Tuesday 29 March 2011

Ingatkan dapat bertahan, rupanya tidak..


AcHiKz ni 'petani' tegar dalam Facebook.. Rasa macam tak sihat aje kalau tak jenguk2 kebun AcHiKz tu.. he3.. Tapi aktiviti berkebun AcHiKz terbantut bila encik tikus rosak 3 hari lepas..

Macam2 cara la AcHiKz cuba.. Siap tanya kawan2 yang expert tapi tak boleh juga guna.. Jodoh antara kita tak panjang la nampaknya encik tikus.. Maafkan la AcHiKz yea.. AcHiKz sangat hargai jasa baik encik tikus selama kita bersama..

Sob.. Sob.. Sob.. (T^T)

Sedih, sedih juga tapi kebun tetap kena jaga.. Kalau tak rugi la, penat aje tanam tapi tak dapat tuai hasil.. Jadi, nak atau tak kena la guna touchpad aje sebab belum terasa nak beli encik tikus yang baru.. Yea la, AcHiKz rasa macam boleh handle aje kebun tu walaupun guna touchpad.. AcHiKz berjaya harungi dalam masa 24jam pertama.. Gembira la juga, walaupun terasa macam hilang aje garis2 cap jari ni.. Tapi esoknya, AcHiKz dah tak mampu nak bertahan lagi walaupun untuk sejam, akhirnya AcHiKz keluar juga beli encik tikus yang baru..

AcHiKz rasa macam kurang sesuatu aje bila guna netbook yang tak ada encik tikus.. Nak main game pun susah, nak blogwalking pun susah.. Jari ni asyik nak main mouse wheel aje.. Senang nak scroll up, nak scroll down bila baca entry..


Ini la encik tikus AcHiKz yang terbaru.. Murah aje, siap dapat diskaun 20% lagi.. Sengaja pilih warna biru biar sepadan dengan netbook dan juga cooler pad sebab warna biru warna kegemaran AcHiKz..

4 comments:

Anonymous said...

hahaha....cumel gile kaler biru...

Wahida Nasution Thakhrim said...

ada warna pink, oren dan putih juga..

ADLIL RAJIAH said...

ha'ah i pon suka guna mouse. senang nak main game! haha

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

Wahida Nasution Thakhrim said...

betul.. senang nak main game.. ha3