Seronok?? Mesti la seronok.. Lega pun ada dan yang paling penting sekali rasa bersyukur yang tak terhingga sebab dah berjaya tamatkan pengajian.. Bila dah pegang sendiri skrol yang tertera nama AcHiKz segalanya yang berlaku sepanjang tempoh pengajian adalah berbaloi..
Jom tengok serba sikit gambar sempena Majlis Konvokesyen ke-7 UniKL 2010..
semua sibuk dok berbual.. yea la, dah lama tak jumpa lepas habis belajar.. ada yang sambung belajar, ada yang dah kerja dan ada jugak yang masih belum kerja macam AcHiKz.. he3
'hood' yang warna peach-purple ni semuanya budak2 RCMP.. warna 'hood' adalah berbeza ikut institut..
majlis penerimaan diploma sedang berlangsung.. untuk sesi ke-2 pada hari pertama ni, diploma disampaikan oleh Pro-Canselor II iaitu YB Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat..
si dira sempat lagi minta snap gambar dia..
ika kasi 'pose' istimewa..
barisan hero2 Diploma in Radiography RCMP
saat yang tak dapat digambarkan dengan kata2..
AcHiKz nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat mama dan ayah yang dah sediakan pendidikan yang terbaik untuk AcHiKz selama ni.. Sampai bila2 pun tak dapat rasanya nak balas budi mama ayah.. Tak lupa juga kat pensyarah2 kursus Diploma in Pharmacy di UniKL-Royal College of Medicine Perak dan kawan2 sepengajian diatas segala ilmu, tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan..
Tahniah buat semua!!
4 comments:
congrats, all the best
macih3.. (^^)
nak tnye ... radiography susah ke ek?
sy dpat offer radiography kat unikl
@nis suzanis..
maaf la sebab ambil masa dua tahun nak reply.. radiography?? nak kata susah sangat tu tak tahulah sebab mana2 bidang pengajian tu memang ada sikit rasa susahnya.. yang penting cara kita hadapi dan kendalinya.. (^^)
Post a Comment