Saturday, 23 October 2010

oRaNg IsLaM sAmBuT HaLloWeEn.. BoLeH Ke??


credited to : freeiconsdownload.com

Tadi terpandang la kat wall FB AcHiKz dimana ada la sorang mamat ni (dalam friend list AcHiKz) dengan bangganya mengumumkan akan menghadiri HALLOWEEN MASQUERADE NIGHT yang akan diadakan di suatu lokasi di ibu negara..

Kalau bukan Muslim, lantak la nak pi pun.. Yang buat AcHiKz rasa meluat sebab dah sah2 mamat ni Muslim, ada hati eh nak sambut perayaan macam tu..
Dah penat meng'google' dan baca lebih dari 10 artikel yang berkaitan dengan Halloween ni.. Boleh la AcHiKz ringkaskan serba sikit pasal perayaan ni..

Halloween yang diraikan pada 31 Oktober setiap tahun berasal dari sambutan All Saints Holly Day yang disambut oleh penganut2 Kristian dan juga Festival Samhain oleh orang2 Celt..

Orang Celt dari Ireland meraikan Festival Samhain yang menandakan tamatnya musim menuai.. Orang2 Celt percaya pada 31 Oktober sempadan dunia orang mati dan dunia masih hidup terbuka.. Pada malam itu roh2 akan kembali ke rumah masing2 untuk melawat keluarga dan sanak saudara.. Roh2 yang jahat juga akan berkeliaran dan bagi elakkan roh jahat yang tidak diingini memasuki rumah pemakaian kostum adalah untuk menakut2kan roh jahat terbabit.. Jadi kepercayaan ini dibawa bersama apabila orang Celt berhijrah ke Amerika Utara..

Tapi sekarang ni Halloween hanya menjadi sambutan sekular yang disambut dengan kanak2 memakai kostum, berjalan dari rumah ke rumah meminta gula2.. Selain itu menonton filem atau bercerita seram dan mengukir labu menjadi aktiviti sampingan bagi sambutan Halloween pada masa kini..

Dari banyak artikel yang AcHiKz baca, meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI dalam agama Islam.. Ini disebabkan perayaan tersebut mengandungi unsur2 ritual dan juga unsur2 kepercayaan agama Kristian..

Tak perlu rasanya AcHiKz nak kasi penjelasan yang lebih panjang lebar tentang perkara ni kerana hukum Islam jelas dalam melarang meniru atau menyerupai budaya lain dan cara hidup orang bukan Islam.. Berdasarkan hadith riwayat Rasulullah S.A.W bermaksud :

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari amalan kami maka ia akan ditolak"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Bagi tiap2 umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli2 syariat lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, sesungguhnya engkah adalah berada diatas jalan yang lurus ..
(Surah Al-Hajj, ayat 67)

AcHiKz : sama2 kita ingat mengingatkan antara satu sama lain..

5 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kalau upacara tu hanya budaya bukan ada upacara agama...di bolehkan

Unknown said...

emm.. good information.. :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o : boleh rasanya..

heidi : yup.. sesuai dikongsi bersama..

Cik Grrr said...

ermh, baik kita menjauhi tmp2 camtu, tkot jd sebati dlm dri, lama2 trus jadi kebiasaan kpd kita, n xlagi rasa dosa, tgk bdk2 skunk dlu cuma jenguk2 je, skrg buat pn dah no hal la jwb nya,...dh la iman pn blom mantp an?..

prevent better than cure!

Wahida Nasution Thakhrim said...

cik grrr : sepatutnya diorang dah tau atau pun selidik dulu perkara2 macam ni.. jangan main ikut aje.. yea, kena cegah sebelum terlambat..