Salam semua.. Maaf la yea, semalam letih sampai dah tak larat nak on netbook pun.. Semalam AcHiKz jadi pemandu memerangkap jurugambar rasmi ayah sempena MAJLIS 'REUNION' HARI ULANGTAHUN KE-30 BATALION 305 INFANTRI ASKAR WATANIAH & BATALION KE-5 REJIMEN SEMPADAN yang bertempat di Kem Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan, Bukit Kayu Hitam..
AcHiKz suka sangat kem ni sebab lokasinya betul2 atas bukit.. Cantik sangat pemandangannya masa waktu matahari terbit dan juga masa matahari terbenam..
Panglime Briged Sempadan, Brig Jen Hj. Azlan (berbaju putih petak biru) diiringi oleh Pegawai Memerintah BN Ke-5 Rejimen Sempadan, Lt Kol Md. Yusof (baju batik putih) merasmikan buku SINGA UTARA, 1980-2010 SENTIASA DI HADAPAN..
ayah AcHiKz adalah Pegawai Memerintah yang ke-11 dari 17 mantan Pegawai Memerintah BN 305 Inf AW..
sesi pemotongan kek oleh mantan Pegawai Memerintah bersama Panglima Briged Sempadan simbolik meraikan 30 tahun BN 305 Inf AW dan BN ke-5 RS..
cenderahati sebagai tanda terima kasih buat Panglima Briged Sempadan..
barisan mantan2 Pegawai Memerintah yang hadir..
mama dan ayah bergambar kenangan berlatarkan gambar mantan Pegawai Memerintah.. ayah berdiri sebelah gambar ayah masa berkhidmat dulu..
AcHiKz : sedih sebab tak sempat nak merayau Kompleks Bebas Cukai sebab majlis tamat lewat petang.. (T^T)
No comments:
Post a Comment