Thursday, 21 April 2011

Jemput2 ikan bilis


Selamat pagi semua!! Sepatutnya entry ni AcHiKz post semalam tapi AcHiKz tido awal sebab dah mengantuk.. Petang tu AcHiKz tak sempat nak 'beauty sleep' he3..

Sebab kecewa pisang goreng kat gerai kegemaran AcHiKz dah habis walaupun masa tu baru jam 4 petang, AcHiKz terus balik dan mulakan operasi..

Bahan-bahan :
segenggam ikan bilis
sebiji telur
3 ulas bawang merah
2 sudu besar cili giling
2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa

Cara Penyediaan :
1- kisar ikan bilis, bawang merah dan cili giling bersama secawan air
2- gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum (tambahkan tepung gandum dan air ikut citarasa masing2.. pastikan tak tak terlalu pekat atau terlalu cair)
3- masukkan telur, garam dan gaul sebati
4- panaskan minyak dan goreng adunan tepung tadi..

AcHiKz buat kecil2 aje.. Senang nak makan..

Dah siap!!

8 comments:

KAMIHIDUP said...

wah, sedapnya, dalam kuali punya pic pun ada ye kak, heee. :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

kamihidup : kalau ikutkan nak aje tunju step by step.. ha2

Penulis Bogel said...

terbaek...macam tau2 je dalam dapur aku tinggal yepung dan ikan bilis je...hehe

Wahida Nasution Thakhrim said...

penulis bogel : eh, tak perasan eh AcHiKz dok skodeng?? ha3 sebab tu kasi resipi kat sini..

NzA said...

comel jerr jemput2 tu dik...mesti sedap!!!!

Wahida Nasution Thakhrim said...

nza : senang sikit nak makan.. he3

Apiq Putra said...

nice blog.mmg hobi suke masak ke?

Wahida Nasution Thakhrim said...

apiq : a'ah.. suka masak dan suka makan..