Monday, 18 October 2010

AcHiKz HoMeMaDe cHiCkEn ChOp wItH MuShRoOm GrAvy & MaSh PoTaTo


Untuk makan tengahari tadi AcHiKz bertukar selera.. Asyik makan nasi aje, rasa bosan la pulak.. Jadi tadi AcHiKz masak chicken chop dengan kuah cendawan bersama kentang lenyek.. Panjangkan tajuk entry AcHiKz kali ni.. ha3


Bahan-bahan :
Chicken Chop
(untuk perap ayam)
daging ayam tanpa tulang (bahagian paha atau dada)
lada hitam
sos Worcestershire
kicap soya cair

(untuk menggoreng)
tepung gandum
telur
tepung goreng serbaguna
serbuk roti
minyak untuk menggoreng

Mushroom gravy
bawang besar
cendawan butang
tepung gandum
stok ayam
tepung jagung (pekatkan kuah)
minyak untuk menumis

Mash Potato
ubi kentang
mentega
susu segar
garam
lada hitam

Cara Penyediaan :
Chicken Chop
1- ketuk2 daging ayam megikut ketebalan yang dikendaki (mudah untuk goreng)
2- perapkan daging ayam tadi dengan sos Worcestershire, lada hitam dan kicap soya cair untuk beberapa jam.. kalau nak perap semalaman pun okay juga..
3- campurkan serbuk roti bersama tepung goreng serbaguna..
4- salutkan daging ayam dengan tepung gandum dahulu, kemudian celupkan ke dalam telur dan akhir sekali salutkan dengan campuran serbuk roti dengan tepung goreng serbaguna.. goreng sehingga kedua2 belahnya berwarna coklat keemasan..

Mushroom Gravy
1- panaskan minyak dan goreng bawang besar sehingga naik bau..
2- masukkan cendawan butang dan gorengkan seketika..
3- masukkan stok ayam dan biarkan ia mendidih.. (guna api yang kecil)
4- bancuhkan tepung gandum dengan sedikit air dan campurkan bersama stok ayam tadi.. (pastikan gravy secukup rasa sebelum dipekatkan dengan bancuhan tepung jagung)
5- masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil kacau sebati (tak nak jadi berketul2) sehingga mencapai tahap kepekatan kuah yang diingini..

Mash Potato
1- rebuskan hingga empuk ubi kentang didalam air yang ditambahkan sedikit garam.. (cucuk dengan garfu atau pisau untuk periksa kentang sudah empuk atau tidak)
2- lenyekkan kentang bersama sedikit mentega dan lada hitam semasa ia masih panas..
3- tambahkan susu segar pada kentang untuk dapatkan tekstur yang berkrim..

Yummy~~ (^^)

No comments: