Monday, 21 March 2011

Blog juga harus mesra netbook


AcHiKz ada sikit masalah bila blogwalking yang mungkin dianggap sebagai masalah terpencil pada korang mahupun orang lain.. AcHiKz ni pengguna netbook.. Jadi pada yang dah sedia maklum, skrin netbook ni kecil aje..

Masalah yang kerap AcHiKz hadapi adalah iklan2 yang diletak secara statik dan juga efek2 salji, daun luruh dan yang sewaktu dengannya yang ada dikiri kanan blog.. Selain menghalang pembacaan, ia juga sukarkan AcHiKz untuk klik butang2 yang berkenaan terutamanya bila nak komen entry atau nak tinggalkan jejak di chatbox.. Lain yang AcHiKz klik, lain pula yang jadi.. Selalunya mesti beralih ke website yang lain..

Kan sekarang ni dah ada Chatbox yang keluar dari tepi.. Chatbox macam tu bagi AcHiKz sangat bagus sebab tak perlu susah2 nak scroll down lagi.. Tapi bila chatboxnya panjang (yang muat 15-20 shout) AcHiKz tak dapat nak taip shout sebab ruangannya terlindung.. AcHiKz jarang guna polisi 'salin-tampal' sebab setiap blog berbeza shoutnya.. Lagi pun AcHiKz pernah tegur hal ni dulu, takkan AcHiKz nak kantoi dengan perkara yang sama, betul tak??

Buat masa ni itu saja masalah yang AcHiKz hadapi bila blogwalking.. Kalau ada tambahan nanti AcHiKz bagitahu yea..

5 comments:

Budak Botak said...

bdk Botak pon pernah bgtau pasal benda nie, mmg menyusahkn...

Hati2 bila pasang floating widget

khaifaiz said...

khai pun menghadapi mslh yg sama.. adeyy memang haru

daisy said...

usahkan achik,
saya yang tak pakai netbook ni pun nyampah ngan segala mende yang begemerlapan kat sesetengah blog tu.kengkadang terus hang pc hadoih..

Cempaka R.Minta said...

hii cempaka datang

Wahida Nasution Thakhrim said...

budak botak : yea, memang menyusahkan..

khaifaiz : haru biru, tension pun ada juga..

daisy : yang terkelip2 tu la yang buat lambat loading, buat netbook hang, terbantut niat nak blogwalking..

cempaka : sila2.. jangan segan lepaks2 sini..