Saturday, 2 April 2011

Awak sudi tak??


"Saya suka la kat awak.. Awak ada ciri2 yang saya suka.. Sudi tak awak jadi kekasih gelap saya sebab saya dah ada kekasih la.. Saya tak boleh nak tinggalkan dia sebab saya pun sayang kat dia juga.."

Tu dia!! Ayat melamar dah keluar.. Gelak guling2 AcHiKz semalam bila baca.. Okay2, AcHiKz cerita dari mula biar korang faham..

Ada la sorang mamat ni, dia add AcHiKz kat Facebook (FB) dengan alasan nak jadikan AcHiKz jiran kat Cityville.. AcHiKz pun dengan baik hatinya approve la mamat ni.. Tak dinafikan yang dia memang jiran yang baik.. Selalu kasi hadiah, apa item yang AcHiKz perlu dalam Cityville dia akan cepat2 hantar..

Kadang2 dia ada juga chat dengan AcHiKz.. AcHiKz jarang on chat kat FB sebab ganggu game yang AcHiKz main.. Sembang2 kosong aje dan AcHiKz dapat agak mamat ni ada la ciri2 lelaki budiman.. Tapi tak tahu la kalau dia betul2 lelaki budiman atau sekadar berlakon aje..

Semalam, masa tengah rancak berborak dengan dia, tiba2 keluar la ayat melamar macam kat atas tu.. Of course la AcHiKz tolak.. Sikit pun tak ada perasaan kat dia.. Sedap2 hati dia aje kan nak buat perangai macam ni kat kekasih dia.. Entah AcHiKz ni yang keberapa dia ayatkan..

Agaknya sekarang ni dia tengah kecewa sebab AcHiKz tolak dia ataupun dia tengah sibuk rancang nak mengayat perempuan lain pula, sebab AcHiKz tengok dalam senarai kawan dia ramai kawan2 perempuan.. Lawa2 pula tu.. Macam dia ni jenis add orang sesuka hati..

Nasihat AcHiKz cuma satu.. Tolonglah ubah la perangai tu, jangan dok canang kat AcHiKz yang kau nak kekasih yang setia kalau diri sendiri tu tak buat perkara yang sama..

8 comments:

toyolkiut said...

hehe..
TK klau ada yg buat cmtu, atau ada mintak gambar, sure TK bg orang lain yg x brapa nk lawa..
sbb pe? sbb bila ia tngok trus ia batalkan niat ia nk buat kita kekasih gelap..
trus ia xmau dh nk cet2 ngn kita..
hehe..

nelly said...

jangan berjanji kalau tak boleh tunaikan ~

Wahida Nasution Thakhrim said...

TK : kawan2 biasa sudah la.. tak payah nak menggatal macam tu.. dok bercinta dah buat hal. kalau dah kahwin nanti entah apa yang dia buat lagi..

Wahida Nasution Thakhrim said...

Nelly : jangan berjanji aje, jangan terfikir langsung untuk buat perkara yang orang lain terluka..

anym dan dunia said...

haaahhh trok btol la, reject awal2 :p

Miss Shikio said...

haishhh... memang nmpk sgt laki tu jenis playboy... suka2 ati ja nak jadikan kekasih gelap..kesian gila kat gf dia.. huahuahua~

poorraahhh!!!

Wahida Nasution Thakhrim said...

anym : yea.. reject terus.. tak payah nak fikir2 lagi..

Wahida Nasution Thakhrim said...

miss shikio : playboy pun at least dia cakap terus terang.. memang kesian la kat gf dia.. AcHiKz ni entah keberapa dia 'ayat'..