak?? hujung bulan ni dira nk g kursus kat kelantan....hehe..nk borong toto...hehe..

maria_m0hamadiah said...

cantik yang kelabu cerah tu. makcik pon setia pada tudung ni. pakai shawl muke makcik tak cantik..:)

khaifaiz said...

owh mai.. Borong sakan yer?? ni yg nk jual tudung gak ni.. Tapi jual kt achikz je.. hahaha

Surie said...

Amboi Achikz, kemain lg dia memborong!nak satu leh x?hehe~

Wahida Nasution Thakhrim said...

nikaviolet : borong, jangan tak borong.. he3

Wahida Nasution Thakhrim said...

maria : shawl AcHiKz boleh pakai tapi tudung2 lain tu tak reti la..

Wahida Nasution Thakhrim said...

khaifaiz : jual tudung bawal aje.. tudung lain AcHiKz tak reti.. he3

Wahida Nasution Thakhrim said...

surie : boleh.. (^^)

Atiey said...

hemm mummy dah lama tak pakai tudung bawal..tdg lama2 dulu pun dah kasi adik2 n jiran tetangga..pakai shawls jer lani..hehehe lupa daratan..dulu satu almari pnuh ngan tudung bawal jer...skrg shalws plk pnh almari...

Wahida Nasution Thakhrim said...

atiey : shawl AcHiKz boleh pakai, tapi tudung2 lain aje yang tak lepas.. itu bukan lupa dataran la, sekali sekala tukar gaya..