Saturday, 12 March 2011

Musim cuti sekolah = Musim kenduri kahwin


Yea.. Cuti sekolah dah mula dan secara otomatiknya musim kenduri kahwin pun bermula.. Jadi sepanjang minggu ni kena la siap sediakan perut untuk makan nasi minyak dan lauk pauk yang sedap..

Ada sesetengah orang, masa tengah ada banyak jemputan tak nak pula makan nasi minyak.. Muak katanya, lauk yang sama la katanya.. Tapi bila dah habis musim kenduri kahwin baru la nak merengek, mengadu nak makan nasi minyak.. Bila ajak pi makan kat kedai tak mau pula.. Tak sedap macam nasi minyak kenduri kahwin.. Macam2 la alasan.. Mengada2 pun ada.. Macam nak sekeh aje kepala tu..

Bagi pasangan yang nak adakan kenduri kahwin pada masa yang akan datang, masa ni la paling sesuai nak buat eksperimen sebab kita boleh tahu apa lauk yang sedap dihidangkan bersama nasi minyak.. Selain tu boleh juga belajar cara nak uruskan majlis..Macamana nak pastikan majlis berjalan lancar dari awal hingga akhir..

Yea, korang memang bakal pengantin, rasa macam tak perlu aje nak ambil tahu semua tu.. Bagi AcHiKz tanggapan macam tu kena ubah sebab itu majlis korang, korang kena ambil tahu dan uruskan seperti mana yang korang mahu.. Tak seronok la bila majlis dah selesai tapi masih ada cakap2 yang kurang menyedapkan hati.. Betul tak??

Pada semua pasangan yang nak melangsungkan majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah ni AcHiKz nak ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU".. Semoga ikatan antara dua hati yang saling menyayangi akan berkekalan sampai akhir hayat.. (^^)

2 comments:

solo molo said...

bes0k ade kenduri kawen...
nasi minyak, here i c0me !!!~

Wahida Nasution Thakhrim said...

yea.. esok pun ada kenduri lagi.. memang minggu nasi minyak seMalaysia..