Tuesday, 29 March 2011

Tauhu sumbat untuk minum petang


Malas rasanya nak keluar cari pisang goreng sebab hujan turun sejak pagi tadi, AcHiKz pun berkreatif la di dapur.. Hujan2 macam ni memang buat perut sentiasa lapar..

Bahan - bahan :
5 keping tauhu - dilenyek
tauhu kering (kuantiti ikut saiz tauhu)
200 gram udang - dicincang
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
1 lobak merah - diparut
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk
1/2 sudu teh rosemary kering
1/2 sudu teh daun selasih kering (sweet basil)
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Penyediaan :
1- Gaulkan semua bahan kecuali tauhu kering..
2- Perasakan secukupnya..
3- Gunting dari bahagian atas tauhu kering hingga ke bawah (jangan sampai berlubang) dan sumbatkan inti hingga penuh..
4- Panaskan minyak dan goreng tauhu tadi hingga kekuningan..
5- Hidangkan bersama sos pilihan korang..

Inilah hasilnya..
Nampak sedap tak??

3 comments:

khaifaiz said...

wah sedapnya achicks.. lapar ni

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

pagi pagi lu buat gua lapar

Wahida Nasution Thakhrim said...

khaifaiz : mau tak lapar, jalan2 kat rumah AcHiKz pukul 1 pagi..

brutalsolo : AcHiKz dah kasi resipi tu.. jangan lupa cuba yea.. he3