Monday, 14 March 2011

Sword barrel at Nadiah's wedding


Maaf la yea pada sesiapa yang dah bosan baca entry edisi perkahwinan dalam 2,3 hari ni.. Maklumlah, sekarang ni kat mana2 pun sibuk dengan kenduri kahwin.. Jadi banyak la entry perkahwinan yang akan keluar sepanjang minggu ni..

Hari Sabtu (12 Mac 2011) majlis perkahwinan kawan sekolah AcHiKz, si Nadiah.. Tapi AcHiKz tak sempat nak ambil apa2 gambar pun sebab terkejar2 pi kenduri kahwin yang lain.. Tapi dia sempat ajak AcHiKz dan Raihan untuk ikut ke majlis resepsi pihak lelaki esok harinya.. Bagus juga Nadiah ajak kami berdua sebab si Raihan tak sempat hadir.. Lewat petang baru dia sampai sini dari Kota Kinabalu..

Inilah raja seharinya, Nurul Nadiah..


Dah siap sedia nak berangkat ke rumah pihak lelaki..

Mungkin diorang dapat bau kek pada AcHiKz agaknya sebab tu minta AcHiKz pegangkan kek.. ha3



Cik pengapit yang bertugas, si Raihan..


Bahagian yang menarik perhatian ramai..
Kalau boleh AcHiKz pun nak gak macam ni.. Ada sesiapa yang sudi tunaikan??



Sesi isi perut..
Lauk pauk dan pencuci mulutnya memang sedap dan terima kasih banyak2 atas layanan yang sangat memuaskan..

Selamat pengantin baru buat Nadiah dan pasangannya..
Semoga berbahagia hingga akhir hayat..

6 comments:

KAMIHIDUP said...

wah, ade pedang2 to, heee. :)

Cik Yana said...

Cik Yana pun nak kawen dengan tentera !!!

Wahida Nasution Thakhrim said...

kamihidup : yea.. ada pedang2.. best kan..

cik yana : kalau nak, kena la cari pakwe berpangkat pegawai.. baru boleh sword barrel..

Deena Sulaiman said...

ingatkan wahida tadi yg naik pelamin.. ;)

Wahida Nasution Thakhrim said...

belum la kak deena.. calon tak ada.. tolong carikan boleh??

Amni said...

hari tu kawan kawen pun majlis macam ni jugak... hehehe.... sonok ada pedang segala ni...