credited to : p-ramlee.com
Menitik air mata bila AcHiKz tonton dokumentari P. Ramlee di History Channel saluran Astro 555 tadi.. Sedih sebab betapa susahnya hidup beliau sampai akhir hayat bila kerjayanya tak menjadi seperti berada di Singapura dulu.. Melarat sampai makan nasi dengan telur goreng aje.. Macam tak percaya kan?? Rasa macam tak boleh terima kenyataan tu.. Keadaan beliau sangat melarat sehingga hembusan nafas yang terakhir.. Sampaikan Saloma sendiri tidak mampu membiayai kos pengkebumian suami yang amat disayangi itu..
Kepayahan yang dilalui P. Ramlee sepanjang bergelar anak seni rasanya kurang diketahui oleh generasi kini.. Generasi terkini termasuk la AcHiKz hanya kenal P. Ramlee melalui filem2 lakonan mahupun arahan beliau serta lagu2 ciptaannya.. Dengan menonton dokumentari ini, generasi kini akan lebih mengenali seniman agung ni dan juga tahu bahawa menjadi anak seni bukan semudah yang disangka.. Bila dah jadi tumpuan umum, segala kejayaan serta kegagalan akan dilihat dan dinilai.. Hasil dari penilaian inilah yang akan menjadikan seseorang diminati, dihormati ataupun sebaliknya..
Dah 37 tahun Allahyarham P.Ramlee pergi menemui penciptaNYA dan banyak juga program yang diadakan bagi memperingati dan juga menghargai karya2 P. Ramlee.. Walaupun hanya karya2nya kini menjadi penghubung antara seniman agung tersebut dengan masyarakat tetapi masyarakat juga perlu tahu bagaimana perjalanan seninya bermula.. Ia akan membuat kita lebih menghargai jasa dan sumbangan beliau..
No comments:
Post a Comment