Tuesday, 8 March 2011

AcHiKz deep fried chicken wantan..


Ni semua gara2 AcHiKz terpengaruh dengan televisyen.. Bukan terpengaruh dengan benda2 yang tak elok tapi AcHiKz terpengaruh untuk mencuba masakan yang disiarkan.. Kali ni AcHiKz terpengaruh nak cuba deep fried wantan..

Bahan-bahan :
300gram isi ayam - dicincang
1 paket kecil kulit wantan
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
1 lobak merah - diparut
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk
garam dan lada hitam - secukup rasa
Cara penyediaan :
1- Gaulkan dengan sebati semua bahan2 diatas kecuali kulit wantan.. Macam kat bawah ni..
2- Letak perasa secukupnya yea sebelum bungkus..


3- Bungkus ikut citarasa korang.. AcHiKz buat bentuk segitiga aje.. Bucunya dilipat keatas.. Sapu air ditepi kulit wantan untuk elakkan isinya keluar bila goreng nanti..
4- Panaskan minyak dan goreng wantan sehingga kekuningan.. Api jangan kuat sangat takut kulit wantan hangit tapi isi kat dalam tak masak..
5- Dihidangkan panas dengan sos cili..

Ini la hasil yang siap digoreng..
Selamat mencuba..

6 comments:

khaifaiz said...

wah.. bertambah lapar ni... adeyyyy

solo molo said...

cicah plak ngan may0nis...
dah terliur dah nie...

Syarih said...

Wahhh..sedap nih. perut pun dah bunyi dah aaahhh. Suka makan nasi goreng!!

Wahida Nasution Thakhrim said...

khaifaiz : bukan nak provoke tapi memang SEDAP!! he3

solo molo : yea.. cicah dengan mayonnaise pun sedap juga..

syarih : makan wantan ni dengan nasi goreng pun sedap..

FurBall said...

pergh..pandai r masak..dah r bru bgun nih..tgok2 makanan plak..lapo!!

Wahida Nasution Thakhrim said...

furball : trimas.. furball pun boleh buat, senang aje..