Sunday 10 October 2010

BuZzEr BeAt a.k.a GaKePpUcHi nO HeRo



Bila dah banyak sangat drama Korea yang disiarkan sekarang ni, AcHiKz dah mula rindu balik drama2 bersiri Jepun yang AcHiKz minat dulu2.. Drama macam Great Teacher Onizuka (paling minat drama ni!!), Beautiful Life, Long Vacation, Hotman dan banyak lagi la drama2 bersiri Jepun yang AcHiKz suka..

Kali ni nak cerita pasal drama bersiri Jepun yang terbaru yang disiarkan kat 8tv.. Drama ni disiarkan pada pertengahan Julai hingga hujung September 2009 melalui Stesen Fuji TV.. Mempunyai 11 episod yang berkaitan dengan seorang pemain bola keranjang bernama Kamiya Naoki dan juga seorang graduan muzik Shirakawa Riko yang bercita2 menjadi seorang pemain biola profesional.. Pertemuan yang bermula sebagai kawan berputik menjadi cinta sedangkan Naoki telah pun melamar kekasihnya.. Keadaan bertambah rumit apabila jurulatih Naoki jatuh cinta pada pandangan pertama pada Riko!!

Hero dan heroin drama ini :
Yamashita Tomohisa a.k.a YamaP sebagai Kamiya Naoki
Kitagawa Keiko sebagai Shirakawa Riko



Opening theme bertajuk Ichibu to Zenbu dari B'z

Pada peminat2 drama bersiri dari Jepun, jangan lupa tonton drama bersiri ini pada setiap Ahad jam 3.oo petang di 8tv..

No comments: