Thursday, 28 April 2011

Telur Puyuh Berlada Hijau


Menu untuk makan tengahari :


Bahan-bahan :
15 tangkai cili api hijau
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
30 biji telur puyuh - direbus
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah
garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
1- cili api, bawang putih dan halia ditumbuk kasar (nak kisar pakai blender pun boleh aje..)
2- tumiskan bahan tadi sehingga naik bau.
3- masukkan bahan perasa. masak sehingga cilinya garing.
4- masukkan telur, bawang besar dan cili merah. kacau hingga sebati untuk beberapa minit.
5- hidangkan.

8 comments:

Jiji-Fify said...

perghhhhh dah lama tak merasa telur puyuh yang kecik2 comel ni.. :D

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

saya YANA said...

aah.. lama juga tak makan telur puyuh.. haha.. lapo la..

Wahida Nasution Thakhrim said...

jiji-fify : kecil2 comel senang sikit nak makan..

Wahida Nasution Thakhrim said...

yana : dah masuk masa makan tengahari pun, mesti la lapo.. makan kenyang2 yea..

KAMIHIDUP said...

peh, telur puyuh, sedap!

Wahida Nasution Thakhrim said...

kamihidup : tukar selera la pula.. he3.. sedap tau.. yummy!!

iman musa said...

lepas tgok bende ni rase lapar plak... lapar

Wahida Nasution Thakhrim said...

iman : siapa2 pun kalau tengok makanan memang lapar.. walaupun baru makan..