Monday, 11 October 2010

hOw tO aPpLy eYeLiNeR



Sekarang ni tak lengkap bila bersolek kalau tak ada eyeliner.. Kalau solekan ringkas sekalipun mesti kena ada eyeliner.. Baru la mata nampak berseri2.. Intro banyak2 pun tak guna, meh tengok apa yang AcHiKz dah sediakan untuk tatapan kita bersama..

Cara2 nak lukis eyeliner
1- lukiskan satu garis dibawah bulu mata.. lukiskan sedekat yang boleh..
2- lukiskan pula pada kelopak mata.. mulakan dengan garis yang nipis dulu (buat panduan).. selepas tu lukis ikut bentuk yang dikehendaki..
3- mata yang dilukis dengan eyeliner pada seblah kanan manakala sebelah kiri tanpa eyeliner..


Eyeliner Template
untuk sesiapa yang rasa tangan tak 'steady' untuk melukis..
tapi bila dah cekap melukis, template ni dah tak perlu lagi..

Beberapa contoh eyeliner yang terdapat di pasaran..

Gel Eyeliner
Maybelline Eye Studio - Gel Eyeliner

Bobbi Brown Long Wear Gel Eyeliner Duo

Liquid Eyeliner
M.A.C Liquid Eyeliner in Black

Stila Liquid Eyeliner in Black

Pencil Eyeliner
Redpoint Stayput Eyeliner with Sharpener

Givenchy Eyeliner with Sharpener

Beberapa tips yang berguna semasa memakai liquid eyeliner
- untuk pastikan eyeliner bertahan lebih lama, lukiskan diatas kelopak mata yang sudah disapu dengan eyeshadow tapi sebelum mengenakan mascara..
- pilih warna eyeliner yang sesuai dengan warna eyeshadow yang dipakai..
- jangan guna liquid eyeliner pada bawah mata anda, seeloknya gunakan pencil eyeliner..
- mula lukis pada pertengahan mata anda dan ikut garis mata anda untuk dapatkan hasil yang semulajadi..
- warna hitam, coklat dan ungu gelap adalah sesuai dengan kebanyakan orang..
- pilih eyeliner yang mempunyai berus hujungnya tirus untuk mudah melukis dan eyeliner tersebut haruslah cepat kering agar solekan mata tidak comot..
- untuk hasilkan ilusi mata yang lebih besar, gunakan pencil eyeliner berwarna putih pada sepanjang bahagian bawah mata sehingga ke bahagian salur air mata..
- muncungkan mulut anda berbentuk 'O' semasa melukis eyeliner.. ini akan mengurangkan kedipan mata agar senang untuk melukis..

AcHiKz : masih berlatih untuk dapatkan solekan mata yang cantik..

No comments: